Friday 27 April 2012

Benci dan cinta #14

Aku dan Aliff berdiri di taman. Melihat air tasik yang tenang. Dan sejak pemergian Amer minggu lepas hati kami cuba belajar untuk tenang. Alhamdulillah, hati ini tenang. Merelakan pemergian Amer dan semoga dia juga tenang di sana. Amin. Namun, kadangkala ada masa hati juga merusuh. Mengingati Amer. Merindukan masa lalu bersama, ya. Aku tetap manusia biasa.

Dia kemalangan semasa mahu berjumpa dengan clientnya di Johor. Pemergiannya ke selatan tanah air juga tidak pernah di khabarkan kepada aku. Sebab itulah aku tak pernah dengar sebarang berita daripadanya sejak malam itu.

"Che che, apa yang awak akan buat selepas ni?"

Aku terdiam. Aliff memandang aku lama. Aku berpusing ke belakang dan menuju ke bangku di bawah pokok dan mengambil tempat di situ. Aliff mengekori aku dan mengambil tempat duduk di sebelahku.

Aku pandang Aliff.

"Apa yang awak akan buat pulak lepas berhenti kerja ni?" Ya, sejak dari hari pertama aku membahasakan saya awak dan ianya terus melekat begitu. Aliff sudah tergelak kecil.

"Saya tanya che che, che che tanya saya balik pulak?" aku tersenyum kecil. Angin petang mula bertiup lembut. Aku pandang langit. Hmm, bagaimana langit masih sama sedangkan hati kami sepertinya hilang separuh. Hilangnya Amer bermakna separuh dari diri kami juga turut hilang. Aliff turut pandang langit.

"Che che rasa apa yang akan saya buat?" Aku berpaling memandangnya. Berfikir.

"Sambung belajar? atau hmm...handle company macam yang arwah abang awak nak?"

"Kalau che che, apa yang akan che che buat?"

"Hmm, kalau saya, saya akan sambung belajar. Hmm, mungkin bekerja sambil belajar" tapi aku mula berfikir. Itu hanya apa yang aku rasa untuk aku sekarang ni. Mungkin aku akan sambung Master dan dalam masa yang sama aku akan berkerja. Aku berpaling memandang Aliff sambil memicingkan mata. Dia mengangkat kening tanda tidak mengerti.

"Jangan main-main lagi, okay" dia tergelak.

"Haha, hmm, apa saja untuk kakak ipar" kata-kata Aliff buat aku terdiam. Aliff memandang aku.

"Aleeya" aku terpana. Amer? Aku berpaling pada Aliff. Panggilan penuh sebegitu seperti dari Amer. Aku tertunduk.

"Aleeya, it's okay. Walaupun abang dah takdek, kita masih akan berhubung lagi,kan?" Aku pandang Aliff. 

"InsyaAllah"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 tahun kemudian

Aku berlalu dari situ. Tempat dia di semadikan. Semoga rohnya di cucuri rahmat dari Mu, Ya Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Aku masuk ke dalam kereta. Telefon bimbit ku berbunyi. Imran.

"Assalamualaikum, sayang. You ada kat mana?" arghh...boleh tak kalau sehari tak call aku. Rimas.

"Waalaikumussalam. Saya ada kat kubur. Kenapa?"

"Oh, pergi sana lagi? I ada kat rumah U ni. Boleh tolong balik cepat sikit tak?" Grrr..

"Hello, dengar sini. Kenapa awak nak paksa-paksa saya balik ni. Sorry, hari ni saya tak balik dan jangan cari saya lagi" lantas butang merah di tekan.

Aku tak tahu kenapa mesti mak dan ayah nak aku bertunang dengan mamat ni. Ke mana saja aku pergi harus ermm bukan harus lagi tapi dah menjadi kewajipan untuk dia tahu. Dan sesungguhnya aku rimas. Aku pandu kereta dengan laju di kawasan lebuh raya. 

