Thursday 23 February 2012

Benci dan cinta #9

Amer memakirkan keretanya di tempat parkir kereta. Aku memandang sekeliling. Erk...bukankah ni...fun fair! Aku pandang Amer di sebelah dengan perasaan hairan dan dia hanya tersenyum lalu mengajak aku keluar. Aku keluar dari kereta dengan perasaan yang hairan. Perlukah nak dating dengan perempuan atau nak kenalkan aku dengan perempuan yang penting dalam hidup dia tu kat fun fair. Amer tengah buat lawak ke ni?

"Jom Aleeya" ajak Amer. Dan aku berjalan di sebelahnya. Aku pandang dia. Wajah dia hari ni sangat gembira. Ya lah, nak jumpa gadis idaman mestilah ceria, berseri-seri. Aku pulak tak dapat bayangkan macam mana agaknya muka aku sekarang ni. Tapi aku memang tengah stress sekarang ni. Dan sekali lagi bodoh kah aku menemani Amer berjumpa dengan gadis idaman dia. Bodohkah? Aku memberhentikan langkah. Amer yang sudah terkedepan perasan yang aku tidak lagi berjalan seiringan dengannya. Segera dia berpaling. Aku memandang Amer. Amer melihatku dengan hairan lalu segera berjalan ke arahku.

"Aleeya, are you okay?" tanya Amer dengan nada bimbang. Aku merenung Amer. Ingin mengatakan sesuatu.

"Amer, saya rasa..saya..." Amer memandang aku.

"Abang!" kedengaran satu suara tidak jauh dari kami. Kami sama-sama berpaling pada suara itu. Mata aku dah membulat. Mamat sarkastik! Oh, tidak! Dia berjalan ke arah kami.

"Abang, baru sampai?" tegur Aliff sambil tersengih-sengih sebelum matanya beralih padaku.

"Ye, baru je sampai, Aliff. Dah lama tunggu?" tanya Amer. Aliff pula sudah tersengih-sengih memandangku. Sengih...sengih. Sepak kang baru tau! Tapi berani ke aku nak sepak. Ehem. Hanya jelingan tajam je sempat aku berikan pada Aliff.

"Oh, tak baru sampai jugak ni...che che pun ada sama?" nasib baik dia panggil aku che che. Amer pandang hairan pada aku dan Aliff.

"Korang dah lama kenal ke?"

"Mesti lah, bang. Che che ni la satu tempat kerja dengan Aliff sekarang" Amer pandang kami.

"Oh, haha...ni lah orang yang Aleeya ceritakan hari tu ye?"

"Erk..." aku dah dari tadi diam. Dapat rasakan yang malam ni adalah malam pembulian terhadap aku oleh mamat sarkastik ni dengan tahap petala langit ketujuh.

"Ek, eleh che che tu pun nak mengadu kat abang. Tau lah yang sebenarnya che che..." erk...mamat ni....naikkan darah aku kat sini pulak

"Tau ape pulak?" jawab aku dengan nada bimbang. Di buatnya dia pecahkan rahsia aku. Matilah.

Tiba-tiba Amer merangkul tengkuk Aliff.

"Erk..abang. Apa ni? Sakitlah" jerit Aliff sambil terbatuk-batuk kecil. Aku terkejut dengan tindakan spontan Amer. Amer tergelak kemudian melepaskan rangkulannya. Aliff masih terbatuk-batuk sambil menggosok lehernya. Aku rasa nak tergelak tengok muka Aliff yang sudah kemerah-merahan.

"Ni rupanya mamat yang selalu kacau Aleeya kat tempat kerja rupanya" ucap Amer dengan nada pura-pura marah. Kemudian dia tergelak.

"Mana ada kacau, bang. Usik sikit je" ucap Aliff selamba.

"Okay, jom lah masuk dalam" ajak Amer lalu dia mendahului kami. Hmm...baru teringat mana perempuan yang dia nak jumpa tu? Tak jadi jumpa ke? Aliff memandangku.

"Che che, nak saya tolong che che?" aku baru perasan mamat ni ada lagi kat sebelah.

"Jangan nak merepek" aku terus tinggalkan dia di situ. Lalu Aliff berjalan dengan cepat mengekoriku...



Wednesday 22 February 2012

Benci dan cinta #8

Mengingatkan balik kata-kata Aliff membuatkan rasa simpati pada kedua-dua beradik itu makin membuak-buak. Amer, seorang abang yang sanggup berkorban untuk adik dan juga keluarga. Menyayangi Aliff seperti adik sendiri. Bimbang kan keadaan Aliff seperti darah daging sendiri. Dan Aliff pula mahu berdikari semata-mata tidak mahu keprihatinan bapa dan abangnya itu berlebihan kerana baginya itu lebih kepada simpati. Perasaan benci dan menyampah aku pada Aliff pula kini bertukar simpati. Simpati! Ya, simpati. 

Aku mendengus kecil sambil berbaring di atas katil dan memandang kulit depan majalah yang belum aku selak sejak dari tadi lagi. Bila mengingati Amer pula, sejak dari hari jadi dia minggu lepas langsung dia senyap. Sihatkah dia? Dia nampak terlalu sugul tempoh hari. Senyuman dia nampak sangat di paksa-paksa. Aku menjeling telefon bimbit di sebelahku. Hmm...!

Aku mula menaip mesej 

Salam, Amer. Awak sihat?

Seminit, dua minit..

Setengah jam berlalu...tiada balasan. Hmm..dah tidur kot.


Entah masa bila aku terlelap. Telefon ku berdering dengan lagu Paradise-Infinate. Tanpa melihat nama di skrin aku terus menjawab salam dalam keadaan mamai.


"Aleeya, awak dah tidur ke? Sorry ganggu" Hah? Aku dengan segera terus bangkit dari tidur dan membetulkan dudukku. Suara aku dehemkan perlahan.

