Thursday 15 November 2012

Dejavukah Kisah Kita


Aku tercengang di situ. Betul ke  apa yang aku nampak ni? Ni kan lelaki yang dalam mimpi aku semalam. Lelaki itu turut tercengang melihat reaksi aku yang tiba-tiba kaku di hadapannya. Kemudian lelaki itu tersenyum.

"Ehem, kacak sangat ke saya ni ?" tiba-tiba dia bersuara. Suaranya. Walaupun aku ingat-ingat lupa tapi masih sama seperti lelaki di dalam mimpi semalam. Senyuman juga yang sama. Aku menelan air liur sebelum cuba untuk tersedar dari mimpi di siang hari. Aku membetulkan kedudukan aku berdiri dan cuba kembali ke alam yang nyata. Malu mula menyerbu ke muka. Senyumannya buat aku tidak senang di situ. Aku cepat-cepat berlalu dari situ.

"Cik..." panggilnya sedangkan aku sudah cepat-cepat berjalan. Dia mengekori aku. ish...dah  la jangan ikut aku lagi. Tak cukup-cukup lagi ke dalam mimpi sekarang pun masih nak ganggu aku.

Dia berasa hairan, kenapa dia perlu mengejar gadis ini tapi reaksi gadis itu terhadapnya tadi membuatkan dia tertanya-tanya.

"Cik…" lelaki itu sempat mengejarku dan berdiri di hadapanku. Aku terhenti dan memandangnya.

"Awak nak apa lagi ?" tanyaku sehingga membuatkan lelaki itu bertambah tertanya-tanya. Aku pula bagai baru tersedar bila aku sudah menuturkan soalan itu. Alamak, apasal aku terbawak-bawak mimpi ke alam nyata pulak ni. 

"Cik kenal saya ke ?" aku memandangnya lalu menggelengkan kepala.

"Tak...saya tak kenal awak pun" ucapku dengan bersungguh namun masih bersahaja.

"Eh, betul ke ni? Atau kita pernah jumpa kat mana-mana ke?” tanyanya sambil tersenyum nakal.
Ish...apahal pulak mamat ni. Aku menjeling ke atas tanda bosan.

"Saya cakap saya tak kenal awak, saya tak kenal lah" kataku lagi dengan nada bosan. Lelaki tadi nampaknya masih tidak berpuas hati.

"Tapi kita ni macam pernah jumpa kan?” tanyanya tiba-tiba dan membuatkan aku terperanjat. Aku merenungnya. Apa dia pun sama macam aku juga ke? Merasai mimpi yang sama? Kah?

"Maksud saya...cara awak tengok saya tadi macam kita ni dah pernah jumpa kan?"

Ah...dia ni saja nak kenakan aku. Aku mendengus perlahan. Berpura-pura berfikir sambil meletakkan jari di dagu dan merenung lelaki itu dalam-dalam. Aku kena berlakon ni. Kalau tak buat malu jer. Caranya itu menarik perhatian lelaki itu. Comel.

"Ermm…mungkin ya…mungkin tak" jawabku lalu segera mahu berlalu. Sekadar mahu memberikan jawapan yang aku sendiri tidak pasti. Lelaki itu terdiam dan membiarkan aku berlalu. Dia seolah-olah masih berfikir.

"Dejavu?" katanya kuat-kuat supaya menarik perhatian aku untuk berpaling. Ya, dan aku pun berpaling. Dia tersenyum seperti di dalam mimpi semalam. Aku terpana sekejap. Tak boleh, tak boleh aku kena berlakon lagi nih. Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang paling manis. Lelaki itu turut tersenyum manis. Mengharapkan tekaannya betul.

"Ermm...mungkin tak” senyuman di bibir lelaki itu hilang. Aku terus berlalu pergi. Lelaki itu membiarkan aku pergi. Hmmm…menarik. Gadis yang menarik.


Malam itu aku bermimpi lagi. Mimpi yang sama tentang lelaki itu. Aku menyorok dibelakang kotak-kotak kayu yang bertimbun. Nafas aku turun naik tanda aku baru saja menghabiskan larian yang entah berapa ribu langkah semata-mata mahu menyelamatkan diri dari lelaki itu. Aku mengintai-intai di celah kotak. Bayangan lelaki itu sudah hilang. Lega.