Telefon di tempat duduk sebelah berbunyi lagi. Aku biarkan. Senyap. 10 minit kemudian berbunyi lagi lama dan tanpa henti. Aku semakin lemas. Aku cuba capai telefon bimbit yang telah aku campak jauh namun tak tercapai. Sambil mata melihat ke hadapan dan sesekali aku menjeling telefon bimbit dengan tangan yang cuba di panjangkan, hujung jari aku mula menyentuh skrin telefon. Aku memperlahankan kereta sambil tangan terus menggagau. Aku berpaling sebentar ke tempat duduk sebelah dan dalam masa tak sampai dua saat satu hentakan kuat di hadapan. Aku cuba untuk mengawal stereng tapi sudah terlambat, kepala aku sudah terhentak pada stereng dan di hadapan aku sebuah kereta telah selamat di langgar oleh aku. Dunia terasa berpinar dan sunyi.

"Cik...cik" dan suara itu terasa samar-samar. Aku cuba gagahkan diri mengangkat kepala dari stereng. Aku pegang kepala dan terasa ada darah mengalir laju dan membasahi tudungku. 

"Cik? Aleeya? Is that you?" aku pandang lelaki yang berdiri di sebelah aku. Siapa? Pandangan aku tiba-tiba kabur dan aku sudah tidak sedar lagi.

"Aleeya!!"

Thursday 26 April 2012

Benci dan cinta #13

Sejak malam itu, malam Amer melamar aku, dia terus senyap. Diam. Tiada panggilan. Tiada pertanyaan langsung tentang adakah aku menerima lamarannya. Dan aku pula hidup dalam penuh kekeliruan. Keliru tentang hati. Tentang rasa. Bukankah aku juga mencintai dia. Kenapa aku seperti manusia yang tak punya pendirian. Kadang-kadang rasa rindu. Kadang-kadang rasa kosong. Kadang-kadang rasa hampa. Kadang rasa cinta. Cincin yang masih tersimpan rapi di dalam kotak aku tenung. Rasa bahagia mula menyelinap. Aku sudah rasa parah. Aku renung lagi. Kali ini lebih lama. Ingatan tentang aku dan Amer sewaktu di kolej kembali lagi.

"Aleeya, Amer nak kenalkan Aleeya dengan seseorang yang sangat penting dalam hidup Amer" dan aku menghadapnya di meja makan restoran. Tertunggu. Ternanti. Kata-kata yang akan terus menghiris hati aku nipis-nipis.

Amer mula melambai pada seseorang di belakangku. Dan aku dapat menerka, dia adalah perempuan melalui perfume yang di pakainya. Dia sekarang duduk di hadapanku. Bersebelahan Amer. Memandang aku sambil tersenyum. Aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Tersenyum manis. Semanis gula aku harap.

"Hai, nice to meet you"

"Sofea, ini my best friend, Aleeya. You'll be happy to know her" I guess so. 

"Me too, I'm happy to know you" Balas aku. Sekadar mahu cuba menerima realiti yang menyakitkan. Realiti yang melibatkan Amer dan hidupnya yang aku telan dengan buta. Sofea tersenyum. Ya, senyumannya manis. Dia seorang gadis yang manis. Mampu memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. 



Di waktu yang lain, setelah beberapa tahun perkenalan kami dan Sofea menjadi sahabat baik aku.

"You sure stupid, right?" bentak Sofea ketika kami bersama-sama di bilik ku di kolej. Aku menjegilkan mata.

"Sorry?"

"Aku tahu kau suka Amer, kan? Tapi kenapa kau masih nak berlakon macam tak dek pape?" Aku terkejut. Kenapa Sofea tiba-tiba timbul soal ni. Jadi, dia perasan ke selama ni? Ya, Allah. Kenapalah aku masih nak rapat dengan mereka. Kalau Amer tahu pasal ni, pasti dia tidak akan mengendahkan aku lagi.