"Oh, Amer...erk..takde lah, memang nak bangun pun" eceh...alasan. Cakap pun dah tunggang langgang. Amer..Amer. Semuanya kerana Amer aku sanggup.

"Oh" dan dia senyap. Ada dengusan kecil di hujung telefon. Erk..Kenapa?

"Amer...awak okay?" aku bertanya dalam nada risau. 

Amer tersenyum mendengar pertanyaan Aleeya.

"Hmm..saya okay, thanks " ada nada sayu. 

"Awak betul-betul okay ke?" tanya aku lagi.

"Aleeya. I need to see you. Ingat tak yang saya cakap nak kenalkan awak dengan seseorang" erk...saat ini aku rasa kerongkong aku kering. Aku nak cakap ya! Ya, bukan bermakna ya aku setuju untuk berjumpa dengan orang yang Amer nak kenalkan pada aku itu tapi ya kerana dia pernah cakap.

"Aleeya?" panggil Amer. Aku menelan air liur perlahan. 

"Ya" jawab aku perlahan.

"Dia orang yang sangat penting dalam hidup saya. Sama pentingnya awak dalam hidup saya" aku terdiam. Sama penting? Habis tu aku ni nombor berapa? Ish...takkan dia nak aku kahwin dengan dia dan bermadu pulak tu. Buaya darat jugak Amer nih. Aku pun entah pape fikir. Berangan je lebih aku ni.

"Tak" tiba-tiba laju je mulut aku menjawab tak. Tak? Apa yang tak nya? Aku sendiri putus kata-kata untuk terangkan pada Amer yang aku tidak mahu lagi menjadi orang yang sama penting dengan perempuan lain dalam hidup dia. Aku adalah Aleeya. Aku takkan sama dengan mana-mana perempuan yang di suka seperti sebelum-sebelum ini.

"Tak? Apa yang tak?" Amer sudah bingung. Erk...

"Tak dek pape lah, Amer"

"Esok malam, boleh?" Nasib baik Amer tak terus bertanya.

"Erm...okay lah" jawab aku antara ikhlas dan tidak. Antara ikhlas dan tidak mestilah tidak ikhlas. 

"Okay, Aleeya. I'm happy to hear that! Go to sleep now, my dear" 

My dear? Kali pertama Amer menyebut begitu. Betulkah? Huh...apalah aku ni tu pun nak excited. Mestilah kena panggil my dear, dah aku pun sama penting dengan orang yang penting dalam hidup dia. Arghhh...aku benamkan muka ku ke bantal. Geram. Dua beradik ni memang pandai buat orang geram.


Thursday 9 February 2012

Benci dan cinta #7


Aku berjalan menuju ke bus stop. Terasa macam ada orang ikut aku dari belakang. Aku cepat-cepat berjalan. Lagi laju aku berjalan lagi kuat bunyi tapak kaki menjejak laluan pejalan kaki. Takpe-takpe takkan berani punya dia nak apa-apakan aku. Bukankah ramai orang kat bus stop kat depan tu? Pujuk hati aku namun dalam masa yang sama aku pegang kuat-kuat beg tangan aku.

"Kenapa laju sangat cheche?" Huh? Mamat sarkastik ? Dia sudah berjalan di sebelah aku.  Dia tergelak-gelak tengok muka aku yang pucat. Aku menjeling ke atas sambil meniup tudung bawal. Dia ni kan ! Ish !

"Buat apa kat sini ?" tanya aku agak-agak kasar tapi dalam masa yang sama cuba untuk berlembut bila teringatkan jasa kecil dia kelmarin. Boleh la. Berjasa la jugak. Tapi hari ni nampaknya mood dia dah okay balik. Adakah mimpi ngeri aku akan bermula lagi ? Arghh.

"Nak hantar cheche balik" selamba je dia menjawab. Hantar aku balik ? Naik apa ? dengan motorbike dia tu ke ? Jangan mimpi lah. Aku mengambil tempat di bus stop dan dia duduk di sebelah aku. Aku menjelingnya.

"Heh, tak nak balik ke ? Apasal duduk sini?"

"Nak hantar cheche balik la" aku mula mengintai-intai motorbike dia. Aku berpaling ke kanan. Pusing kanan, pusing kiri. Dan tiba-tiba dia tersengih depan muka aku.

"Cari motorbike saya ke?" Ehem. Aku cepat-cepat berlagak tenang. Nampak sangat ke? Dan dia tergelak.

"Kalau cheche nak naik motorbike dengan saya lain kali lah..." huh?

"Eh, jangan mimpi lah"

"Tak mimpi pun, bila-bila pun boleh naik" Ish!! Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Hehe…suka tengok cheche malu-malu macam ni" Malu kau !! Aku perlahan-lahan memandang dia dan cuba untuk tersenyum. Senyuman yang sangat palsu.

"Aliff, boleh tak kau balik sekarang?"

"Tak boleh"

"Eh, apasal pulak?"

"Bas saya belum datang lagi, macam mana nak balik"

"Apasal naik bas pulak?"

"Motor dah kena rantai dengan papa"

Oh... I see. Aku tengok dia cuba tergelak. Tiba-tiba aku teringin nak tanya pasal family dia. Sepanjang aku kenal Amer, dia tak pernah ceritakan tentang keluarga dia sangat pada aku. Cuma kebelakangan ini bila berjumpa dengan Amer dia selalu cakap risaukan keadaan keluarga dia yang dah tak macam dulu. Obviously, lepas mama nya meninggal dunia setahun yang lalu dan yang paling penting aku tak pernah di kenalkan dengan adik dia yang sangat-sangat sarkastik dan annoying ni. Tapi bila tengok Aliff yang kadang-kadang moodnya boleh berubah-ubah sejak kebelakangan ini buat dia percayakan kerisauan Amer.

"Erm...minta maaf pasal hari tu. Tiba-tiba saja terkeluar pasal…" belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Aliff sudah menyampuk.