"Kat sini awak rupanya " satu suara kedengaran dari belakang. Aku segera berpaling dan tanpa membuang masa aku sudah bersedia untuk melarikan diri. Tapi sebelum sempat aku menolak lelaki di hadapan aku yang cuba menghalang  aku, tiba-tiba dia bersuara lagi.

"Jangan lari... jangan bimbang saya takkan apa-apa kan awak" aku masih tidak percaya. Tapi dia tersenyum dan cuba  berdiri jauh dari aku.  Melihat itu, aku cuba untuk percayakannya, namun aku masih berjaga-jaga.

"Awak...benar-benar tak mahu jadi milik saya? Isteri saya?” aku mengerlingnya dengan ekor mata. Tidak berani untuk bertentang mata dengannya. Aku hairan, tiba-tiba saja dia berubah hari ni. Bicaranya kali ini lembut tidak sekasar sebelum ini. Selalunya lelaki ini panas baran semacam jer.

"Kalau betul saya boleh buat pilihan ini, saya memang tak nak" jawabku dengan nada yang terketar-ketar.

"Saya tau...tak pe lah, awak takkan jumpa dah saya lagi lepas ni. Hakimi harap awak bahagia” biar betul? 
Aku berpaling padanya dan dia lagi tiada di situ. Hilang.

Aku terus terjaga dari tidur. Ah…mimpi lagi. Ermm…aku mimpi apa tadi ? oh ya ! dia takkan ganggu aku lagi dah. Alhamdulillah.

"Dira !!!" suara jeritan kak long sudah kedengaran. Aduh…minah ni…aku tengok jam kat meja pukul 8 pagi. Hish..nak tidur pun tak senang. Ada saja makhluk yang nak menggangu aku. Sudah-sudah lah dengan Hakimi ni kak long pulak. Eh, but wait...Hakimi? Macam mana aku boleh ingat nama dia Hakimi?

Aku turun tangga dalam keadaan malas.

"Apahal ni kak long...bising je...tak tau ke orang nak tidur ke nak apa..." kak long mencekak pinggang melihat aku turun.
"Tidur?...kau ni tak habis-habis tidur…bawak-bawak lah bangun" aku menguap sambil menuju ke sofa. Berkira-kira mahu menyambung tidur di situ pulak.
"Hoii...ewah-ewah banyak cantik kau...eh bangun lah...tak payah nak bermimpi kat sini pulak... ikut akak pergi tesco kejap lagi. Akak nak buat jamuan sikit hari ni" haipp...jamuan apa pulak minah ni. Tak pernah-pernah pun.
"Apasal nak buat jamuan pulak? Birthday akak dah lepas kan?" tanyaku tanpa memandang kak long.

"Mestilah tak...kawan akak baru balik dari Australia nak datang melawat. Sajalah nak buat makan-makan sikit. Cepatlah pergi mandi nanti tak sempat pulak nak masak" arah kak long sambil menarik lengan aku.

"Yelah-yelah" hish...kawan ke pakwe? Beria-ria je. Selalunya kalau kawan nak jumpa mesti kat luar je, pizza lah, KFC lah...tak matured langsung. Hari ni tiba-tiba pulak nak masak. Dah matured kot. Haha..
"Kau gelak apa?" erkk..



"Hari ni kita masak tom yam special. Pasti sedap hingga menjilat jari, kari kepala ikan pasti terangkat, dalca terbaik resepi nenek, pudding gula hangus lemak berkrim di sukai ramai, kek buah-buhan terbaik dari secret resepi, jus mangga dan sirap limau dari Natasha Azman" aku pandang kak long dengan pandangan yang tak percaya.  Biar betul minah ni. Kak long tak mempedulikan aku. sebaliknya dia sibuk mengarahkan aku untuk buat itu ini. Mulutnya tak henti-henti mencocet-cocet dari tadi. Aku pulak jadi bosan.

"Eee…banyaknya kak long. Berapa orang nak datang makan ni?” aku memandang kak long dengan muka penat. Kak long tersenyum lalu menunjukkan simbol peace kat aku.

