Aku terduduk ditepi katil. Memandang ke lantai.
Air mata mula menitis. Esakan kecil mula kedengaran. So, ni lah rahsia yang
selama ni mereka sorokkan dari aku? Aku hanya anak angkat mereka? Orang tua
yang sudah banyak menumpahkan kasih dan sayang pada aku. Berkorban apa sahaja
untuk aku. Adalah ibu bapa angkat aku? Kalau tak kerana aku mahu ke bilik
mereka berdua tadi, sampai bila-bila pun aku takkan tahu. Dengan tak sengaja
aku terdengar papa dan mama berbual. Mama dan papa sedang berbincang mengenai aku
dan secara tidak sengaja aku terdengar bicara mereka yang aku adalah anak
angkat mereka tapi kedengaran mereka cakap mereka tetap akan mewariskan harta
mereka pada aku. Hati aku sebak. Aku tahu mereka sangat sayangkan aku. Kalaulah
mereka tahu yang aku bukan mahukan harta mereka. Aku cuma mahu mereka
benar-benar jadi kedua orang tua aku. Milik aku secara biologi. Aku tak mahu
yang lain.
Aku pandang laptop di atas meja study aku.
Microsoft words yang tertera di skrin laptop menambah sesak di dalam dada. Pejam
celik pejam celik, tinggal lagi sebulan masa untuk aku siapkan thesis aku. Semester
ini adalah semester terakhir aku di universiti. Jurusan ukur bahan yang aku
ambil pada mulanya adalah cita-cita papa untuk lihat aku berjaya menjadi
sepertinya. Antara seorang Quantity Surveyor yang berjaya memiliki syarikat
sendiri dan baru sahaja di anugerahkan gelaran datuk kerana penglibatan dan
jasa yang begitu besar dalam bidang ini. Cita-cita aku? Mungkin ini bukan
cita-cita aku yang sebenarnya. Tapi melihatkan papa begitu gembira melihat aku
mahu meneruskan legasinya. Sudah cukup buat aku gembira dan berbangga dengan
diri sendiri. Mana tak bangga bila dapat pujian dari papa sendiri. Seorang yang
cukup di kagumiku sejak dari dulu.
Tapi itu dulu. Dulu. Bila aku fikir aku adalah
anak kandung papa. Tapi sekarang segala semangat aku luntur. Segala kekuatan aku
seakan-akan terus hancur. Papa ada along. Seorang quantity surveyor juga. Papa
ada angah. Bakal quantity surveyor juga. Dan aku, juga bakal quantity surveyor. Dan mungkin Salsabila anak papa dan mama yang masih bersekolah di taska tu pun akan jadi Quantity Surveyor jugak. Heh. Entah berapa ramai yang papa nak hasilkan quantity surveyor dalam generasinya.
Dan setelah rahsia ni terbongkar. Aku sedar. Cita-cita aku bukanlah quantity
surveyor kerana itu bukan cita-cita aku sebenarnya. Maaf papa. Hani tahu.
Quantity Surveyor antara consultant yang sangat berjasa dalam bidang pembinaan.
Hani tahu. Hani tak nafikan. Dan Hani juga tahu alasan Hani ni nampak sangat
childish. Tapi Hani ada cita-cita Hani sendiri. Maaf papa.
Aku mencapai telefon bimbit aku. Mendail nombor
telefon Yaya.
“Assalamualaikum, Yaya. Boleh tak kita start
holiday esok pagi?”
“What??” kedengaran jeritan yang agak nyaring
dari hujung talian. Menyakitkan gegendang telinga.
“Kau kalau tak menjerit boleh tak? Kau datang
ambik aku pagi esok”
“Weh, aku nak siapkan thesis lah. Kan dah janji
kita pergi bercuti lepas dah submit thesis ni” aku mencebik mendengar
penerangan Yaya.
“Aku tahu lah, ni kita buat thesis sambil
bercuti. Tak nak ke?” sengaja aku memancing Yaya. Hujung talian terdiam
seketika.
“Hello, anybody home....?” aku dengan gaya tak
sabar. Tak sabar tunggu keputusan Yaya. Aku tahu dia nak.
“Okey lah. Kat mana?”
“Terengganu?”
“What???” lagi suara nyaring menjerit di hujung
talian. Aku menjeling ke atas.
“Berapa hari Hani nak pergi ni?” tanya mama
yang melihat aku yang sudah bersiap-siap dengan berpakaian ringkas. Berseluar
jeans dan baju t-shirt labuh bawah punggung. Tudung bawal yang aku labuhkan ke
bawah dada. Satu beg troli kecil sudah berdiri di depan pintu rumah. Menunggu
Yaya yang belum sampai-sampai lagi. Kami berdiri di depan pintu rumah.
“Hani pergi seminggu je, ma. Nanti Hani
baliklah, ma. Hani perlukan ketenangan sekarang” aku tertunduk. Ayat yang di
hujung tu macam nak tak nak keluar dari mulut aku. Mama melihat aku pelik. Aku pandang
mama.
“Mama,Hani nak tanya satu soalan boleh?”
“Ye sayang, tanyalah banyak-banyak pun” ucap
mama sambil tersenyum. Aku pandang mata mama. Aku jadi sebak.
“Katakanlah Hani ada ambil barang orang. Bukan
sengaja ambil. Tapi memang ada orang bagi kat Hani. Tapi tak lama kemudian. Dia
datang mintak balik barang dia. Agak-agak kalau mama jadi Hani, mama
senang-senang tak nak bagi balik barang tu kat dia?” mama terdiam. Berkerut
dahi mama memandang aku.
“Kalau mama? Mestilah mama takkan senang-senang
bagi. Kenapa ni Hani? Hani ada masalah ke?” mama memandang aku risau. Aku
tersenyum. Mama takkan senang-senang bagi? Okay. Tapi hati aku tetap sedih.
Maaf, ma. Mungkin Hani terlalu tamak. Hani ingat semua benda boleh jadi milik
Hani secara mutlak. Tu sebab hati Hani degil.
“Assalamualaikum” kedengaran suara Yaya. Dia
sudah berjalan masuk melalui pintu pagar. Yaya bersalam dengan mama.
“Ma, kami pergi dulu. Nanti kirim salam kat
papa ye”
Aku berjalan keluar pintu pagar dan masuk ke
dalam kereta proton Myvi Yaya. Aku pandang mama yang masih berdiri di muka
pintu. Sayu. Ma? Sanggup ke aku buat mama macam ni? Aku tunduk lantai kereta.