“It’s okay. Saya pun minta maaf. Memang sejak kebelakangan ini ada masalah kat rumah. Abang ajak balik rumah, Papa pulak nak kurung saya kat ofis” Erk...biar betul! Dia cerita kat aku? Aku pandang dia seolah-olah tak percaya. Dia terdiam sekejap sambil tunduk ke bawah. Aku tengok reaksinya sebelum dia pandang muka aku dan tersenyum. Aku hampir terbahak. Cepat-cepat aku pandang tempat lain.

"Dia bukan abang saya" tiba-tiba duduk tegak aku hampir terpeleot.

"Eh?"

"Abang Amer bukan abang saya dan papa bukan papa saya” nak percaya ke tak? Nak percaya ke tak? Entah-entah tiba-tiba dia cakap kat aku. Gotcha! Lu kena beb! Tapi aku tengok takde pun tanda-tanda dia nak buat surprise macam tu. Aku tengok kat dia lagi.

"Arwah mama. Hanya arwah mama milik saya"

"Erk...takkan la kot" perlahan-lahan terkeluar jugak ayat tak puas hati aku. Aliff pandang muka aku sambil tersenyum kecil.

"Saya pun harap apa yang saya lalui sekarang ni hanya mimpi. Saya jugak harap abang dan papa adalah milik saya yang original" okeh...aku rasa aku dah mula larut dalam cerita ni.

"Tapi Amer dan papa awak sayangkan awak kan. Amer selalu risaukan awak" erk...aku rasa ada kesilapan kosa kata atau kata ganti nama di situ. Boleh tarik balik tak? Harap-harap dia tak perasan.

"Saya tak nak papa dan abang risaukan saya. Sebab tu lah saya cuba hidup sendiri. Saya tak nak papa susah-susah nak tinggalkan harta dia pada saya. Saya boleh cari harta sendiri. Masih ada abang dan adik perempuan yang perlu papa risaukan. Saya ini bukanlah siapa-siapa. Cuma anak arwah mama yang tak dek kena mengena dengan papa, abang dan adik" aku terpana. Ada nada sedih dalam cerita dia. Aku terdiam. Terlarut dalam kisah dua beradik ini. Simpati pada Amer dan simpati pada Aliff juga muncul.

"Habis tu, awak tinggal kat mana sekarang?" Apa la awak pulak ? Haissh ! Dia tersenyum. Haish…malu. Punya lah aku marahkan dia selama ni sebab berbahasakan saya awak dengan aku.

"Tinggal kat rumah sewa dengan kawan-kawan" dia pandang aku sambil tersenyum nakal.

"Cheche nampak comel bila malu-malu"

"Ish…kau ni" tadi bukan main sedih. Tapi bila teringatkan lagi cerita Aliff tadi buat aku rasa sedih dan keliru. Simpati pada Amer dan simpati pada Aliff sama-sama tinggi.

"Bas awak dah sampai" Aliff cepat-cepat menyedarkan aku. Aku berpaling pada bas yang mula berhenti di depan bus stop. Lalu perlahan-lahan aku bangun. Ish...kenapa lah aku jadi macam ni. Aku harap sangat dia cakap. Gotcha! So, boleh la aku hentak dia dengan beg tangan aku.

"Aleeya" aku berpaling. Dia tersenyum dan berdiri di sebelah aku. Aku pandang dia.

"Saya suka bila awak cakap dengan saya guna perkataan saya, awak"  erk...aku hampir terbahak.

"Huh? Jangan ha..."

"Buat saya rasa kembali pada diri sendiri. Rasa macam pulang ke tempat asal dengan selamat" lagi sekali aku tergamam.

"W..what ?" aku sudah tergagap dan dia pula tersenyum. Aku cepat-cepat naik ke dalam bas. Mengambil tempat duduk yang tinggal satu-satunya kosong di sebelah tingkap. Aku memandang padanya yang masih berdiri dan melambai-lambaikan tangannya pada aku sambil tersenyum lebar. Bas mula bergerak. Aku ? Hissshh…aku ketuk kepala. 

Benci dan cinta #6


Fuh! Hari ni satu lagi hari yang aku rasa sangat tenang. Tak pernah sepanjang aku bekerja bersama budak Aliff ni aku akan lalui hari-hari yang tenang macam ni. Hari ini sungguh berbeza. Aku siap menyanyi-nyanyi kecil lagi sambil buat kerja. Aliff pulak aku tengok bad mood semacam je. Mungkin masih marah dengan aku kot. Tak kisah!

"Happy nampak ini hari Aleeya?" tegur uncle hairan. Ish...uncle ni tak suka aku happy ke? Tau lah dia tu dah komplot dengan budak Aliff tu. Nasib baik aku sabar je selama ni.

"Kenapa uncle ? Tak boleh ke saya happy ?" aku dah pandang tajam kat uncle.

"Bukan macam tu. Uncle pelik, kamu happy dan apa pasal Aliff muka bad mood?"

"Saya tak tau lah, uncle. Uzur kot" selamba aku menjawab. Haha, teman gender discrimination uncle dah angkat bendera putih nampaknya. Mahu lancarkan perang pada aku kah? I don’t care. Walaupun aku rasa dah macam childish je ni. Main ejek-ejek lepas tu masam muka bila sorang dah terasa, kira kalah. Ish...bila layan mamat ni kan, kenapa lah aku rasa aku pun dah jadi tak betul macam ni.

Aku masuk ke dalam bilik stor. Tiba-tiba aku terkejut tengok dia ada di dalam. Dia pandang aku semacam. Macam nak makan orang. Aku cepat-cepat alihkan mata ke tempat lain. Dia berjalan mendekati aku. Aku dah berdebar-debar segera mengundurkan diri ke belakang. Bahu aku terlanggar almari tinggi di belakang.