"20 orang? Ramainya!!" kak long memandang aku.
"Tak lah, dua" aku memandang kak long dengan pandangan tak percaya.
"Apa? Dua? Mak aihh...diorang ni ikan paus ke kak long?"
"shut up, buatlah kerja kau"

Setelah 3 jam bergelumang di dapur, tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

"Ah..tu mesti dorang dah datang, kau hidanglah dulu apa yang belum di hidang lagi, kak long nak pergi tengok dorang kejap”
Aku berdiri di meja yang penuh dengan pelbagai juadah air tangan kak long dan pembantu berdedikasinya iaitu aku. Hmm...baik aku naik atas tukar baju. Kak long tak aci betul...sempat lagi masa aku tengah buat kerja kat dapur sorang-sorang mencocet-cocet ingatkan kak long ada kat belakang aku tengah buat kerja  sama-sama tapi bila tengok tiba-tiba entah dari mana muncul dengan pakaian yang cukup cantik dengan wangian yang menusuk kalbu...wah-wah...cantik betul perangai. Tapi masalahnya aku ni pulak dah macam orang gaji... haishh...baik aku pergi tukar baju sekarang.

"Duduklah...rehatlah dulu, nanti aku bawakkan air"

"Eh, Natasha tak payahlah susah-susah...eh mana adik kau?"


"Tak dek susahnya, oh..dira ada kat dapur tu" ucap kak long sambil Misha mengekor kak long ke dapur.


"Wah...banyaknya kau masak ni...macam nak kenduri pun ada"



"Alah...biase-biase jer, ni aku masak untuk korang berdua lah"



"Aku tau, ni mesti kau ingat Rizal ni macam dulu kan ? Suka makan, tu yang kau masak banyak-banyak ni?"

"Oh, dia dah tak kuat makan ke?" Misha mengangkat bahu.

"Hmm...tapi aku rasa kalau dia tengok semua ni mesti selera makan dia datang balik"

"Baguslah macam tu…eh, pergilah panggil Rizal tu makan…aku nak letak air je ni"
Ah segarnya mandi…barulah aku rasa macam manusia balik.

"Dira!!!" adoyai...makhluk ni lagi. Kak long dah muncul dimuka pintu bilik aku.

"Eh, Dira cepatlah...kau ni bersiap macam pengantin pulak"

"Eh, apa pulak, akak pergi lah makan dulu. Tak payahlah tunggu orang. Orang nak berehat lah kejap"

"Ewah-ewah…bukan main lagi nak berehat. Cepatlah, kawan akak nak kenal kau. Takkan tak nak tunjuk muka.."

"Yelah-yelah, kejap lagi orang turun lah" 

Aku turun tangga dan lihat dorang sedang gembira berborak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang mana satu agaknya yang suka makan? Mesti yang yang lelaki tu...tapi takkanlah..kurus je aku tengok...yang perempuan tak? Mungkin jugak sebab dia lagi berisi.

"Dira, meh sini kenalkan ni kawan akak masa kat Australia dulu dan ni adik dia Rizal" mereka berdua berpaling pada aku. Belum sempat aku melangkah satu lagi anak tangga, aku sudah terpana melihat lelaki itu. Hah? Tanpa disedari aku gagal mengawal imbangan badan lalu jatuh tersungkur depan tangga. Aduhh...

"Eh, Dira" mereka semua cepat-cepat mendapatkan Dira.

Kak long memimpin aku duduk di sofa. Aku dah mengaduh sambil menggosok-gosok buku lali.

"Apa ni Dira, takkanlah turun tangga pun dah tak pandai...tiba-tiba pulak boleh jatuh" Kak long dah mula membebel. Eee...Kak Long ni...masa ni lah dia nak mencocet-cocet. Aku mendongak memandang Rizal yang dari tadi berdiri di hadapanku. Mula-mula riak wajahnya kelihatan risau, namun apabila melihat wajah aku yang masih lagi terkejut memandangnya dia mula tergelak kecil. Waaa….nak nangis aku. Kau gelak kenapa??

"Aduh, Kak long…Dira rasa baik Dira rehat kat atas" Sebenarnya alasan je aku nak berehat kat atas. Aku malu. Mana tak nya tiba-tiba pulak boleh jatuh di depan tetamu. Haru.

"Sakit sangat ke?" tanya kak long.

"Kalau macam tu, baik kita bawa Dira ke klinik je" cadang Rizal.

"Eh, tak payahlah. Ni kalau letak minyak urut dan berehat sekejap okey lah nanti" aku cepat-cepat mengelat untuk di bawa ke klinik.

Aku memandang Rizal lagi. Betul ke mamat ni ? Macam mana aku boleh terjumpa dia kat sini lagi. Aku lihat Rizal tergelak-gelak kecil lagi. Walaupun aku dah bagi jelingan maut lagi bertambah-tambah dia gelak. Hishh…menyakitkan hati.