Aku pandang lagi mama. Sayu. Mama! Aku mahu buka pintu kereta. Tapi Yaya sudah
menggerakkan keretanya. Tidak jadi aku mahu buka pintu kereta. Kelihatan mama
melambai-lambaikan tangannya. Sayu lagi. Tiba-tiba tangisan aku terus meletus.
Teresak-esak aku menangis. Yaya terkejut. Yaya memperlahankan keretanya.
“Kau kenapa, Hani?”
“Terus...terus Yaya. Terus. Jangan berhenti” dan
aku masih lagi teresak-esak. Yaya yang masih dalam keadaan terkejut hanya
mengikut.
Selepas check in di resort berdekatan dengan
pantai. Aku dan Yaya masuk ke bilik kami.
“Wah!!!” aku menjerit melihat pemandangan bilik
kami yang berhadapan dengan pantai. Sangat cantik. Dari Shah Alam memandu
bergilir-gilir dengan Yaya ke Terengganu memang sangat memenatkan tapi bila
dapat tengok pemandangan pantai, laut
yang membiru. Rasa letih terus hilang.
“Kau ni kan, aku rasa kau ada masalah kan?” aku
berpaling pada Yaya yang sudah menyandar di kepala katil.
“Yaya, sinilah. Cuba kau tengok laut tu cantik,
kan. Subhanallah”
“Ce citer”
“Air laut dia biru, langit pun biru. Laut
dengan langit macam bersambung. Tiba-tiba rasa macam nak skuba pulak” Yaya
sudah menjeling ke atas mendengar jawapan aku yang tak menepati piawaian soalan
dia.
“Hani!!”
“Aku anak angkat weh” selamba tanpa memandang
muka Yaya.
“What??” jeritan sama yang hampir memecahkan
gegendang telinga.
“Kau ni...aku kat depan kau je weh,
tak payah lah nak jerit-jerit sangat”
“Hani, kalau dah kenyang tu janganlah nak buat
tahi mata je. Jom buat thesis” Yaya memandang katil yang sudah membusut dengan
selimut. Senyap. Yaya menghela nafas. Dia duduk di birai katil.
“Hani, aku tahu kau sedih. Tapi kau patut
bersyukur tau. Walaupun mama dan papa kau tu just foster parent kau je. Tapi
dia sayang kau macam anak sendiri kan. Kau pun tahu sendiri kan. Move on, okay.
Kau tahu tak, ramai lagi anak-anak yatim yang tak dapat kasih sayang ibu bapa.
Kau bertuah, Hani”
Senyap.
Yaya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Aduh, macam mana aku nak pujuk minah ni.
“Erm, kau tahu tak kenapa aku kata kau bertuah.
Sebab kau dapat jadi anak angkat dato’ tau. Dah la kaya, bertambah kaya pulak
sejak dapat pangkat dato’” erk..apasal nampak macam materialistik je nasihat
aku ni. Yaya menepuk-nepuk mulutnya. Hish…
“Erk, sorry-sorry maksud aku. Kau tak pernah
kurang. Apa yang kau nak, semua kau dapat. Kasih sayang pun lebih dari seorang
anak kandung kau dapat. Dan kau jugak tak pernah sombong. Walaupun aku ni bukan
anak dato’. Ayah aku cuma peniaga kedai makan. Tapi kau tak pandang semua tu.
Sebab apa? Sebab didikan mama dan papa kau jugak kan” erm erm…okay kot nasihat
macam tu, tapi bila dia tenung-tenung balik selimut yang tak bergerak-gerak tu.
Rasa pelik pun ada. Hani?
“Hani,kau jangan mati lagi Hani” dengan segera
dia menarik selimut dengan kasar. Erk?
Aku berbaring di tepi pantai sambil memandang
langit. Bunyi hempasan ombak kedengaran dari atas pantai terus ke telinga. Rasa
tenang. Malam walaupun gelap tapi bintang-bintang masih tetap kelihatan. Papa
kata, kalau bintang-bintang banyak bertaburan di langit. Maknanya cuaca akan
baik esok. Aku tersenyum. Aku mengunjuk ke langit. Cuba mencapai bintang dengan
hujung jari.
“Kalaulah bintang dapat capai dengan hujung
jari macam ni je kan best” aku tersengih kecil mendengar imaginasi sendiri.
“Tapi kalau dapat capai macam ni…” sambung aku.
“Maknanya…” aku masih berfikir. Maknanya takde
lah orang yang beria berangan nak mencapai bintang. Aku tersenyum.
“Maknanya tak lama lagi dah nak kiamat la”
kedengaran satu suara garau. Huh? aku berpaling di sebelah aku. Kelihatan
seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari aku. Aku cepat-cepat bangun dan
berdiri. Terkejut. Aku pandang lelaki itu sekilas. Dia dengan DSLR di
tangannya. Tanpa memandang aku, dia terus mengambil gambar bintang di langit.
Ish, menyampahnya. Serious memganggu
ketenteraman aku je lah mamat ni. Aku segera mahu berlalu dari situ.
“Balik terus, jangan nak baring kat mana-mana
lagi” jerit mamat tu tiba-tiba. Aku membuntangkan mata.
“Sibuk je lah” balas aku balik tanpa berpaling
kepadanya. Lelaki itu tersenyum mendengar jeritan aku.
Aku duduk di tangga bilik aku. Menahan geram.
Ish, siapa lah mamat tu, tiba-tiba muncul. Aku baru je nak tenangkan fikiran.
Setahu aku sebelum datang tadi dan masa tengah berbaring tepi pantai tadi,
takde siapa-siapa pun kat sana. Walaupun kawasan tu takde lah gelap sangat
sebab masih ada lampu kat tepi pantai tapi still dia tak perasan. Hum… seram la
pulak. Tiba-tiba di hadapan aku nampak lelaki tadi sedang berjalan menuju ke
arah aku. Aku hanya menunggu di situ. Lantaklah, nak cari gaduh ke, nak buat
hal ke memang dia tak pernah rasa lipatan maut aku lagi. Belum tambah dengan Yaya
lagi. Pengsan mamat ni di kerjakan mereka berdua nanti. Berani lah kau dekat
aku.
“Assalamualaikum” aku sudah siap berdiri semasa
dia memberi salam. Waalaikumussalam. Jawab aku dalam hati. Aku pandang dengan
pandangan suspicious pada dia.
“Nama saya Azlan. Kalau ada apa-apa masalah,
bilik saya kat sebelah je” katanya sambil menunjuk bilik di sebelah kanan aku.
Dia tersenyum.What? Ada aku kisah?
“Hani?” kedengaran suara Yaya. Dia sudah keluar
dengan tudung di kepala.
“Aku baru je nak cari kau….” belum sempat Yaya
menghabiskan ayatnya, dia terpandangkan Azlan di bawah.