"Aleeya, hati-hati" dia menolak aku ke tepi. Aku terjatuh ke tepi kerusi dan tangan aku terasa macam nak patah. Arghh... Tiba-tiba buku-buku dari almari atas jatuh gedebuk sikit demi sikit dan Aliff menunduk ke lantai menahan dengan belakangnya. Aku tergamam.

"Are you okay?" Tanya Aliff yang memandangku sambil menahan sakit belakangnya.

"Aliff" aku terpana. Rasa sakit di tangan tak begitu terasa tapi lebih kepada terkejut dengan tindakan Aliff.

"Are you okay, Aleeya? Tangan awak okay tak?" Tanya Aliff lagi kali ni dengan suara yang agak kuat. Aku masih memandangnya. Lalu perlahan-lahan mengangguk. Dia cuba untuk bangun sambil pegang belakangnya. Aku juga cuba untuk bangun. Tapi tangan sudah mula rasa pedih. Aku lihat tapak tangan aku yang ada kesan geseran akibat menahan ke lantai semasa jatuh tadi.

Dia cepat-cepat pegang tangan aku. Aku terkejut segera melarikan tangan aku. Aku pandang dia
.
"Kau...Kau sengaja rancang semua ni kan?" meletus kemarahan aku tiba-tiba.

"Rancang apa pulak ? Huh ? Perlu ke aku nak buat rancangan bodoh ni semata-mata nak kenakan kau huh?" Kali ni dia pulak yang meletus. Dia memandang aku tajam lalu segera keluar sambil tangannya memegang belakang. Aku silap cakap lagi ke ? Haishh…

Aku keluar dan uncle tiba-tiba muncul depan pintu stor.

"Kenapa ni Aleeya? Kenapa Aliff tiba-tiba keluar kedai tadi?" huh? Aliff keluar? Marah sangatkah dia?

"Are you okay, Aleeya" tanya uncle bila tengok tangan aku berdarah. Aku mengangguk.

"Nanti uncle pergi tengok ubat kat belakang"

Tiba-tiba Aliff masuk ke dalam kedai dengan tergocoh-gocoh dan segera mendapatkan aku.

"Bersihkan darah ni, lepas tu lap bersih-bersih. Letakkan minyak ni sikit, lepas tu balut " Bersungguh-sungguh dia terangkan pada aku. Macam lah aku ni budak kecik. Aku pandang muka dia. Biar betul dia ni ! Sungguh muka dia sangat serius. Sungguh dia nampak sangat-sangat risau. Aku menarik nafas. Masih tidak percaya.

"Don ‘t you trust me ? Go !" Tiba-tiba dia nampak sangat matang kali ini. Aku terpana.


Benci dan cinta #5


Aku menyemak stok-stok buku untuk bulan Januari sambil menanda tajuk-tajuk buku yang masih ada di rak buku dalam satu borang. Tiba-tiba terasa aura pelik bertiup dari belakang. Sesaat kemudian hilang. Aku buat tak tahu. Sesaat kemudian berlalu lagi. Tiba-tiba pula aku rasa ada pandangan tajam seakan-akan mahu membunuh dari jauh. Biar benar!

Aku cepat-cepat berpaling ke sebelah kanan. Selang dua rak ada sepasang mata memandang dari jauh sambil menyapu habuk-habuk di rak buku dengan bulu ayam. Aku membalas pandangannya. Dia ingat aku takut? Kali ni aku takkan mengalah. Aku pandang dia dan dia pandang aku. Berlaku lah peperangan mata dari jauh. Dia kemudian tersenyum lalu mengenyit mata. Aku terbatuk. Cait…main taktik kotor. Dah la malas aku nak layan dah. Apasal la aku pergi layan budak tak cukup umur nih. Cepat-cepat aku teruskan kerja aku. Dia datang mendekati aku. Aku hanya tengok dengan ekor mata.

"Aleeya" aku memicingkan mata tanpa memandang wajah dia. Geram.

"Aleeya?" aku berpaling padanya.

"Biar cik Aleeya ni tegaskan kat awak yea. I’m your sister. Cheche. Eonni. Kakak. Faham?" dia hanya terkebil-kebil sambil buat muka tak bersalah. Aku harap kau faham la budak! Toling jangan seksa jiwa aku lagi. Huh!

"Erm...sejak bila awak kahwin dengan abang saya, Amer?" ishh...budak ni apasal la kau ni selalu je kacau aku. Tak boleh ke kasi hidup aku tenang. Satu hari je dalam sebulan tak boleh ke? Tapi?

"Eh?"

"Awak sukakan abang saya kan?" aku dah pandangnya. Bengang.

"Apa kau cakap ni?"

"Eleh, tak payahlah nak tipu saya. I know already lah che che" Amer? Amer mana ni? Tiba-tiba otak aku mula berpusing 360 darjah memikirkan Amer sarkastik mana yang jadi abang budak nih.

"Amirul Haikal? Takkan tak kenal kot buah hati sendiri? Mengaku je lah kenal, che che. Boleh lah saya tolong nanti" Ya Allah. Amer Haikal…Amer Haikal abang Aliff Hafrizal ni ? How? Sungguh, aku harus rasa nak pengsan sekarang ni. Macam mana seorang lelaki yang sangat gentleman boleh ada adik yang sangat sarkastik macam ni.

"Relax la cheche. Saya boleh tolong kalau cheche nak sangat jadi kakak saya" Aku mencerunkan pandangan pada budak ni.

"Tolong ? Kau jangan nak memandai. Tapi kan, kalau betul tu abang kau, kenapa kau lain sangat dengan abang kau,huh?"Aliff memandang muka Aleeya. Hmm…macam mana lah dia nak panggil minah sarkastik ni kakak kalau antara dia dan minah ni dia lagi tinggi dan minah ni pulak kenapa lah comel sangat. Kemudian dia terkekek-keke gelak.