"Eh, Rizal…yang kau gelak-gelak ni kenapa ? Tak baik gelakkan orang macam tu tau" Kak Misha yang menyedari reaksi Rizal mula menegur. Bagus Kak Misha. Sokong seratus peratus.

"Bukan sengaja, kak. Rizal bukannya apa. Cuma rasa macam dah pernah alami je peristiwa macam ni. Macam….hmmm…Dejavu !!" Katanya lalu tergelak-gelak lagi. Hishh…geram. Sabar Dira, sabar…

Aku pandang Kak Long " Akak, bawak Dira berehat kat kerusi luar kejap. Dira rasa angin kat luar tu boleh sembuhkan kaki Dira ni...angin kat dalam tak berapa bagus la kak" kataku pada kak long sambil ayat yang terakhir tu aku bisikkan pada telinga kak long. Rizal sudah mengangkat sebelah kening cuba untuk menguping. Ngap...sekali cubitan berbisa dari kak long singgah di lengan. Sakit lah, ketam!!!

"Kau ni mengada-ngada lah" kak long membebel lagi. Kak Misha pula tersenyum-senyum sambil sesekali mencubit lengan Rizal yang tak habis-habis nak gelakkan aku.

"Kak Long, pleaseeee....."

Di dalam rumah aku dengar mereka sedang makan sambil bergelak ketawa. Amboi amboi bahagia betul korang ye! Tiba-tiba perut aku mula berdendang lagu keroncong. Ah, perut kasihan kau di anak tirikan. Sabarlah ya... Kau makanlah angin kat luar ni dulu. Angin pun bagus jugak banyak oksigen. Bagus untuk kesihatan. Uhuk!

Tapi bila di fikirkan balik. Kenapalah aku mesti jumpa mamat ni lagi. Bukankah dalam mimpi hubungan kami dah berakhir. Takkan lah dalam alam nyata pun aku kena jumpa dengan dia lagi. Dalam keadaan memalukan pulak tu. Nasib kau lah, Dira!!

"Ehem" tiba-tiba ada suara berdehem dari belakang. Aku buat-buat tak tahu. Tiba-tiba dia menghulurkan sepotong puding gula hangus. Aku memandang puding yang di hulur sambil menelan air liur. Tapi aku cepat-cepat berpaling ke tempat lain. Dia tersenyum lalu duduk di sebelahku sambil memegang piring puding gula hangus.

"Kak Natasha cakap awak suka makan puding gula hangus" 

"Tak lah, akak tipu je tu" gila kau. Siapa cakap aku tak suka. Favourite aku tak hingat tu! Tiba-tiba perut aku berbunyi lagi. Kali ni lebih jelas. Erk...Rizal dan aku berpandangan antara satu sama lain dengan riak wajah terkejut. Aku cepat-cepat berpaling tempat lain. Arghh...malu gila! Macam nak lari dari sini je! Kemudian kedengaran dia tergelak kecil. Aku dah memejam mata tanda malu dan dia pulak masih tergelak. Arghh...tidak! tidak!

"Lapar ek? Tu lah.....tadi.... jual mahal...tak suka kan puding ni....tak pe lah saya makan dulu lah ya..." Saja dia melagukan kata-katanya. Rizal mula membaca bismillah lalu mahu mengorek puding di atas piring. Eleh, tak hairan lah. Tapi...adoi...lapar. 

"Ehem...ehem" aku mula berdehem. Dia tak jadi mengorek puding di atas piring lalu berpaling pada aku dengan senyuman nakal. 

"Kenapa?" aku pandang piring di tangannya. Dia memandang piring di tangannya dan muka aku silih berganti. 

"Puding" ucap aku perlahan sambil memandang ke tempat lain. Malu. Dia tersengih-sengih sambil menghulurkan puding kepadaku. Aku menyambut piring puding dari tangannya. Sedang aku asyik menyuap puding dia pulak memerhatikan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba dia bersuara,

"Patutlah ada Dejavu, rupanya kita memang di takdirkan berjumpa....." aku hampir tersedak bila dia sebut pasal dejavu.

"Eh, awak okay tak?" ah, kau memang tak senonoh lah Dira, tak senonoh. Nasib baik tak bersembur puding. Kalau bersembur tadi aku sanggup lari walaupun kaki dah rengkat macam ni. Tapi akak, kenapa lah adik kawan akak tu dia. Kenapa mesti dia??