“Siapa tu?”
“Entah” jawab aku selamba.
“Nama saya Azlan. Bukan Entah, cik Ha.. erm,
nama cik siapa?” aku tengok mamat ni. Pelik semacam je. Muka dah handsome.
Pakai spec. Ada janggut sejemput di dagu. Kulit putih. Dengan DSLR di tangan
nampak agak stylo jugak. Coi!! Sempat pulak aku nak telek mamat ni.
Tanpa menjawab pertanyaan dia,
dengan muka masam aku terus naik. Masuk ke dalam bilik. Yaya tersengih-sengih
meminta izin masuk ke dalam.
Selepas solat subuh, aku duduk di beranda luar.
Lappy ku turut aku bawak. Memandang laptop samalah seperti aku memandang masa
depan aku. Kenapa? Sebab dalam tu masih tersimpan thesis yang belum aku sentuh
sejak sampai kat sini. Yaya dah sebakul membebel kat aku semalam.
“Kau nak grad tak?”
“Nak lah” lambat-lambat aku jawab.
“Thesis kau tu apa cerita? Nak ke laut ke? Kau
jangan buat aku kecewa dengan kau, Hani. Dulu kau jugak yang beria-ria nak kita
grad sama-sama, kan?Nak capai impian sama-sama. Sekarang kau pulak yang lemah
semangat macam ni”
“Aku tak suka bidang ni”
“Huh? Kenapa baru sekarang kau cakap kau tak
suka bidang ni. Kau tahu dah berapa kali kita bersengkang mata, berair mata
sama-sama selama 3 tahun diploma dan hampir 2 tahun degree dalam bidang ni.
Banyak kali tau. Tak terkira dengan jari. Dan baru sekarang kau cakap tak suka?
Are you out of your mind?”
“Heh, maybe”
“What??”
“Eh, berapa kali aku nak cakap tak payah nak
menjerit sakan macam tu”
“Whatever. Sekarang ni, aku nak kau teruskan
thesis kau ni. Masa depan kau bergantung kat thesis kau ni. Eh, tak. Masa depan
kau bermula kat sini. Baru nak bermula. Ok, fine lah. Kau tak nak harta papa
kau. Kau nak bina hidup sendiri. Dengan cara sendiri. Tapi kau tahu kau harus
start dari mana?” aku menjeling ke atas.
“Dari sini, Hani” ucap Yaya sambil menunjuk beg
lappy aku.
“Dari beg lappy aku?” sengaja aku menjawab
dengan selamba. Konon nak berjenaka dengan Yaya yang nampak macam over stress
dari aku pulak.
“Dari thesis kau” dan Yaya langsung terus
dengan riak seriousnya. Aku menghela nafas.
“Okey, Yaya. I know!”
“Walaupun Quantity Surveyor bukan cita-cita
aku….” aku tutur perlahan.
“Tapi kau kena balas jasa mereka dulu” sambung Yaya.
Aku pandang Yaya. Aku tersenyum manis.
“That’s it. Sayang kau, Yaya”
“Termenung jauh nampak?” aku berpaling pada
suara yang mengganggu aku sejak semalam. Dia yang berkopiah putih berdiri di
bawah sedang memandang langit yang masih lagi gelap. Kemudian berpaling dan
tersenyum pada aku. Aku buat tak tahu.
“Orang cakap, pagi-pagi kalau muka masam susah
rezeki nak masuk”
“Whatever” ucap aku perlahan sambil meng
‘on’kan laptop aku.
“Whatever? Stubborn girl” what? Ee..dia ni nak
cari gaduh dengan aku ke?
“Orang cakap, pagi-pagi kalau suka cari gaduh
dan buat orang marah, rezeki susah nak masuk”
“So, sekarang kita fair and squarelah” lelaki
tu seperti tak mahu mengalah.
“Gila”
“Whatever” balas lelaki itu. Aku membuntangkan
mata.
“Don’t copycat me, lah” balas aku sambil
menjerit kecil.
“I’m not copy your cat” balasnya balik. Grr…
geram.
“Teruknya awak ni”
“Awak lagi teruk, huh” katanya lalu pergi dari
situ. Huh? What the? Merajuk? Takkan lah kot. Aku tercari-cari kelibatnya. Dah
masuk bilik dia kot. Ee…mamat ni dah kenapa?
Aku dan Yaya bersarapan di café resort. Kami
berborak-borak sambil tergelak. Dari jauh tanpa di sedari ada mata sedang
memerhati.
“Cik Hani Karmila?” tiba-tiba datang seorang
pelayan lelaki ke meja makan kami. Aku menggangguk.
“Ya, saya?”
“Ni ada orang pesan suruh saya bagi pada Cik
Hani” aku pandang pada sampul surat berwarna putih di tangan pelayan itu.
Perlahan-lahan aku mengambilnya.
“Terima kasih” erk tapi…aku baru je nak
bertanya pada pelayan tu siapa yang bagi tapi dia sudah pergi dari meja kami.
“Apa tu, Hani?” aku melihat isi dalam sampul
surat. Ada sekeping gambar. Pelik. Gambar apa ni? Otak aku lambat menangkap.
Background gambar ni, hitam gelap tapi kat tengah-tengah ada macam cahaya
berbintik-bintik warna kuning oren. Macam erm… bintang-bintang? Huh?
Aku pandang gambar tu lagi semasa kami sampai
di bilik. Macam mana dia tahu nama penuh aku? Misteri betul lah lelaki ni.
Azlan? Azlan? Aku pernah kenal ke mamat ni? Rasanya tak pernah aku ada kawan
nama Azlan. Habis tu siapa dia ni? Aduh. Curious. Curiousity kill the cat.
Tiba-tiba pulak peribahasa tu muncul dalam kepala aku. Cat lagi. Eh, apa yang
aku merepek ni?
Aku keluar ke beranda bilik. Mengintai-intai
bilik sebelah. Senyap je. Aku ni dah kenapa pulak nak mengintai anak teruna
orang. Duh! Aku turun berjalan ke pantai.
“Hani!” baru je aku nak turun Yaya sudah
memanggil aku.
“Ye!!”
“Kau nak pergi mana?”
“Ke laut”
“Huh, ke laut? Kau nak terjun laut ke?” aku
menjeling ke atas. Yaya cepat-cepat mengunci pintu bilik. Mengekori aku.
“Kau ni agak-agak lah” marah aku pada Yaya. Dan
kami jalan beriringan.
“Hehe…sorry, curiousity kills the cat” balas Yaya.
“Kau tak pernah nak ajak aku jalan-jalan kat
tepi pantai sama-sama kan. Suka la tu tengok aku ter ‘torture’ buat thesis
sorang-sorang dalam bilik” omel Yaya.