"Eh, mana ada. Kau jangan lah nak buat cerita pulak" Dia renung aku lama.

"Tell me, berapa lama dah kau simpan perasaan pada dia? Aku sanggup lepaskan dia kalau kau nak"

"Sofea!!"

Aku tak tahu apa nilai cinta Sofea pada Amer sebenarnya. Dia tinggalkan Amer sebulan kemudian. Bila aku cari dia dan tanya kenapa? Dan kalau sebab aku dia tak perlu buat begitu. Sebab aku akan berusaha pergi dari hidup Amer.

"Aleeya, I want you to know. You are the one for Amer. I'm not. Aku tak boleh hidup dengan seorang lelaki yang punya kawan perempuan. Best friend, huh? Kau ingat aku tak dek perasaan? Dia asyik pentingkan kau. Aku ni siapa?"

"Kalau macam tu, I'm sorry. Aku takkan ganggu korang lagi. Please kembali pada Amer, Sofea"

"I won't. Amer mengajar aku tentang sesuatu. Dia ajar aku cinta itu buatkan seseorang itu buta. Tapi sayang, cinta dia yang buta bukan untuk aku. Tapi untuk kau. Aku tak tahu apa yang dia nak dari aku. So, it was wasting of my time to spend with a guy who doesn't make a sense at all. And he is just like you. No different. A person with no sense." mata Sofea berkaca tapi dia cuba menyembunyikan kesedihannya dengan terus berlalu dari aku.

Aku tersentak. Apa maksud Sofea? 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan aku mula berfikir masak-masak. Cincin di dalam kotak ku keluarkan. Terus aku sarunngkan pada jari manis aku. Aku tersenyum. Ya, aku harus rasional dengan perasaan sendiri.

Sedang mengemas-ngemas di kedai. Kelibat Aliff sejak dari pagi tidak aku nampak. Ponteng lagi, huh! Aku lihat cincin di jari aku. Erm, kalau Aliff nampak ni sure satu hari aku kena usik.

Uncle lalu di hadapanku dengan wajah mencuka sambil mengeleng-gelengkan kepala. Aku pandang uncle pelik. Aku mengekor nya dari belakang.

"Uncle, what happened to you? Are you sick?" Uncle mula mengibas-ngibas mukanya menggunakan kipas plastik. Dia masih menggeleng-gelengkan kepala. Aku bertambah hairan. Aku pandang uncle dengan perasaan yang tidak sabar. Apa hal pulak ni?

"Haiyaa, itu Aliff maa. Saya kehilangan seorang pekerja. Mau cari pekerja mana lagi, haiyaa" dada aku rasa mahu meletop? Aliff? Apa yang terjadi pada Aliff? Aku cepat-cepat menerpa uncle.

"Uncle, apa yang terjadi sebenarnya ni?" Uncle pandang aku lagi dengan muka masam sambil mengibas-ngibas mukanya. Aduh, rimas aku macam ni.

"Tadi, rumah Aliff telefon. Ada kematian. Aliff tak datang kerja" Wwhat?? Apa sebenar yang Uncle nak cakap ni? Masa ni entah kenapa aku rasa nak rebah. Tapi aku cuba untuk bertahan. Dalam fikiran aku sudah terbayang macam-macam. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku segera berlari ke stor.

Aku bukak beg tangan aku. Menggagau-gagau mencari telefon bimbit aku. Tangan aku mula terketar-ketar. Mendail nombor Amer. Tapi aku terlupa. Saat-saat genting ini aku mula terlupa nombor Amer yang sudah bertahun-tahun aku hafal. Aku baru teringat kenapa aku tak cari saja di list number. Tangan aku sekali lagi terketar-ketar menekan butang.Mencari. Dada aku mula sesak. Aku mula rasa debaran yang maha hebat. 