"Sekejap saya pergi ambikkan air kat dalam" dia masuk ke dalam rumah kemudian muncul semula dengan air kosong di tangan.

"Thanks" ucapku. Dan dia ketawa lagi. Ketawa lah. Ketawa lah banyak-banyak lagi. Arghh...


Selepas Rizal dan Kak Misha datang ke rumah tempoh hari, baru aku perasan sesuatu. Aku dah tak mimpi pasal Hakimi lagi. Pendek kata sejak aku bertemu Rizal, sejak dari itulah mimpi aku tentang Hakimi terus lenyap dan seolah-olah Hakimi telah keluar dari alam mimpi dan menjelma sebagai Rizal di alam nyata. Dan sampai sekarang aku masih tak faham bagaimana Hakimi di alam mimpi boleh menjadi Rizal di alam realiti. Semuanya kuasa Allah s.w.t, hmmm tak perlulah aku nak persoalkan lagi. Yang sama nya lagi pasal mereka berdua, dua-duanya sering mengganggu aku. Sebab itu jugak lah aku tak boleh nak terima Rizal sebagai kawan walaupun Kak Misha dan Kak Long cakap 

"Eloklah korang berdua berkawan-kawan. Rizal pun tak ramai kawan kat Malaysia ni"

Aku berjalan laju-laju di tempat letak kereta di kompleks membeli belah. Aku tertoleh-toleh ke belakang. Aku nampak bayang-bayang yang sama mengejar aku lagi. Peluh mula menitik di dahiku. Menyesal aku keluar dulu dari Kak Long tadi. Tak pasal-pasal aku kena pergi car park sorang-sorang. Hishh...aku mula berlari dan bayang-bayang itu ikut berlari.

"Nadira!!" suara itu menjerit memanggil aku. Tapi rasanya aku macam kenal je dengan suara ni. Aku memberanikan diri berpaling ke belakang. Erk....Rizal! Ya Allah...tak tahu aku harus rasa macam mana lagi masa ni. Gembira, lega, nak marah semuanya ada. Rizal berhenti di hadapanku dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku memandangnya dengan perasaan geram.

"Kenapa awak ni?" Rizal memandang aku yang sudah berkerut dahi menahan marah.

"Sorry, Nadira. Saya tak sengaja nak buat awak takut, saya cuma nak pastikan betul atau tidak awak tadi.Tapi tak sangka pulak awak tiba-tiba lari" aku mendengus perlahan.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Awak betul-betul buat saya rasa macam......." aku tak habiskan ayat aku sebab aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku masa dia kejar tadi. Aku betul-betul rasa macam sedang mengalami mimpi yang sama seperti sebelum ini. Hakimi mengejar aku seperti mimpi ngeri bagi aku. Aku di buru Hakimi semata-mata lelaki itu mahu aku menjadi isterinya. Heh. Memang lawak mimpi aku ni tapi bagi aku ianya sangat mengerikan bila di kejar begitu. Lebih menggerunkan Hakimi dan Rizal memiliki wajah yang sama.

"Okay, sorry...saya tak buat lagi, okay! Sorry, sorry, sorry....." ucap Rizal bersungguh-sungguh. Aku hanya menggangguk perlahan dengan selamba lalu berjalan meninggalkan Rizal. Rizal mula berjalan di sebelahku.

"Awak buat apa kat sini?" tanyaku tanpa memandang mukanya.

"Saya jalan-jalan kat atas tadi dan singgah kedai buku. Tiba-tiba jumpa awak kat sini" Panjang lebar pula dia menerangkan pada aku.

"Ohh...okay" Rizal tersenyum mendengar reaksi aku.

"Hmmm...rasa macam pernah alami je semua ni. Macam Dejavu" tiba-tiba Rizal mengulangi ayat yang sama seperti sebelum ini. Aku memandangnya geram.

"Boleh tak kalau awak tak perli-perli saya lagi" Rizal tersenyum hairan.

"Mana ada perli. Saya cakap benda yang betul" Biar betul mamat ni. Aku pandangnya dengan wajah yang serius. Dan dia membalas balik dengan pandangan yang serius.

"Tak kan lah kot..." kataku perlahan namun masih boleh di dengar oleh Rizal.

"Kenapa pulak? Semua orang pernah alami dejavu, kan. Takkan awak tak pernah alami Dejavu?" ucap Rizal dengan nada yang serius. Aku terdiam.

"Saya tau awak mesti pernah alami Dejavu jugak kan?" tanyanya tiba-tiba sambil tersenyum.