“Bukan kau suka ke?” selamba aku membalas.
“What?? Sampai hati kau, kan!!” dia menjerit
lagi.
“See!!” aku membalas balik sambil
menggosok-gosok telinga aku. Yaya kemudian tersengih-sengih.
“Sorry” heh.
“Betul ke si Azlan tu yang bagi gambar ni kat
kau?” Tanya Yaya sambil melihat gambar yang masih di tangan aku.
“Mungkin la”
“Hohoho” aku pandang Yaya yang tiba-tiba gelak
macam Santa Claus.
“Apasal?”
“Jangan kau cakap yang kau dah angau kat mamat
tu. Tu lah, orang cakap, kalau dah mula-mula asyik gaduh je, tak mustahil
lama-lama boleh jatuh cinta” aku mencebik.
“Eee…boleh tak jangan buat teori lapuk kau tu”
“Hey, that’s not my theory, ok. Pernah terjadi
tau tak”
“It doesn’t works on me” ayat macam berlagak.
Tapi sebenarnya tak nak Yaya merepek lebih-lebih je.
“Eceh, berlagak kan. Nanti bila jadi
betul-betul jangan nak tersengih-sengih macam kerang busuk kat aku dan
cakap..erm erm…Yaya..betullah teori tu. It does work on me rupanya” aku
menjegilkan mata.
“Ee…Yaya. Kau ni boleh tolong stop dengan teori
kau tu tak. Sekarang ni aku tengah fikir macam mana si Azlan tu tahu nama aku.
Kau tak rasa tu pelik ke? Entah-entah selama ni dia jadi spy mengintip segala
pergerakan aku. Kau tak risau ke? Ni melibatkan nyawa kita berdua tau tak?” Yaya
sudah ternganga.
“Eh, betul jugak kan? Kau la ni, tetiba nak
merajuk nak pergi bercuti lah, apalah. Dah la kita ni jauh dari Shah Alam.
Sekarang apa kita nak buat?” Yaya dah pucat. Aku hampir tergelak tengok reaksi Yaya.
“Tau takut kan? Kau nak ke aku bercinta dengan
penculik, pembunuh, pe…”
“Hoi, coii…kau ni, agak-agaklah” Yaya dah
menjerit kecil. Aku tergelak.
“Kau boleh gelak lagi kan. Aku nak balik Shah
Alam lah macam ni”
“Ala, rilex lah. Okey-okey. I don’t think lah penculik,
pembunuh, or pe… whatever lah, nak bangun solat subuh pagi-pagi gelap. Nak bagi
salam bila berjumpa dengan orang. Muka putih suci macam orang alim. Handsome
lagi. I don’t think so lah…”
“Wow,
how impressing!” mak datuk kau. Hampir terlompat aku di situ. Aku dan Yaya
berpaling pada suara di belakang. Azlan? Huh? Terasa pijar muka aku pada saat
ni.
“Erk...” aku sudah mati kata-kata. Terkejut.
Terpana tiba-tiba dia ada kat situ.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” jawab aku. Yaya hanya
tersengih-sengih melihat aku yang tiba-tiba tak keruan. Aku menjeling Yaya. Aku
terkejut okay, Yaya. Kau jangan nak lebih-lebih.
Yaya bagi isyarat mata. It’s okay. Discuss with
him.
What?
“Erm, awak ni siapa sebenarnya? Tahu nama saya,
selalu mengekor saya?” Tanya aku dengan nada tegas.
“Saya... Baik, biar saya berterus terang dengan
awak. Sebenarnya saya di hantar oleh papa awak untuk tengok-tengokkan awak
dekat sini” aku menjegilkan mata. What?
“Huh? I can take care of my self. Saya rasa
better awak balik dan beritahu papa saya, saya okey je kat sini. Dia tak perlu
risau apa-apa. Dan awak tak perlu nak susah-susah”
“Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya,
awak berdua dalam tanggungjawab saya sekarang ni. Terutama awak adalah amanah
saya” ucapnya sambil menunjukkan jari telunjuknya pada muka aku. Aku mencebik.
Amanah? Amanah apa?
“Apa pulak macam tu? Owh, maksud awak, awak ni
bodyguard yang papa saya upah untuk awasi saya kat sini? Huh, untungkan dapat
jalan-jalan kat sini, bawak DSLR, ambik-ambik gambar, ambik angin,
tengok-tengok orang, then duit pun masyuk” sengaja aku menyakitkan hatinya.
Ish, papa ni aku dengan Yaya kan cuma nak bercuti seminggu je, dalam Malaysia
je pun.
Azlan memandang aku tajam. Kemudian dia
tersenyum sinis sambil menghalakan DSLR nya kepada aku. Aku mengalihkan mukaku
ke tempat lain dan dia juga mengalihkan halaan kameranya ke laut. Sengaja mahu
menyakitkan hati aku. Yaya sudah tercengang melihat kami, kemudian tiba-tiba
dia terkekek-kekek gelak. Ish, Yaya ni.
“Memang masyuk, tapi semua tu tak penting pun.
Yang penting awak dan orang yang awak bertanggungjawab bawak dia kat sini dalam
keadaan selamat, atau maybe awak paksa dia datang sini tak?” Tanya Azlan sambil
memandang Yaya di belakang aku. Tanpa disedari, Yaya di belakang sudah
mengangguk-angguk. Dan Azlan mengangkat bahunya, gayanya tekaan dia betul. Aku
memandang tajam Yaya di belakang. Dia hanya memandang ke langit macam takde
apa-apa. Hoi, pandang lautlah!
“Saya rasa awak ni penyibuk lah, saya paling
tak suka orang yang suka jaga tepi kain orang tau tak, suka hati saya lah apa
yang saya nak buat kat sini. Lagipun saya rasa awak ni sangat menakutkan,
tiba-tiba muncul dan kenalkan awak orang yang di hantar oleh papa saya. Are you
sure?”
“Yeah, I’m very sure.Owh, yeke menakutkan? Jangan
risau, saya hanya akan tengok awak berdua dari jauh je, selagi awak berdua tak
buat perkara-perkara yang pelik. Dan saya rasa kalau bab yang pelik tu pasti
dari awak je, so saya akan tengok awak lebih sikit lah” selamba macam badak.
Sama dengan selamba badak. Hello, siapa mamat ni sebenarnya? Arghhh..
“Awak ni sengal,kan?” geram. Aku terus hambur
dengan perkataan yang aku rasa tak tahu nak cakap apa dah selain sengal. Dia
memang sengal.