"Perlu ke saya dan abang sama ? Kalau sama dah takdek la specialnya saya di hati Aleeya nanti" Eh, eh dia ni...sekejap cheche sekejap Aleeya. Ish...tak boleh jadi ni. Nanti entah apa dia pergi gebang kat abang dia. Dah la bukan boleh percaya sangat mamat ni.

"Eh, kau ni…" baru je nak marah lagi, ermm…baru teringat Amer pernah cerita pasal adik dia yang lari dari rumah tu kan. Budak ni lah. Aku pandangnya dengan senyuman sinis.

"Betul eh kau adik Amer ?" dia hanya angkat bahu tanda ya sambil tersenyum nakal.

"Apasal kau lari dari rumah ?" selamba soalan keluar dari mulut aku. Bagai peluru terus menusuk tajam ke dalam hati Aliff. Muka sinis nakal tadi berubah jadi nangka busuk. Tapi dia cuba berlagak tenang.

"Hairan lah. Bukankah hidup kau dah mewah kan, kenapa mesti main-main lagi kat luar. Hmm...beruntung tau ada abang yang selalu risaukan kau. Ayah yang selalu bagi sokongan tapi kenapa kau nak lari dari rumah?" Aliff dah terdiam. Dalam hatinya tiba-tiba menyala-nyala api. Baginya dalam banyak-banyak perkara dalam hidup dia, dia sangat sensitif kalau hal yang melibatkan keluarganya di persoalkan. Apatah lagi tindakannya yang keluar dari rumah. Takkan ada sesiapa yang faham kenapa. Aku pandangnya dengan perasaan puas hati. First time mamat ni terdiam. Wah, suka...suka!

“Boleh tak jangan cakap benda yang awak tak tau” Aliff cuba menahan geram.

“Kenapa? Butt hurt? Terasa?” Damm...satu tumbukan deras ke rak buku mengejutkan aku. Dia memandang aku dengan tajam sebelum berlalu dari situ. Erk...salah ke aku cakap?Kenapa pulak nak marah-marah. Tau pulak marah. Huh! Aku jugak tak mahu mengalah.



Wednesday 8 February 2012

Benci dan cinta #4


Aliff duduk bersandar pada sofa sambil menyilangkan kakinya. Dia termenung. Pandanganya mula teralih pada gambar keluarga yang tergantung di dinding. Arwah mak, papa, abang dan dia masa zaman kanak-kanaknya. Dia tatap lama dari jauh lalu tersenyum. Mengingatkan kembali zaman kanak-kanak sungguh manis. 

"Ehem...Assalamualaikum. Dah tengah malam baru balik?" kedengaran suara yang di tunggu-tunggu nya dia tersenyum lagi sebelum berpaling ke arah anak tangga. Seorang lelaki macho pada pandangannya sedang tersenyum sama. 

"Waalaikumussalam, bro. Saya tak balik, just datang melawat, hehe" jawab Aliff selamba sambil berdiri menyambut abangnya. Lelaki itu menuju ke arahnya lalu mengaut kepala Aliff dan mengepitnya.

"Apa ni, bang. Sakit lah" Lelaki itu hanya tergelak besar sebelum melepaskannya. Muka Aliff sudah merah menahan sakit. Dia menggosok-gosok lehernya.

"Berani pulak balik rumah? Mentang-mentang papa ke luar negara" Amer menghenyakkan punggungnya ke sofa di hadapan Aliff.

"Nak jumpa abang. Tak boleh ke?" jawab Aliff selamba.

"Kenapa tak datang minggu lepas? Abang tunggu punya lah lama. Janji nak datang" Aliff terdiam. 

Sebenarnya dia dah datang, elok-elok sampai depan pintu pagar terdengar suara papa.

"Siap lah kalau Aliff tu balik, papa nak heret dia kerja dalam pejabat. Buat apa dia pergi main-main kat luar" masa tu dia nampak abang dan papa sedang duduk di taman di luar rumah. Papa sedang membelakanginya. Abang duduk di hadapan papa namun tidak perasankannya.

"Papa janganlah cakap macam tu, nanti betul-betul dia tak nak balik macam mana?" abang back up dia. Perlahan-lahan dia pergi dari situ. Papa memang tak faham jiwa dia.

"Kenapa lari ?" Aliff mengangkat muka memandang abangnya.

"Lari ?" dia memandang abangnya sambil mengangkat kening.

"Abang nampak Aliff datang tapi kenapa lari balik ?"

Aliff terdiam. Kenapa lah nak ungkit lagi. Sesak nafasnya.

"Okay, sebab tak nak jumpa papa?"

"Papa tu asyik nak ugut je. Mana tahan" Amer tergelak.

"Sampai bila nak lari macam ni, Aliff"

Sampai jumpa erti hidup. Aliff berbisik di dalam hati. Aliff memandang abangnya.

"Abang, kalau tak spoil mood boleh tak, Aliff datang ni nak sambut birthday abang" Aliff mengeluarkan sesuatu dari sisi sofa. Amer tergelak.

"Kali ni hadiah apa? Melancong ke Jepun 3 hari 2 malam?" Amer tergelak bila Aliff menyorokkan kembali hadiahnya.

"Aliff tahu Aliff tak mampu nak bagi abang hadiah yang mahal-mahal macam papa bagi kat abang. Sebab Aliff pun tak sekaya abang" tiba-tiba mood sedih datang. Background dah bertukar warna kelabu. Lagu sedih mula berkumandang dalam hati. Riak wajah Amer mula berubah. Ish...terasa ke pulak adik aku sorang ni.

"But I don’t care...abang kena ambik jugak" dengan tegasnya Aliff bersuara. Erkk...dan suasana 'terpaksa' mula muncul. Amer tergelak perlahan.

"Abang tak kisah mahal atau murah. Tapi selain dari hadiah ni boleh tak nak buat satu permintaan?"Permintaan ? Permintaan lagu birthday kah ?