"Apa?" aku cuba untuk menidakkannya.

"Kali pertama kita jumpa, awak dah tercengang tengok saya. Masa tu baru saya sedar yang saya jugak rasa macam pernah jumpa awak" aku terdiam lagi dan mula terfikir. Apakah Rizal juga mengalami situasi yang sama dengan aku namun dengan cara yang berbeza?

"Tak tak...bukan Dejavu. Dejavu hanya bagi awak...bukan pada saya" aku cuba menafikan lagi. Tapi betullah. Aku mengalami mimpi tentang dia dan dia mengalami Dejavu tentang aku. Hah? Macam ni pun ada?

"Habis apa yang awak alami masa kali pertama kita berjumpa tu?" aku tertawa kecil.

"Tak ada apa-apa...saya cuma terkejut. Ermm...mungkin sebab muka awak mengingatkan saya pada...erm...pada atuk saya" tiba-tiba aku sebut pasal atuk. Sengaja tak mahu Rizal tahu cerita sebenar tentang mimpi aku. Malu seh!
Rizal tergelak mendengar kata-kata aku. Ada riak tidak percaya pada wajahnya.

"Oh, ye ke muka saya ni macam atuk awak? atau ada something yang awak sorokkan dari saya?" erk...aku terdiam.

"Okey, let's say bukan sebab muka saya macam atuk awak. Hmmm...mungkin jugak sebab awak dah jatuh cinta pandang pertama pada saya, kan? Tu lah jugak sebabnya.........." ish dia nih suka-suka hati je.

"Tu lah jugak sebabnya apa pulak?" 

"Sebab awak jatuh cinta pandang pertama kat saya lah awak jatuh tangga hari tu kan, hahaha" aku menahan geram. Kenapalah aku mesti jumpa dia lagi kat sini? Arghhh....

"Awak jangan nak perasan lebih-lebih, okay. Semuanya tak ada kena mengena dengan awak lah" ucapku dengan geram lalu cepat-cepat berjalan meninggalkannya. Rizal cepat-cepat mengekori aku dari belakang. Aku cepat-cepat berpaling padanya, ingatkan nak marahkan dia lagi tapi tiba-tiba pandangan aku kabur dan aku ternampak wajah Hakimi pada Rizal. Jantung aku berdenyut kencang. Aku jadi tergamam dan kaku di situ. Rizal turut tergamam melihat reaksinya.

"Nadira....Nadira..."panggil Rizal sambil menampar-nampar pipi aku perlahan.

"Rizal" Natasha muncul dari belakang.

"Kenapa ni, Rizal?" tanya Natasha bila melihat Rizal yang menampar-nampar wajah aku dan aku yang masih lagi kaku di hadapan mereka.

"Tak tau, kak. Tiba-tiba je Nadira jadi macam ni" Kak Long memegang lengan aku sambil memanggil-manggil nama aku. Rizal mengambil air mineral dari dalam keretanya dan segera berlari kepada aku dan Kak Long. Rizal membaca ayat-ayat al-Quran dan meniup pada muncung botol. Air dari botol mineral di tuang ke tangannya dan di sapu perlahan-lahan ke muka aku. Perlahan-lahan aku mula tersedar. Sebaik sahaja nampak wajah kak long, aku segera memeluk kak long.

"Kak long, Hakimi muncul lagi" ucapku dengan menggigil. Rizal dan Kak Long tercengang.

Sesampai di rumah, aku terus berehat di dalam bilik. Saat ini, memandang Rizal mengundang mimpi ngeri aku sekali lagi. 

"Kak, nak tanya sikit boleh tak?" tanya Rizal semasa dia dan Natasha di ruang tamu. Selepas menghantar mereka pulang. Itupun sebab Rizal mengekori mereka dari belakang kerana risaukan keadaan Nadira.

"Kenapa Rizal?" Natasha tahu apa yang ingin di tanyakan oleh Rizal.

"Siapa Hakimi sebenarnya?" Natasha menarik nafas perlahan mendengar pertanyaan Rizal yang sudah di duganya.

"Sebenarnya, akak pun tak tau. Sejak kebelakangan ni dia ada jugak sebut pasal Hakimi tu. Katanya Hakimi tu selalu mengganggu Dira. Tapi tak de lah pulak akak tahu gangguan yang macam mana. Yang akak perasan dia selalu meracau-racau masa tidur" Kata-kata Natasha membuatkan Rizal termenung.