“Tadi baru je awak cakap saya ni handsome, muka
suci, baik, sekarang sengal pulak? Mana satu awak nak kategorikan saya ni, awak
ni tak tetap pendirian lah” gaya dia cakap macam takde perasaan. Pulak tu cakap
main selamba je. Dan sengal. Sengal!!! Yaya dah tergelak sakan. Aku dah rasa
macam nak terjun laut.
“Senjata makan tuan” tiba-tiba Yaya menyampuk.
Aku pandang tajam kat Yaya.
“Apa dia Yaya?” aku dah betul-betul geram.
“Erk..tak de pape, tak de pape” dan Yaya segera
berjalan ke tepi pantai. Bermain ombak. Dan lelaki sengal ni masih dengan DSLR
nya dan mengambil gambar.
“Boleh tak awak hentikan kerja awak ni? Awak
dah takde kerja lain ke selain dari jadi spy,huh? dengan DSLR buruk awak ni”
aku bukan sengaja nak mengata DSLR nya, tapi DSLR versi lama dia ni aku sengaja
cakap buruk, sebab aku rasa orang yang gila kamera ni, selalu dengan kamera tak
kira masa sangat sensitive bila cakap dia punya kamera buruk. Dan betul pun,
bila dia pandang tajam pada aku. Aku dah tersengih mengejek.
“Ni je kerja yang saya ada setakat ni, untuk
bayar yuran pengajian saya yang akan bermula tak lama lagi. Setakat nak tengok
dan jaga sorang anak dato’ yang degil selama seminggu boleh lah kot” nada suara
seperti orang berjauh hati. Eceh, sensitive sangat rupanya. Aku menarik nafas
memandang laut. Huh. mati kutu pulak tiba-tiba. Sekarang aku ada 3 masalah,
masalah aku sebagai anak angkat papa dan mama, masalah thesis aku, dan sekarang
datang lagi satu masalah, Azlan. Dari langit mana lah kau jatuh konon nak jaga
aku. Aku boleh jaga diri lah. Papa!
“Seven eleven?” Tanya aku dengan nada mendatar.
Tanda dah malas nak layan kepala dia. Dia pandang pelik pada aku yang berdiri
depan sikit darinya sambil menghadap laut.
“Kenapa dengan seven eleven?” tanyanya. Hish,
dia ni. Tak paham-paham jugak.
“Cari je lah kerja kat situ. Ataupun banyak
lagi kerja halal lain yang awak boleh buat kan” aku memandang ke belakang dan
tiba-tiba oktof nada suara aku meninggi pulak. Duh! Terkebil-kebil pulak mata
dia memandang aku.
“Dah la, malas nak layan awak” tiba-tiba dia
berjauh hati. Dan berjalan perlahan-lahan meninggalkan aku. Erk, duh… bersalah
lah pulak tiba-tiba.
“Hey” aku panggilnya, tapi dia terus tunduk
berjalan tanpa mempedulikan panggilan aku. Aku kemudian tiba-tiba terdiam
sambil memandang dia pergi.
“Azlan!!! Sengal!!” panggil aku kali ni dengan
meletakkan kedua-dua tangan di mulut. Tiba-tiba dia berhenti dan berpaling pada
aku. Heh. Kemudian dia terus berjalan pergi. Erkk… mungkin sebab aku panggil
dia sengal kot. But, hey…do I care?
Ceh, kalau rasa hati tu tak cukup kuat, tak
payah berangan nak jaga aku, jadi spy aku, or nak jadi bodyguard aku lah. Hati
kecik macam semut. Sekali kena tengking, kena kutuk dah merajuk. Ada aku kisah
ke kalau kau nak merajuk pun. Aku pandang Yaya yang sedang khusyuk dengan
thesis nya. Muka sudah bertempek dengan mask. Duh. Aku stress. Tak dapat nak
fikir. Tak dapat nak taip walau sepatah haram pun thesis aku ni. Aku tengok Yaya
lagi. Tenang kau menaip, Yaya. Uhuk. Rasa nak menitis air mata. Kalaulah aku
boleh setenang itu. Aku menghela nafas, mengenakan tudung di kepala lalu
mengangkut laptop aku mahu keluar ke beranda.
“Hahi, hak hi hahe hu?” pertanyaan Yaya aku
buat tak tahu. Aku mengambil tempat di beranda. Merasai angin malam. Wah,
kalaulah dapat pergi berlari-lari, berjogging ni best jugak. Tiba-tiba datang
idea merepek aku. Thesis depan mata Hani, kau jangan nak fikir berholiday
pulak. Ketuk kepala. Okey-okey, fokus, Hani!
Aku cuba bertenang, membaca doa dan memasukkan
earphone ke dalam telinga. Mula-mula aku pilih lagu yang masyuk dulu. Aku
pandang folder lagu korea. Klik. Nampak lagu Big Bang, T-ara, BTOB, TEENTOP.
Erk…aku rasa macam ada unsur-unsur lagha je dalam pilihan lagu aku ni. Aku back
balik. Cari folder satu lagi. Healing of Soul. Klik. Ada lagu nasyid dari
macam-macam kumpulan. Klik. Control. A. Dragged to the media player. Layan!!!
Kemudian perlahan-lahan idea datang. Aku terus menaip, menaip dan menaip.
Setelah sejam menaip, aku merehatkan diri.
Menyandarkan tubuh ke sofa yang lembut. Sambil memejamkan mata aku menghayati
pulak lagu nasyid yang menyentuh sanubari. Lagu Ashabul Kahfi oleh kumpulan
Raihan.
Kisah tentang 7 pemuda
yang lari ke dalam gua kerana mahu menyelamatkan iman mereka. Di sangka tidur
dalam sehari rupanya 309 tahun. Zaman bertukar beberapa kurun di bumi
bersejarah urdu. Begitulah kuasa Ilahi.
Aku membuka mata. Aku pun dalam kes yang sama,
melarikan diri. Tapi pelarian aku ni dah tentu-tentu jauh berbeza dari mereka.
Bukan tentang menyelamatkan iman tapi melarikan diri dari kenyataan.
Menyusahkan orang. Membuatkan ramai hati yang terluka. Pedih rasa hati bila aku
sendiri yang menyedarkan diri ni. Tau pun. Sedar pun. Aku mengeluh.
Tiba-tiba satu dentungan kuat berbunyi di atas
lantai beranda. Hampir terlompat aku. Aku pandang ke lantai. Ada sebiji batu.
Aku mengetap bibir. Siapa punya kerja ni? Aku menanggalkan earphone aku.
Berpaling ke tangga. Dia tersenyum.
“Assalamualaikum” aku menghela nafas.
Memandangnya tajam.