Amer. Namanya terpapar aku segera mendail. Lama aku tunggu. Terasa sangat lama. Kemudian di hujung talian aku dengar ada suara menjawab.

"Che che" 

"Aliff, it's everything, okay?" Aliff terdiam. Dan baru aku sedar. Aku mendail nombor Amer, tapi kenapa Aliff yang jawab?

"Che che, he's gone" bibir aku bergetar menahan rasa. Tapi aku cuba untuk kuat.

"Aliff, boleh saya cakap dengan Amer sekejap"

"Che che, abang dah takdek. Dia dah tinggalkan kita. Please be strong" aku masih tak percaya. Di hujung talian aku dengar esakan Aliff. Aku terduduk. Telefon terlepas dari gengaman tangan aku.


Benci dan cinta #12

Amer sekali lagi mengajak kami keluar bersama-sama. Makan malam bertiga bersama-sama. Kali ni keadaan di rasakan sangat kekok. Hubungan aku dan Amer yang semakin celaru dan Aliff yang semakin mendiamkan diri. Benar-benar kekok.

Amer mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Satu kotak kecil dengan kain baldu berwarna merah di atas meja makan benar-benar buat aku menelan air liur. Amer membuka kotak kecil itu, sebentuk cincin emas putih sudah cukup untuk buat jantung aku hampir pecah.

Aliff hanya terdiam di sisi. Tiada usikan mahupun senyuman. Dia juga seperti terkejut.

"Aleeya, will you marry me?" aku terpana. Apa yang aku harapkan kali ni reaksi dari Aliff, aku tak tahu kenapa aku harus rasa begitu. Aku betul-betul harapkan Aliff tertawakan aku dan say something yang buat aku rasa nak tumbuk, nak marah atau apa-apa saja. Please. Tapi ternyata dia masih terdiam.

"Amer, this is..." aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Hey, aku harus rasa gembira. 

"Ehem, abang. I think, I'll go gent sekejap" ucap Aliff dan kemudian dia berlalu dari situ. Mungkin mahu memberikan ruang untuk kami berinteraksi dengan lebih selesa. 

"Saya perlukan masa untuk berfikir, ini terlalu cepat, Amer" Entah kenapa. Segala-galanya seperti terlalu pantas. Mungkin aku terkejut mimpi lalu jadi kenyataan.Heh.

"Take your time, dear. I'll wait for you. Tapi saya nak awak simpan cincin ni, nanti bila awak dah betul-betul bersedia awak beritahu saya, ermm, oh tak, hari-hari saya akan tanya awak" aku mengerutkan dahi.

"No way!"

"Yes way!" dan dia tergelak kerana dapat kenakan aku. Dan aku masih keliru. Entah kenapa perasaan aku bercampur baur. Gembira tapi masih marah. Geram tapi masih bahagia. Kecewa tapi suka. 

Setengah jam berlalu, Aliff baru menampakkan muka. Makanan yang di pesan sudah hampir sejuk. Aku lihat dia tersenyum sesampainya di meja.

"So, macam mana? any good news?"

"Sooner or later, she will be mine" Aliff tersenyum lagi.

"Haha, che che now your dream..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku sudah menghadiahkan jelingan tajam. Dan dia hanya ketawa mengekek kecil.

"Hmm, Aliff. Abang rasa sudah sampai masanya Aliff kembali pada syarikat kita. Abang dah cadangkan pada papa yang Aliff akan jadi pengurus, gantikan abang"

"Kenapa pulak? Mentang-mentang abang nak kahwin dan sekarang nak Aliff pulak yang handle?"

"Aliff, lambat laun Aliff jugak yang kena handle syarikat papa. Kalau bukan Aliff sape lagi"

"Habis tu abang buat apa? Nak buka syarikat lain?"

"Hmm, abang tak nak buat pape" Aliff tergelak mendengar jawapan abangnya kemudian dia memandang aku.

"Nak berkepit dengan che che?" aku dah berkerut dahi. Eh, eh dia ni lebih-lebih pulak.