Sesampai di rumah, aku terus berehat di dalam bilik. Saat ini, memandang Rizal mengundang mimpi ngeri aku sekali lagi. 

"Kak, nak tanya sikit boleh tak?" tanya Rizal semasa dia dan Natasha di ruang tamu. Selepas menghantar mereka pulang. Itupun sebab Rizal mengekori mereka dari belakang kerana risaukan keadaan Nadira.

"Kenapa Rizal?" Natasha tahu apa yang ingin di tanyakan oleh Rizal.

"Siapa Hakimi sebenarnya?" Natasha menarik nafas perlahan mendengar pertanyaan Rizal yang sudah di duganya.

"Sebenarnya, akak pun tak tau. Sejak kebelakangan ni dia ada jugak sebut pasal Hakimi tu. Katanya Hakimi tu selalu mengganggu Dira. Tapi tak de lah pulak akak tahu gangguan yang macam mana. Yang akak perasan dia selalu meracau-racau masa tidur" Kata-kata Natasha membuatkan Rizal termenung.

Aku menyiram pokok bunga di taman sambil menyanyi-nyanyi kecil. Seronok jugak bangun pagi-pagi macam ni sambil siram pokok bunga. Kalau tahu best macam ni, hari-hari aku nak bangun pagi. Tapi ni pun sebab kak long yang selalu membebel.

"Assalamualaikum..." tiba-tiba kedengaran suara lelaki memberi salam. Aku menjenguk melihat di pintu pagar. Rizal? Alamak, mimpi ngeri aku dah datang! Apahal dia datang sini pagi-pagi macam ni. Pagi erk...pukul 9 pagi lah jugak kan.

"Hai, Nadira....buat apa tu?" sahaja Rizal melagukan ayat 'buat apa tu' seolah-olah mak cik sebelah rumah datang nak ajak mengumpat. Erk...main bola. Aku hanya terdiam.

"Tak nak bagi saya masuk ke?" tanya Rizal sambil membuat muka tersepit di celah jaring-jaring pagar. Hish...buat malu je dia ni.

"Emmm..kejap-kejap"ucapku lalu berlari menuju ke pili air lalu menutup air. Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu pagar.

"Awak nak apa?" tanya aku selamba.

"Aik, tak nak bagi saya masuk dulu ke? Panas tau tak kat luar ni". Aku mencebik sambil perlahan-lahan membuka kunci pintu pagar. Setelah pintu pagar di buka, dia menerobos masuk dan tersenyum pada aku lalu menggosok-gosok kepala aku. 

"Good girl" Ish...mamat ni, ingat aku ni anak ayam, anak kucing! Geram. Baru sahaja aku nak menumbuk bahu dia, dia dengan segera duduk di bangku taman. Aku menjelingnya.

"Kak long tak dek ke?" dia mula bersuara sambil duduk dengan selesa di bangku. 

"Ada kat dalam" jawabku pendek sambil berjalan-jalan melihat pokok bunga.

"Awak sihat?" tanyanya lagi.

"Hmmm" jawabku dengan malas.

"Hmmm je?" tanyanya lagi lalu bangun dari bangku dan mengekori aku dari belakang.

"Sihat!!!" jawabku dengan kuat tanpa menyedari dia ada di belakang aku.

"Aduh, sakit telinga...Yelah, tau awak dah sihat. Kalau tak tak delah suara awak sekuat ni" katanya sambil menggosok-gosok telinga. Haha....oh, baru aku perasan yang dia ada kat belakang aku. Padan muka. Haha.

"Awak senyum?" tanyanya sambil mengintai-intai muka aku.

"Kenapa pulak? Tak boleh nak senyum?" tanya aku dengan geram.

"Rasanya persahabatan kita ada sedikit masalah, kan. Jadi, boleh kita berkenalan semula?" erk...aku memandangnya dengan hairan. 

"Nama saya Rizal...hmmm...Rizal Hakimi" ucapnya. Aku tersenyum mendengar perkenalan ikhlasnya.

"Okay, saya Nadira Azman" ucapku pula. Tapi aku rasa macam ada something wrong somewhere. Aku baru teringat sesuatu.

"Kejap-kejap...Hakimi tu nama awak jugak ke? atau nama ayah awak?" Rizal memandang aku hairan. Namun, dia layankan je.

"Yup...nama sayalah. Okay lah...nama saya Rizal Hakimi bin Mansor" Aku menelan air liur. Tergamam. Terpana lagi. Mungkinkah.....Rizal dan Hakimi orang yang sama. Huh?