“Waalaikumussalam”
“Erm, sorry, saya dah bagi salam tadi, tapi
awak macam tak dengar je” aku menjeling ke atas.
“Ada apa?”
“Saya nak hantar ni” ucapnya sambil menunjukkan
sesuatu dalam plastik. Aku memicingkan mata.
“Apa tu?”
“Makanan?”
“Sekali dengan servis makanan ke?” apa punya
soalan lah aku ni pun.
“Takdelah, saya ada singgah fast food tadi,
jadi saya teringatkan awak dan kawan awak, so saya belikan untuk awak berdua
sekali”
“Oh, erm…thanks but no thanks” muka dia
tiba-tiba kecewa.
“Maaf, saya tak terima makanan dari orang yang
saya tak kenal. Lagipun kami dah kenyang. Terima kasih” dia bertambah kecewa.
Lalu dia duduk di tangga sambil menghadap laut.
“Takpe lah, kalau awak tak nak makan saya
habiskan” dia mengeluarkan kotak pizza hut dari plastic. Membuka dan makan
dengan senyap. Aku pandang belakangnya lama. Aku sungguh tak faham dengan
lelaki ni, aku sebenarnya tak percaya dia bodyguard yang papa hantarkan untuk
jaga aku, sebab kenapalah handsome sangat tapi tak tough. Hati kecik macam
semut. Bukan bodyguard yang dalam filem selalunya badan berketak-ketak ke? Muka
mesti nak macam samseng. Tapi ni?? Serious buat aku musykil. Dengan berkopiah
kadang-kadang. Mungkin bodyguard yang beriman kot. Haha Baguslah papa.
“Awak ambik course apa?” tiba-tiba dia bertanya
tanpa memandang aku.
“QS”
“Oh, buat thesis tajuk apa?”
“Erk…erm…leadership style”
“Oh, bagus”
Aku sambung menaip. Malas nak melayan. Senyap.
Dia masih di situ. Mengunyah. Tiba-tiba rasa macam kasihan pulak. Macam
terpaksa je dia nak habiskan pizza tu.
“Boleh saya tanya awak sesuatu?”
“Erm?”
“Macam mana awak boleh kenal dengan papa saya?
Erm…macam mana papa saya boleh suruh awak jadi bodyguard kami?” dia tersenyum
tanpa memandang.
“Awak lari dari rumah macam tu je. So, papa
awak kelam kabut call saya untuk mengekori dan mengawasi awak di sini. Saya
kenal dengan papa awak macam tu je, kami pernah bertemu sebelum ni. Dan dia
pernah cakap takut apa-apa terjadi pada awak satu hari nanti dan dia mintak
tolong saya tengok-tengokkan awak, jadi saya dah berjanji dengan papa awak
untuk membantu” terangnya panjang lebar. Aku mengetap bibir. Terasa hairan
tiba-tiba.
“Takut apa-apa terjadi pada saya? Maksud awak,
awak dah tahu kisah saya yang sebenarnya?” Tanya aku dengan geram. Dia terdiam.
“Saya tak tahu apa masalah awak, bagi saya walau apa pun yang terjadi mereka yang membesarkan awak,
yang mendidik awak, Karmilla” aku terpana. Hey, siapa dia ni nak masuk campur
urusan aku?
“Saya rasa awak tak layak cakap macam tu dengan
saya. Kita tak kenal. Saya dah cakap tadi, saya tak suka orang yang suka jaga
tepi kain orang lain, awak tak faham ke?” dia terdiam.
“Saya mengingatkan awak kerana saya juga
seorang anak yang di besarkan dan di didik oleh kedua orang tua saya. Still
sama, papa dan mama macam awak” aku memandannya tajam.
“Bagi saya pulak, kita berbeza. Kita tak sama dan awak takkan faham apa yang saya rasa” dengan geram aku membalas. Dia menghela nafas. Memandang
aku.
“Terpulanglah pada awak, awak patut bersyukur.
Sejauh mana awak berlari meninggalkan mereka, mereka tetap akan mencari awak,
sejauh mana awak terluka, mereka tetap ada untuk mengubati awak. Mereka tetap sayangkan awak. Tidak kah awak rasa kasih sayang mereka itu
sudah cukup untuk buat awak hidup bahagia. Awak rasa lari dari masalah macam ni boleh buat awak bahagia ke?” aku tersandar di sofa. Kata-katanya menyucuk-nyucuk
hati aku. Aku bukan lari dari realiti. Aku tak nafikan aku terluka. Sedih. Tapi
salahkah aku lari sekejap? Lagipun aku bukan nak tinggalkan mereka lama-lama.
Mengingatkan mama yang melambai-lambai sewaktu aku pergi hari tu pun sudah
cukup menyakitkan hati aku.
“Karmilla!” aku masih lagi terdiam. Air mata
aku tumpah sekali lagi.
“Karmilla!” aku pandang dia di tangga. Benci.
Aku terus membawa laptop masuk ke dalam bilik. Mengunci pintu cepat-cepat.
Hari ke 3 di resort di Terengganu. Pada waktu
petang, aku duduk di beranda lagi menyiapkan thesis. Aku nampak dia lagi sedang
bermain bola sorang-sorang di tepi pantai. Aku menjeling dari jauh walaupun dia
tak nampak jelingan aku.
Kemudian aku terus di tenggelami dengan thesis.
Menaip, menaip dan menaip.
“Karmilla!!” panggil satu suara dari jauh. Aku
pandang ke pantai. Hish, sibuk je. Dia berlari-lari ke arah aku.
“Karmilla, jom main bola jaring. Panggil Yaya
sekali” what?? Huh, ada aku cakap nak ke? Tapi tiba-tiba muncul Yaya di balik
pintu.
“Orait”
“Hey, Yaya. Kau gila ke?”
“Apa pulak? Dia ajak kita main kan? Jom
lah…Jom-jom” Yaya dah angkat laptop aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu
bilik. Dia kemudian menarik aku.
“Yaya, aku nak buat thesis lah”
“Rilex la kejap, dari pagi tadi kau buat thesis
boleh jammed tau kepala. Lagipun, kau nak ke aku dan bodyguard kau yang
handsome tu main berdua-duaan. Dah la handsome, baik, muka suci lagi. Nak ke kau
biar aku dengan dia je? Kang tak pasal-pasal jatuh…” Yaya sudah merepek, aku
pandangnya tajam.
“Jatuh apa?”
“Jatuh cinta!” ish…dia ni, ingat aku hairan
sangat ke?
“Okey, aku teman kau je, tapi bukan sebab aku
takut korang jatuh cinta ke apa. Terpulanglah korang nak jatuh cinta ke apa ke.