"Permintaan apa?"

"Boleh tunaikan ke tak?"

"Erm...boleh kot kalau tak mahal" Amer hanya tergelak. Aliff sudah tertanya-tanya. Amer bangun lalu duduk di sebelah Aliff sambil memeluk bahunya.

"Kembali ke syarikat kita. Kembali ke rumah ni dan kembali sebagai adik abang dan anak papa" aduh, kenapa lah abang nak buat drama sedih kat sini.

"Abang, kau ni..." Aliff masak la kau kali ni. Dia berbisik di dalam hati

"Abang, please lah…give me some space. I need more space" Ruang untuk bernafas. Ruang untuk berfikir. Ruang untuk segala-galanya.

"For?"

"Untuk cari erti hidup?"

"Kat sini tak jumpa ke erti hidup? Atau nak lari dari realiti?"

"Realiti ? Ya…nak lari dari realiti yang menyakitkan" Amer terdiam.

"Sakit sangat ke realiti tu?" Amer faham apa yang di lalui Aliff. Dia faham segala-galanya.

"Sangat-sangat" Amer terdiam. Entah berapa kali harus dia yakinkan Aliff tapi dia tak mahu kehilangan Aliff lagi. Baginya, Aliff terlalu penting dalam hidupnya. Kehilangan Aliff ibarat hilanglah separuh dari hidupnya.

"Okay, I set you free. Tapi jangan lupa kembali ke sini. Because, this place is where you belong" Amer senyum ikhlas lalu menepuk-nepuk bahu adiknya.

"Thanks"
"No, thanks. Let me see what you got for me" bungkusan sudah di tangan Amer.

Bungkusan di buka dan di keluarkan. Amer terkejut lalu merenung Amer sebelum kembali merenung isi bungkusan di tangannya. Aliff juga hairan dengan pandangan Amer.

"What’s wrong? Kan dah cakap barang murah je"

"No. Bukan sebab tu. Haha" Amer sudah tidak dapat menahan gelak.

"Apasal ?" Aliff mula geram.

"You know what ? Abang dapat dua hadiah yang sama untuk birthday tahun ni" sama? Dari makhluk mana pulak?

"Dari siapa? Lelaki? Perempuan?"

"Perempuan. Perempuan yang sangat penting dalam hidup abang" Aliff mula terdiam. Perempuan? Tak kan lah?


Benci dan cinta #3

Malam hari jadi Amer, kami keluar ke sebuah restoran.

"Selamat hari lahir,Mer" aku serahkan hadiah yang berbalut dengan pembungkus hadiah berwarna purple.

"Thanks, Aleeya. Tak perlulah susah-susah bagi hadiah. Dapat jumpa Aleeya pun dah happy" Amer tersenyum manis. Kembang aku mendengar Amer cakap macam tu. Suka sangat-sangat.

"Macam mana kerja? Okay?" Amer tersenyum lagi pada aku. Rindu dengan senyuman dia.

“Okay lah. Walaupun agak terseksa sikit dengan sorang budak ni” Eleh, tiba-tiba pulak aku nak mengadu. Bihun goreng di hadapanku di kuis-kuis.

"Lelaki?"aku mengangguk. Dan dia hanya tergelak.

"Apasal pulak gelak?" muka aku dah berubah. Hisshh..dia ni tak sensitive langsung. Stress tau tak melayan manusia macam tu. Belum masuk bab uncle berkomplot dengan mamat tu lagi.

"Is it serious?"

"Sure" Sengaja aku menjawab dengan bersungguh walaupun sebenarnya tak de lah serius sangat pun. Entah kenapa aku rasa macam nak meluahkan perasaan geram aku pada Amer.

"Perlu tak Amer jumpa dia dan bagi silat lipat kat budak tu?" aku tersenyum sebab kali ini muka dia pulak yang serius.

"Tak perlu lah. I can handle it"

"He likes you" aku hampir terbatuk mendengar kenyataan Amer. Aku pandang mukanya dan dia hanya tersengih.

"No way"

"Haha...Amer gurau je, sis. Jangan marah" sis ? sis ?? setelah sekian lama berkawan dia panggil aku sis ? aku cuba bertenang. Bukan salah dia pun. Aku yang tak cuba berterus-terang. Bukan salah dia kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Bukan salah dia aku biarkan dia jatuh cinta dengan kawan sekelas aku masa di universiti dulu. Bukan salah dia jugak bila dia putus cinta aku yang sentiasa berada di sisi nya. Masa susah dan jugak senang. Aku sanggup. Tanpa sedar. Tanpa jemu. Bodoh ? Entah.

"Aleeya, nanti saya nak kenalkan seseorang pada awak" Aku hampir terbahak lagi. Siapa pulak kali ni ? Dia hanya tersenyum. Fikirannya melayang. Aku ? Cemburu.

"Dia orang yang sangat penting dalam hidup saya. Sangat penting. Sama penting dengan Aleeya" Aku menarik nafas. Amer, kisah apa lagi yang awak nak uji saya? Dan dia hanya selamba sahaja. Tiada langsung perasaan bersalah. Aku mahu menjerit. Amer. Stop it! Tapi hanya tersekat di kerongkong.



"Aleeya?" aku pandang wajahnya. Dia masih lagi tersenyum.

"Dia pasti orang yang sangat penting dalam hidup awak kan?" tanya aku ragu-ragu walaupun sebenarnya aku tak ingin tanya pun. Berat sungguh rasa hati.

"Pasti. Tanpa Aleeya dan dia, saya tak tahu macam mana hidup saya" Amer!! Apa yang awak cakap ni sungguh melukakan hati aku. Aku mahu marah tapi tiba-tiba dia termenung. Wajahnya muram. Aku pandang dia. Entah kenapa begitu lama dia termenung. Kemudian dia cepat-cepat menghabiskan makanannya.