"Nadira, are you okay?" aku cuba untuk bertahan. Walaupun jantung aku sudah berdenyut kencang.

"Hakimi..." ucapku perlahan. Namun masih di dengari Rizal. Rizal terpana juga mendengar Nadira menyebut nama Hakimi. Apakah selama ini...Hakimi yang Nadira maksudkan adalah dia? Tiba-tiba perasaan Dejavu muncul lagi.

"Nadira bertenang. Ingatkan Allah...okay! Cuba ceritakan pada saya apa sebenarnya semua ini?" aku cuba mencari kekuatan untuk berkata-kata.

"Hakimi dan awak orang yang sama kan?" Rizal menggeleng-gelengkan kepala.

"Saya tak faham" Rizal masih lagi keliru.

"Awak...maksud saya orang yang selalu muncul dalam mimpi saya adalah awak" Rizal tergamam.

"Betul ke ni, Nadira?" aku mengangguk.

"Oh, jadi apa cerita sebenarnya mimpi awak tu?" tanya Rizal bersungguh-sungguh ingin tahu. Natasha yang dari tadi menjadi pemerhati datang kepada mereka.

"Kalau Rizal nak tahu, dalam mimpi tu......"

"Kak Long, jangan nak pandai-pandai cerita" marah aku pada Kak Long. Rizal masih lagi terpinga-pinga. Tak kan lah nak cerita. Malu seh!

"Apa pulak? Biar Kak Long cerita je. Nak tunggu kau cakap alamatnya setiap kali jumpa Rizal kau macam nampak hantu" Ish...Kak Long ni sibuk je. Suka hati aku lah.

"Hakimi tu...dalam mimpi asyik je kejar Dira. Kononnya nak Dira jadi isteri dia. Hampir sebulan jugaklah dia mimpi macam tu sampai meracau-racau. Lepas Rizal balik dari Australia dan datang sini baru perasan yang dia dah tak mimpi lagi" Fuh, aku meniup tudung bawal ke atas menahan geram dengan cerita mimpi aku yang kak long dah bongkarkan.

Rizal mula memandang aku sambil tersenyum-senyum. Apahal?

"Akak pelik lah. Kalau betullah Hakimi yang dia mimpikan tu macam muka Rizal. Kenapa lah nak takut sangat. Rizal kan handsome mestilah Hakimi tu pun handsome jugakkan? Apalah Dira ni, dah lah akak nak masuk dulu. Buat pening kepala je layan Dira ni" akak segera masuk ke dalam rumah. Aku masih lagi terdiam. Ya...tengah merelakan diri untuk ditertawakan oleh Rizal di sini. Uhuk!

"Kak Long tipu je tu" ayat bajet menahan malu aku walaupun aku tahu Rizal takkan percaya dengan apa pun alasan yang aku bagi sekarang.

"Kan saya dah cakap...kita memang pernah jumpa. Awak memang dah tahu sejak dari awal tapi sengaja buat saya tertanya-tanya" ucap Rizal. Erk...ye ke? Suka-suka hati je dia ni. Mana lah aku tahu.

"Sekarang awak dah tahu kan? Jadi tu sajalah. Mimpi hanya mimpi. Biar hanya jadi mimpi sahaja" tuturku  sengaja mahu menamatkan tekaannya.

"Oh, hanya mimpi je? Jadi awak memang tak ada perasaan pada saya ke?" tiba-tiba pulak mamat ni bertanya tentang perasaan. Hishh...

"Ehem...persahabatan kita memang ada masalah sikit sejak dari mula. Jadi jom kita bersahabat sekali lagi. Saya Nadira Azman. Awak Rizal Hakimi bin Mansor, kan? Mulai hari ini, di pagi yang indah ini persahabatan kita termeterai dengan rasminya, okay!" ucapku dengan panjang lebar sambil menyambung hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk tanda okay. Rizal tertawa kecil.

"Okay, tapi Hakimi tetap akan wujud tau" aku menjeling pada Rizal. Dia memeluk tubuhnya sambil berfikir.

"Saya rasa macam pernah alami je semua ni" ucap Rizal lagi. Aku menjeling lagi. Nak perli lah tu.

"Macam Dejavu kan?" tanyaku dengan nada menyindir lalu kami sama-sama tergelak.


~TAMAT~





No comments:

Post a Comment