Peduli apa aku”
“Orait-orait. We’ll see darl” aku mencebik
mendengar kata-kata Yaya.
Main bola jaring apanya? Setakat main pas-pas
bola lepas tu masukkan dalam jaring. Heh. Anak ayam pun pandai main macam tu.
Aku mencebik sambil memandang mereka kemudian memeluk tubuh sambil memandang
laut. Tiba-tiba aku merasa lantunan bola pada bahu aku. Sakit sengal! Aku
pandang Yaya dan Azlan. Azlan tersengih.
“Baling sini, ball keeper” jerit Azlan pada
aku. Aku mencebik. Ball keeper? Apa kelas? Sambil memeluk tubuh aku memandang
bola di kaki aku.
“Hani, sini lah cepat” jerit Yaya pulak. Hish,
dua mahkluk ni kan, memang la… aku mengangkat kening sebelah. Tersengih jahat.
Heh. Aku berundur ke belakang sikit. Mengambil posisi yang menuju kepada
seseorang. Dengan sepenuh tenaga, aku menyepak laju. Dan. Fuh. Tepat mengena
kepala mangsa. Dan mangsa. Terus tumbang? Ahaha…tapi gelak aku tiba-tiba mati. Yaya
nampak macam cemas.
“Hani…dia pengsan ni. Apa kau dah buat ni?” ek
eleh. Takkan lah kot. Lembik sangat ke mamat ni? Aku berjalan perlahan sambil
memeluk tubuh menuju ke tempat Azlan terbaring. Yaya mengibas-ngibas Azlan
dengan dengan tangannya. Tak berkesan. Aku duduk di tepi menjenguk.
“Awak…awak…” panggil aku sambil menunjal-nunjal
bahu dia dengan jari telunjuk.
“Apa kau ni, Hani. Buat elok-elok lah. Takkan
tunjal-tunjal je”
“Ish, kau ni, takkanlah aku nak buat CPR kot” Yaya
menggaru-garu kepala. Aku pandang lama mamat ni. Muka dah handsome tapi sengal
menyakitkan hati. Tak pasal-pasal dah kena tendangan emas aku tadi. Tapi macam ada
something wrong somewhere bila aku tengok muka dia lama-lama. Kenapa macam
mulut dia terkebil-kebil macam nak tahan gelak?Cis! Aku pandang Yaya. Aku bisik
kat Yaya. Yaya menggangguk-angguk, matanya melilau mencari sesuatu dan selepas
terjumpa apa yang di carinya kemudian dia berlari menuju ke pantai.
Aku duduk bersila di sebelah Azlan yang masih
terbaring. Memandang ke laut. Haila…berapa lama kau nak berlakon hah Azlan?
“Kenapa tu,dik?” tiba-tiba dua orang pelancong
tempatan melalui tempat kami. Erk..
“Takde pape...dia tengah tidur,kak” aku
tersengih. Kemudian akak dan suaminya berlalu sambil tergelak kecil. Ish,
lambat pulak yaya ni. Kemudian Yaya berlari kepada aku. Dia menghulurkan
segayung air laut kepada aku. Aku tersengih.
“Erm, Yaya. Agak-agak kan. Hari ni hujan tak?”
Tanya aku. Yaya sudah bersila di samping aku. Dia kemudian memandang ke langit.
“Hmm…tak kot”
“A’ah kan, aku pun rasa tak. Tapi kalau hujan
macam ni, macam mana pulak?” mendengar itu Azlan sudah mahu mengalah,
cepat-cepat dia mahu bangun tapi sudah terlambat. Aku sudah menuang segayung
air laut ke mukanya. Melompat dia di situ.
“Karmilla!!” dia menjerit. Aku dan Yaya
tergelak sakan. Azlan mengelap-ngelap muka dan rambutnya dengan bajunya. Dia
mengeleng-gelengkan kepalannya dengan laju. Membuatkan air dari rambutnya
terpercik pada aku.
“Azlan!!” aku pulak yang menjerit. Yaya dan
Azlan pulak tergelak sakan.
“Awak ni teruk kan?” marah aku.
“Awak lagi teruk. Tendang bola kena kepala
saya. Lepas tu awak tuang air atas muka saya” aku memandangnya tajam. Kemudian
aku menahan gelak. Tapi bila teringat cara dia tumbang tadi dan gaya dia
terkejut bila aku nak tuang air tadi buat aku tergelak balik.
“Sorry” ucap aku tiba-tiba. Yaya tersengih-sengih.
“Apa dia?” Tanya Azlan sambil buat muka tak percaya.Sengaja. Ish, dia ni…
“Maaf. Saya minta maaf. Puas hati?”
“Baiklah. Saya maafkan,awak”
Malamnya, aku ambil port di beranda lagi untuk
meneruskan perjuangan aku menyiapkan thesis. Menambahkan literature review dan
menghuraikan ayat-ayat yang di cited dari journal-journal dan artikel-artikel memang sangat mencabar minda. Yaya masih suka membuat thesis di dalam bilik. Di tepi
tingkap. Jadi, tak perlulah aku emo dengan gaya dia yang dah macam expert je menaip.
Good for you, Yaya.
Baru sahaja aku mahu menaip, kelihatan Azlan
keluar ke beranda biliknya. Aku menjeling. Buat-buat tak tahu, tapi baru aku
perasan ada gitar di tangannya. Jangan dia nak ajak aku dan Yaya pergi buat fire
camp kat tengah-tengah pantai tu sudah. Argh…ignore.
“ehem-ehem” dia seperti nak test suaranya. Aku
menjeling. Dia sedang membetulkan tuning gitarnya sambil duduk selesa di sofa.
Aku mencebik. Dan tiba-tiba.
“lagu tiga kupang, satu penuh padi, enam ekor
burung masuk dalam kuali…..” perghhh sumbang gila. Aku sudah menjegilkan mata.
Macam ni punya nyanyi pun ada, suara katak lagi sedap. Memang saja nak
menyakitkan hati aku lah dia ni.
“ops, sorry” dia mengangkat tabik pada aku.
Huh, menyampah.
Tapi kemudian
“enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas,
enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas…” Ya Allah, manusia ke yang nyanyi ni,
anak madam Halimah yang umur 3 tahun sebelah rumah aku pun lagi best lah
nyanyi. Ish…aku kemudian menyumbat earphone ke dalam telinga. Melayan lagu
dalam laptop aku lagi baguslah.
Aku terus menaip. Sesekali aku menjeling Azlan
di hadapan, dia sedang memetik gitar. Aku dah malas nak layan.