Dan Amer hanya termenung. Aku pandang Amer tapi dia seperti sedang berfikir. Lama. Dan sangat lama sehingga kami habiskan makan malam dia hanya bersuara untuk menghantar aku pulang.





Benci dan cinta #11

Malam itu sesampainya di rumah aku terbaring di atas katil. Rasa masih bermimpi dan kaki tidak berpijak ke bumi. Setelah 5 tahun akhirnya Amer cuba memberikan tanda yang aku impi-impikan selama ini. Mencintai Amer selama 5 tahun membuatkan perasaan aku seperti roller coaster. Takut dan gayat tapi masih mahu bertahan. Bodoh kah aku selama ini? Melihat Amer bersama perempuan lain dan aku hanya setia kepadanya atas nama kawan. Kawan seperti yang Amer mahukan dari hari pertama kami kenal dan seterusnya perasaan aku padanya mula berputik. Arghh...begitu complicatednya perasaan ini. Dan setelah 5 tahun, akhirnya dia mencintai aku? Benarkah dia mencintai aku? Atau sekadar ingin lupakan bekas teman jiwanya dulu. Arghh...dah kenapa aku pula yang seperti ragu-ragu kali ini?

Telefon berbunyi bip tanda mesej masuk

Amer
Salam, dah tidur? 


Aku mula menaip

Aku
Wasalam, belum.

Amer
Tak boleh tidur?Saya pun tak boleh tidur

Aku
Kenapa?

Amer
Saya mula rasa takut 

Pelik. Aku bangun dan mula duduk. Seolah-olah mahu mendengar penjelasan Amer dengan cara yang lebih santai walaupun ianya hanya melalui SMS.

Aku
Takut? Kenapa? 

Amer
Entah, tiba-tiba saya rasa takut kehilangan awak. Saya takut tak dapat jumpa awak lagi

Aku
Saya terkejut sebenarnya.

Amer
Kenapa? Awak tak suka?

Aku
Tak. Maksud saya, saya terkejut dengan apa yang berlaku malam ni

Amer
Saya tau saya buat keputusan yang tepat. Saya tak tahu apa perasaan awak pada saya sekarang. Masihkah awak punya perasaan seperti dulu pada saya?

Aku tertanya-tanya. Macam mana dia boleh fikir macam tu? Adakah dia tahu?

Aku
Apa maksud awak?

Amer
Maaf sebab saya buat-buat tak tahu selama ni. Saya mengaku saya tamak. Masa tu saya sukakan dia dan pada masa yang sama saya sukakan awak. Saya pilih dia sebab saya tahu awak akan sentiasa ada di sisi saya. Walaupun saya tau awak akan terluka.


Aku tersentak. Maksudnya selama ni Amer sengaja biarkan aku jadi seperti orang bodoh? Biarkan aku terhegeh-hegeh. Damn. Muka aku terasa panas. Air mata mula menitis. Sampai hati, Amer. Dalam masa yang sama aku jadi geram.

Aku
Oh, so, apa perasaan awak sekarang? Puas hati? Dan berapa lama lagi awak nak saya jadi seperti orang bodoh?

Aku tahu perasaan marah aku sudah meletus. 

Amer
Aleeya, let's meet tomorrow. I don't think this is the best way to talk about it. If you want to curse me when we met, I'll stay. I'm sorry, dear.

Aku tak faham kenapa tadi dia berikan aku harapan dan dalam masa yang sama nak hancurkan perasaan aku. I feel really stupid right now.



Di tempat kerja aku hanya melakukan kerja-kerja aku seperti biasa. Tiada usikan lagi dari Ariff awal-awal pagi seperti selalu dan aku senang begitu sebab aku benar-benar tak dek mood hari ini. Setelah aku membersihkan bahagian hadapan aku mula menuju ke rak-rak buku.