"Dah kenyang? Jom saya hantar awak balik" Dan dia cuba tersenyum. Amer kenapa?

"Awak okay?"

"Okay! Takkan tak okay bila keluar dengan awak. Keluar dengan Aleeya buat saya kembali pada diri sendiri. Rasa macam pulang ke tempat asal dengan selamat" dan dia tersenyum lagi. Aku terpinga-pinga. Mahu rasa terharu atau rasa Amer sangat pelik malam ni. Mungkinkah masalah adik dia yang lari dari rumah tu belum selesai lagi atau ada perkara apa yang mengganggu fikiran dia sekarang?

"Apa yang awak...?" belum sempat aku habiskan ayat ku dia sudah memotong.

"Jom" dia berjalan dahulu ke depan. Aku melihatnya dari belakang. Dia berpaling padaku sambil tersenyum dan melambaikan tangan supaya aku cepat berjalan ke arahnya. Kenapa? Di dalam kereta, kami tidak banyak bercakap. Setelah sampai di depan pintu pagar rumah aku. Amer mengucapkan selamat malam.Sebelum keluar dari kereta aku sempat berpaling padanya.

"Mer..." dia memandang aku. Kelihatan ada riak sedih pada wajahnya.

"Hmm?"

"Kalau Amer ada apa-apa masalah. Jangan simpan dalam hati lama-lama"

"Huh?" Dia seperti kembali ke alam nyata.

"You know why?" Amer mengangkat kening sebelah. Kemudian dia cuba tersenyum.

"Why?"

"Because, I'm here" jawab aku pendek. Kemudian aku tersenyum.

"Amer, sangat-sangat hargai. Terima kasih untuk masa susah dan senang bersama. Dan terima kasih juga untuk hadiah hari lahir malam ni" aku tersenyum mendengar kata-kata Amer. 

"Okey, selamat malam" ucapku setelah keluar dari kereta Amer. Dia membalas sambil melambaikan tangannya. Keretanya terus meluncur laju pergi.




Benci dan cinta #2


Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku melalui pasar pagi di sekitar pekan. Aku keluar dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Pelbagai barangan di jual dari kraftangan sehinggalah barangan kelengkapan rumah. Tapi apa yang aku cari Cuma satu benda je. Hadiah. Hmm…macam-macam pun boleh di jadikan hadiah ! Entah, mati kutu kalau ianya melibatkan seseorang yang bernama Amer.

Aku masuk ke kedai kraftangan. Bermacam-macam jenis kraftangan yang di jual. Aku berpaling pada rak yang tersusun cincin dengan pelbagai reka bentuk. Ish...aku ketuk kepala. Apasal pandang sana. Pandang tempat lain.

Aku belek-belek angklung kecil dan comel di hadapanku. Hmm...okay jugak ni. Buat letak dalam kereta pun cun.

"ehem"

Aku masih lagi membelek-belek angklung sebelum pandangan aku teralih ke belakang. Aku membulatkan mata. Erk..Masalah dah datang.

"Cari apa awak?" awak? Okay aku malas nak layan. Tapi, wait. Pandangan aku mencerun memandangnya.

"Kau buat apa kat sini?"

Dia mencapai angklung kecil di tangan ku dan di belek-belek. Hmm…cun jugak.

"kau ponteng keje eh ?"

" tak lah "

"habis tu kau buat apa kat sini ? mengular?"

"tak jugak " haish…mamat ni jawapan dia selalu menyakitkan hati.

"habis tu ?"

"saja"

"kau ni…"

"jom keluar makan kejap lagi" aku memicingkan mata memandangnya. Suka-suka hati kau je ye nak ajak aku keluar makan.

"haha" aku gelak yang di buat-buat.

"kenapa gelak?"

"saja"selamba aku jawab lalu menjeling ke atas. Angklung kecil di tangannya aku rampas dan aku bawak ke kaunter.

"Aleeya cheche" aku berpaling. Jarang-jarang dapat dengar dia panggil macam ni. Barulah hati rasa tenang sikit. Aku berpaling kepadanya dengan gaya malas.

Dia tunjukkan sesuatu pada aku. Kapal terbang kristal ? Apa hal ?

Dia mengangkat keningnya sambil tersengih-sengih.

Nak tak nak aku terpaksa jugak pergi kepadanya sebelum dia buat perkara memalukan kat sini. Mana tak nya masa kat kedai buku pernah ada budak-budak perempuan yang asyik dok pandang-pandang dia. Aku yang tengah susun buku masa tu tiba-tiba terkejut bila dia panggil aku.

"Aleeya sayang…nanti tolong abang kat sini" kepala lutut kau !

Dia tunjukkan aku kapal terbang kristal.

"Kenapa ?"

"Belikan ?"

"Apasal pulak ?"

"Buat kenangan"

"Kenapa pulak nak kena belikan untuk kau"

"Lepas ni mesti dah tak jumpa kan? Aleeya pun mesti tak lama lagi dapat offer kerja-kerja best kan" Aleeya? Hishh... Dan dia masih tersengih-sengih.

"So, apa kena mengena pulak?"

"Buat kenangan. My answer still back to square one"

"Berapa harga?" yes yes...dia tersengih.

"Ermm...RM 200?" dan dia menjawab dengan soalan jugak. Keningnya terangkat sebelah. Memandang aku dengan tanda tanya jugak.



Aku tergelak.


"Mungkin kena tunggu ini cheche kaya dulu" tiba-tiba boleh pulak aku bergurau. Dia memandangku sambil tersenyum puas.



"Okay" erkk ? Serius pulak mamat ni.



"Bila dah kaya Aleeya belikan ya"cait…lagi sekali dia panggil aku Aleeya aku kerat lidah dia.


Aku berjalan beriringan dengan dia. Aku memandang plastik beg di tangannya, dia cuba menyembunyikannya. Menyorokkan di belakangnya. Aku tersengih perli.