(Intro)
Wangi
kau lalu
Wangi
bagaikan oh bunga
Kau
tak kenali
Aku
yang selalu perhatikanmu
Aku menghuraikan satu point tentang
leadership, melayan lagu yang sedang bermain dari laptop aku. Tiba-tiba Yaya
muncul di pintu bilik, tersengih-sengih, tersenyum-senyum macam kerang busuk.
Apahal? Aku buat tak layan.
Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang
Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta
Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu
Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta
Alamak, macam tak best je ayat ni,
tukarlah sikit.
Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Aku pandang Yaya, dia
mengangkat-angkat keningnya sambil tersenguh-sengih. Aku mencebik. Mabuk ke
budak ni?
Melalui lagu
Lagu ini ohh untukmu
Ala..silap, backspace.
Taip. Enter. Taip. Taip. Taip. Backspace.
Termenung. Pandang
laptop. Lama.
“Wow...hebatlah”
tiba-tiba Yaya berbisik pada aku. Dia menarik earphone di telinga aku. Aku
pandang Yaya dengan muka pelik. Kenapa?
“Kau dengar tak tadi?”
aku tak faham.
“Apa dia?” Yaya buat
muka tak percaya bila aku tanya apa dia?
“Kau, kau memang tak
dengar langsung ke Azlan nyanyi tadi? Best lah. Wah...aku terkagum sekejap” aku
mencebik memandang Yaya.
“Suara macam katak pun
sedap?” Yaya membeliakkan mata mendengar jawapan aku. Azlan masih ralit dengan
gitarnya. Aku tahu dia sengaja buat-buat tak dengar.
“Suara macam katak?
Merdu macam tu kau boleh cakap macam katak? Kau ni memang takde seni kan? Dia
nyanyi lagu Hujan tu. Best lah”
“Betul lah, katak
panggil hujan,kan”
“Kau memang tak dengar
dia nyanyi tadi kan?”
“Aku dengar lah, dia
nyanyi lagu tiga kupang dengan enjit-enjit semut tadi, bukan best pun” Yaya
sudah menepuk dahi mendengar jawapan selamba aku.
“Kau ni lambatlah” Yaya
sudah buat muka stress. Aku hampir nak tergelak. Bersungguh betul. Yaya
kemudian berpaling pada Azlan yang masih lagi dengan gitarnya.
“Azlan, awak nyanyi lagu
tu untuk Hani eh?” huh? Aku dah terbeliak. Yaya ni dah kenapa? Azlan pandang
aku. Aku terdiam.
“Tak lah, saya nyanyi
lagu ni untuk tunang saya” selamba dia menjawab. Kemudian dia masuk ke dalam
bilik. Ek eleh mamat ni, jiwang nak nyanyi untuk tunang dia konon. Huh.
“Ala...dia dah bertunang
ke?” Yaya buat muka kecewa.
“Kau suka dia ke, Yaya?”
separuh tidak percaya aku dengan Yaya.
“Suka...lagi suka kalau
kau dengan dia. Aku dah ada dah” aku menjegilkan mata.
“Eh, sejak bila kau suka
bercouple ni? Kau cakap couple tu haram lah, kau sendiri cakap kau nak terus
kahwin, tak nak terlibat dalam hubungan lovey-dovey ni. Kau sendiri yang ajar
aku, kan? Eee...kecewa aku dengan kau ni, cakap tak serupa bikin” Yaya sudah
menepuk dahi lagi. Tiba-tiba pulak aku naik angin. Bila masa pulak Yaya
bercinta? Lepas tu tak bagi tahu aku pulak tu. Bagus punya kawan.
“Astaghfirullahalazim....kau
ni kan, ada masanya lurus bendul jugak. Kau dah lupa someone ask for me last
week. Dia jumpa family aku. Dah lupa?” mendengar itu aku mencebik. Alamak, lupa
pulak.
“Ish, tu lupa namanya”
“Yelah sangat, dah la
aku nak pergi sambung menaip. Erm, sebelum tu aku nak cakap. Rugi sangat-sangat
kau tak dengar dia nyanyi tadi” Yaya menjelirkan lidah pada aku. Aku menjeling
padanya.
Peduli apa aku dengar
ataupun tak. Tak penting pun. Huh.
Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang
Aku berjalan-jalan di tepi pantai
lagi. Seorang diri. Tiada Yaya. Tiada sesiapa. Aku cuba bayangkan, kalaulah aku
membesar tanpa mereka, tanpa kedua orang tua aku. Adakah aku akan sunyi macam
ni? Berjalan seorang diri. Lalui hidup seorang diri. Saat ini, aku hanya
bayangkan mama dan papa sahaja. Aku hanya fikirkan mereka, dari satu sudut aku
mungkin terlupa tentang sesuatu. Aku terlupa untuk berfikir, tidakkah aku mahu
tahu siapa ibu bapa kandung aku yang sebenarnya. Rasa itu pernah datang. Tapi
langsung aku tak biarkan pertanyaan itu bercambah-cambah dalam minda aku.
Tamak. Mungkin itu yang sesuai untuk aku. Aku marah mereka, aku kecewa dengan
mereka sebab aku hanyalah anak angkat. Tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu
berfikir cara untuk mencari ibu bapa kandung aku. Setiap hari bila bangun saja
dari tidur, aku benar-benar berdoa dan berharap apa yang aku alami ini hanyalah
mimpi. Aku tak mahu tahu siapa ibu bapa kandung aku, kenapa aku ditinggalkan.
Aku tak mahu tahu langsung. Mahu hidup dalam zon selesa sampai bila-bila.
Aku terduduk di atas pasir. Ombak kuat menghempas pantai. Angin bertiup laju. Menampar-nampar muka. Aku tertunduk. Aku rindukan mama. Benar-benar rindu.
Teringat dengan perbualan dia dan mama
semalam.
‘Hani, bila Hani nak
balik ni, sayang? Hani tak rindu mama ke?’ Tanya mama dengan lembut.
Hati aku sudah cair. Sikit masa lagi air
mata pasti menitis. Mendengar suara mama sahaja sudah buat aku lemah.
‘Erm…ma, baru 4 hari.
Ada 3 hari lagi, kan? Hani, nak siapkan sikit je lagi’ mama terdiam di hujung sana.
‘Balik cepat sikit tak
boleh ke,Hani? Mama sunyi kat rumah ni bila Hani takde’ pinta mama lagi. Sungguh aku lemah.
‘okay-okay, Hani balik
lusa’ memang aku
juga tak sanggup lagi.
‘okay, Hani. Nanti
biar Azlan yang drive, okay? Mama bimbang kalau kamu berdua yang drive’ erk? Azlan?
‘Erm..yelah ma’
bersambung......
No comments:
Post a Comment