"Ehem, che che. Kenapa senyap je hari ni?" aku hanya menjeling dengan hujung mata. Malas nak pandang wajahnya. Memandang Aliff samalah seperti aku memandang Amer. Dua beradik ni macam selalu suka buat aku marah. Setelah membetulkan susunan buku di rak, aku berpindah ke rak sebelahnya. Aliff tetap mengekor ku dari belakang.

"Gaduh dengan abang?" kerja aku terhenti. Aku memandangnya. Tiada senyuman mengejek di wajahnya. Dia kelihatan serious.

"Tak lah. Hari ni saya tak dek mood nak cakap dengan sape-sape"

"Oh, okay!" dan dia berlalu pergi. Fuhh, lega. Faham bahasa jugak budak nih.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Lunch time

Aku duduk berhadapan dengan Amer di dalam restoran. Dengan perasaan yang bermacam baur aku terpaksa juga berjumpa dengannya. Ya, aku kena jadi seorang yang rasional, masalah takkan selesai kalau aku hanya mengikut perasaan marah aku. Seperti sebelumnya, aku tetap menjadi seorang yang bodoh untuk terus mendengar penjelasannya.

"Awak tahu, makanan tengah hari kat sini paling sedap. Waktu lunch saya memang suka datang sini" okey, aku sekali lagi cuba positif, ini mungkin cara dia memulakan bicara tentang masalah kami. Aku hanya terdiam. Lauk pauk yang sudah terhidang di atas meja tak menarik perhatian aku langsung.

Dia memandang aku yang terdiam sejak dari tadi.

"Aleeya, kita makan dulu, okay. Sekejap lagi saya bawak awak ambik angin" dia perli aku ke?

Amer mula mengisi pinggan aku dengan macam-macam jenis lauk. Mata aku dah terbeliak.

"Amer, cukup lah tu. Awak ingat saya apa?" Amer memandang aku lalu tersenyum.

"Akhirnya, dengar jugak suara awak" ish, dia ni memang sengaja.

Tiba-tiba telefon bimbit Amer berbunyi.

"Erm, okay. I'll meet you there. Give me some more time. Maybe I'll be late but I'll make it" aku sudah mengerutkan dahi. Dia sangat sibuk. Rasanya tak perlu kami berjumpa sekarang.

Selepas menghabiskan makan tengah hari dengan perasaan yang tidak begitu tenang, dia mengajak aku ke taman, ambil angin katanya.

Aku?

"Ermm, Amer saya rasa. Tak perlu kot. Awak sibuk dan saya pulak kena cepat-cepat masuk kerja. Lagipun kasihan kat Aliff, nanti waktu lunch dia lambat pulak semata-mata nak tunggu saya masuk"

"But we need to discuss about our matter, right? It's okay, we just need a little time" aku menarik nafas.

"Amer, I really don't think so. Our problem can't be a of little time to be settled. I don't need your busy time and I don't want to sacrifice other's time as well. Kita boleh berjumpa lain kali. You know me, right. I am a person that can wait for you as you said before. It's okay, it's only little time. Setelah bertahun-tahun, apalah sangat a little time tu. So, it can be anytime" yeah, ayat yang penuh dengan rasa kecewa. Amer terpana.

"Aleeya, I'm sorry. A thousands sorry...."

"I don't need it. A thousands or even a million. Please go, you have a lot of works to do"

"Aleeya, I'll meet you tonight"

"No"

"Why?"

"Saya rasa dah takdek perkara yang harus kita bincangkan lagi. Penjelasan awak dah cukup jelas. I don't need more"

"Damn it! I shouldn't tell you about it before, right?" Amer mula kelihatan serious dan bengang. Pertama kali Amer bengang dengan aku.

"Walaupun awak tak bagi apa-apa penjelasan, saya tetap akan begini"

"That's mean you doesn't trust me"

"I don't feel secure about it, i'm sorry. I got go"

"Aleeya, let me send you" Aku menggeleng.

"No, thanks" dan aku terus berlalu. Aku tak tahu kenapa aku harus rasa ragu-ragu dengan perasaannya lagi. Adakah aku mahu balas dendam atau aku benar-benar rasa tidak selamat dengan hubungan kami. Dan benarkah wujudnya hubungan istimewa antara kami.

"Aleeya, I need to send you. Saya ambik awak dan saya yang perlu hantar awak balik" tegas Amer. Mengalah dengan aku yang tidak mahu mendengar penjelasannya. Akhirnya aku akur dengan permintaanya untuk menghantar aku balik ke kedai buku.



Benci dan cinta #10

Aku dan Aliff berdiri di belakang Amer. Lama. Kami berdua terdiam, namun sesekali aku aku dan Aliff memandang antara satu sama lain. Aliff kemudian mengangkat bahu tanda tidak mengerti apakah yang sedang berlaku di hadapan mereka pada saat ini. 

Aku memandang belakang Amer lagi. Dia sedang bersungguh-sungguh menangkap patung di dalam botol kaca besar. Gagal lagi dan lagi bermakna duit syiling semakin kritikal diperlukan. Aliff berjalan mendekati Amer yang dari tadi tidak berkata-kata walau sepatah pun. 

"Abang, you need some more coins?" Amer mengangguk.

Aliff segera menggagau poket seluarnya. Menyedari itu aku turut mengagau purse aku dan cuba mencari syiling-syiling yang masih berbaki. Meletakkan beberapa keping di atas tangan lalu ku serahkan kepada Amer. Serentak itu juga, Aliff turut menghulurkan kepadanya. Amer berhenti lalu memandang kami yang masih menghulurkan syiling. Dia kemudian tersenyum.

"Perkara yang paling indah pada malam ini adalah dua orang yang terpenting dalam hidup abang ada di sisi abang" Aku tersentak. Termenung. Orang terpenting? Aliff dan....siapakah seorang lagi? Perempuan itukah? Adakah dia sudah datang? Aku memandang sekeliling. Tangan aku automatik ku jatuhkan. Kecewa.

"Che che?" Hmm? aku memandang Aliff dengan perasaan kesal. Aliff tertanya-tanya perubahan air muka ku. Oh, baru aku sedar. Kenapalah aku ni tiba-tiba nak emotional kat sini.

"Aleeya, did you hear me? Are you sick? Demam?" Hah?? Amer sudah memandang aku dengan pandangan risau.

"Oh, erm..tak delah, saya okay je"

"Are you sure? but you doesn't look okay now" tanya Amer lagi. Risau.

"No, I'm okay!" tiba-tiba aku menjerit kecil. Argh, kenapa lah dengan aku ni.

"Oh, okay" Amer kecil hati kot. Yeah, I'm not okay. Aku benci setiap ayat manis yang keluar dari mulut Amer. Entah kenapa, ianya selalu menghiris hati dan buat aku berdebar-debar, buat aku rasa risau. Buat aku tak boleh berfikir dengan baik.

Aku rasa bersalah. Aku pandang Amer yang masih memandang aku dengan pandangan risau. Aliff juga begitu. Aliff? Entah. Mungkin perasaan aku je yang rasa dia sedang melihat aku dengan risau atau mungkin dia tengah fikir adakah aku ini sudah gila secara tiba-tiba dan ada peluang untuk dia kenakan aku nanti. Seperti gotcha che che, you are crazy, right last night?

"I'm sorry, take this coins and please continue with your game" aku cuba tersenyum.

"Please don't be like this, Aleeya. Saya risau kalau awak tak sihat. You're the important person to me" aku terdiam. Important person? Aku masih tertanya-tanya.

"Aliff and Aleeya, both of you mean a world to me" aku pandang Amer. Wwhat? Aku seperti lost sekejap.

Aliff pandang aku. Aku pandang Aliff. Dia tak senyum langsung. I feel awkward. Aku pandang Amer. Dia tersenyum. I feel...bahagia tiba-tiba. B.A.H.A.G.I.A.


Amer kemudian mengambil syiling dari aku dan Aliff lalu meneruskan permainannya. Aku tersenyum kecil. Lalu terpandang Aliff yang merenung tajam padaku. Aku menahan senyuman. Dia masih memandang aku sambil mengecilkan matanya. Aku buat tak tahu. 

"Aliff, ingat lagi tak masa kita main game ni dengan papa masa kecik-kecik dulu?" fokus kami mula menghala kepada Amer.

"Papa cuba untuk dapatkan dua bear walaupun dah banyak kali cuba dan gagal. Papa hampir kehabisan syiling akhirnya dapat satu bear. Papa bagi abang bear tu. Tapi papa cakap bear tu bukan untuk abang, tapi ianya amanah, ingat lagi tak?"

Aku mula tertarik dengan cerita Amer. Aku pandang Aliff dan dia hanya mengangguk. Termenung sambil tersenyum.

"Ya, amanah. Selepas tu papa tinggalkan kita kat situ." Sambung Aliff.

"Hmm??" aku mula tertanya-tanya. Amer memandang ku lalu tersenyum.

Aliff sambung lagi

"Tak lama kemudian papa datang balik ke tempat kami dan bawa banyak duit syiling" Amer sudah tersenyum lebar sambil termenung. Lagaknya mereka berdua sedang bercerita kepada aku sambil mengimbas zaman kanak-kanak.


"Papa cuba dapatkan lagi satu bear. Bila dah dapat bear yang satu lagi setelah setengah jam berhempas pulas, akhirnya kami berdua papa hadiahkan bear itu, dan amanah itu adalah milik Aliff" kemudian mereka berdua terdiam. Termenung lagi.

"Wah, sangat terharu dengar cerita korang berdua. Sangat unik. Papa awak sangat sayangkan korang" luah aku. Aku jadi terlarut dalam kasih sayang mereka.

"Ya, Aleeya, kami berdua sangat bertuah. Papa tak pernah membeza-bezakan kasih sayang nya" 

"Dan saya sangat kagumi papa" Balas Aliff pula. Ehem, nampaknya mereka sedang di buai rasa zaman kanak-kanak. Mengenali sisi lain Amer dan Aliff pada malam ini membuatkan aku rasa kagum pada mereka berdua. Dua beradik lelaki meskipun berlainan ibu dan ayah tapi mereka tetap memiliki antara satu sama lain.

"Abang, why you should be so emotional tonight? Makes me embarrassed" Amer tergelak sambil memeluk bahu Aliff. Aliff hanya tersenyum. Malu? Malu pada aku kah?

 "Don't need to be shy. Aleeya will be part of us one day" Aku hampir terbahak walaupun tanpa minum air. Aliff juga turut terkejut. Kami terdiam sedangkan Amer kelihatan gembira. Dia sangat gembira malam ni. Sangat gembira hingga buat aku rasa keliru. Adakah dia benar-benar maksudkan nya? Sungguh aku keliru.

"Aleeya" panggil Amer dan aku masih lagi terdiam. Bukan tidak gembira tapi terkejut. Aku pandang Amer.

"Can you wait for me for a while? I promise it will be really a while" aku terkejut lagi. Berapa banyak kejutan lagi yang aku perlukan sehingga aku boleh dapat sakit jantung?

"Che che, congrats" a very short congratulation from Aliff sudah cukup buat aku tersedar balik dari angan-angan. Sebab, it was Aliff.

"Can you?" Amer bertanya lagi. Aku pandang Aliff. Entah kenapa aku harus pandang Aliff dahulu sepertinya sedang meminta restu. Aliff pula tersenyum sambil mengangguk. Seolah-olah merestui kami.

Aku memandang Amer dan hanya tersenyum.