"Angklung jugak?" ejek aku dan dia hanya tersengih

"Kenapa ponteng hari ni?" aku cuba untuk berlembut dengannya. Sekadar ingin tahu macam mana dia boleh terlepas kandang hari ni. Sedangkan hari ini aku off day. Selalunya uncle susah nak bagi cuti sesuka hati kalau salah sorang off day pada hari yang sama.

"Erm...ada hal penting tadi kat rumah so mintak cuti kat uncle"

"so?" tanya aku.

"so?" dan dia mengulang perkataan yang sama.

"so?" dan aku bersungguh mahu tahu.

"so...apa yang awak nak tau?" okeh...awak. Sabar Aleeya. Kenapa nak marah-marah? It just a word. Awak.

"Tak nak tau pape lah" malas nak layan lagi. Nanti bertambah meleret pulak. Tak pasal-pasal aku pengsan melayan mamat yang menyakitkan hati ni kat sini.

"Good girl. Jom pergi makan" aku pandang dia lama. Langkahnya terhenti. Langkah aku turut terhenti. Gila nak pergi makan dengan dia. Dah la jumpa dia kat sini macam sia-sia je off day aku. Aku tersenyum pada dia. Senyuman yang paling manis sekali.

"Tak pelah Aliff. Che che ada hal penting sangat-sangat kat rumah. Lain kali lah ye"

Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar lalu tersenyum.

"Okey, esok jangan lupa"

"Lupa apa?"

"Kita jumpa lagi esok" dia mengenyit mata. Haishhh. Aku sudah melangkah pergi dengan geram. Mengingatkan hari esok bertambah-tambah geram rasa. Off day aku betul-betul dah hancur. Sangat tidak tenang hanya mengingatkan hari esok.





Saturday 4 February 2012

Benci dan cinta #1

Aku humban beg sandang aku ke atas katil. Menghumbankan sekali diri di atas katil. Berbaring telentang sambil tangan kanan di letakkan di atas dahi. Arghh...hari ini sangat-sangat penat, penat dengan kerja dan yang paling penat layan budak nakal kat tempat aku bekerja tu. Haishh...kenapa lah budak tu suka sangat cari pasal dengan aku. Menyakitkan hati. Sangat-sangat menyakitkan hati. Aku segera bangun dan duduk di birai katil. Tak boleh jadi nih, aku kena bagi warning kat dia nih. Dah la tak hormat langsung.Aku ni pangkat kakak kot dengan dia. Bila aku cakap;

"Eh, boleh tolong hormat tak, saya ni kakak awak" dia hanya tersengih-sengih.

"Sejak bila awak kahwin dengan abang saya" awak?? Melampau betul. Ingat aku ni kawan dia ke. Dah la buat loyar buruk sambil tersengih-sengih. Buat muka comel la konon. Tapi sangat menyakitkan hati. Arghhhh...Aku dan dia beza umur kami 4 tahun. Umurnya baru 19 dan aku 24 tapi tocangnya punya lah tinggi dari aku. Nakalnya kadang-kadang hampir buat aku pengsan melayan.


Pagi ni aku datang kerja awal dari biasa. Aku tau mamat tu selalu datang lambat. Jadi tak payahlah aku nak tengok muka dia yang tersengih-sengih aku pandang kau, kau pandang aku. Annoying.
Tapi dari jauh lagi aku dah nampak dia dengan motorbike nya. Hadoi, mimpi apa pulak dia ni datang awal. Aku berpaling mencari tempat untuk menyorok kemudian aku ternampak pasu bunga dengan pokok yang setinggi aku kat tepi kedai, cepat-cepat aku duduk kat belakang pasu bunga tu. Sambil mengintai-intai mamat tu dari celah-celah daun. Aikk...mana pulak mamat ni pergi. Dah hilang. Lega.

"Ehem" 

"Ooh jatuh kau" haishh..aku berpaling ke belakang. Heh, dari mana pulak dia datang nih.

"Awak buat apa tu?" awak kau!!

"Erm...tak saja tengok daun pokok yang uncle tanam ni. Segar tak pernah mati-mati pun" dia dah tergelak-gelak kecil. 

"Memang la, pokok plastik mana pernah nak mati" erk...ye ke? aku tilik daun kat situ. Mampus. Memang sah plastik.

"Main sorok-sorok dengan siapa?" 

"Mana ada main sorok-sorok." Aku cepat-cepat keluar dari belakang pokok. Aku tengok jam kat tangan dah nak dekat pukul 9 pagi. Aik..uncle ni kenapa tak datang-datang lagi. Kata tak elok kalau datang lambat. Majikan harus datang awal dari pekerja barulah dapat tunjukkan contoh yang bagus kat pekerja. Bla bla bla...aku membebel sorang-sorang dalam hati sambil muka berkerut-kerut. Tiba-tiba aku terdengar shutter door di angkat. Yes, uncle dah datang. Aku cepat-cepat berpaling. Sekali aku nampak mamat ni yang angkat shutter door

"Eh, apasal kau yang bukak pulak? Mana uncle?"

"Uncle kasi kunci ni kat saya. Dia datang lambat hari" tanpa pandang aku dia berusaha untuk angkat shutter door. Aku segera membantu.

"Pagi ni awak dan saya akan jaga kedai ni, bahagia tak?" aku dah mencerun kan pandangan ke arahnya. Dia tergelak-gelak kecil lalu masuk ke dalam kedai buku. Ish budak ni, aku sekeh kepala tu baru tau bahagia ke tak.

Biasanya pagi-pagi tugas aku bukak kaunter dan mengelap kaunter. Budak yang menyakitkan hati yang namanya Aliff tu biasanya akan mengemop lantai. Tapi pagi ni tak nampak pun batang hidung dia. Entah mengular je kat belakang tu. Memang nak kena budak ni. 

Pelanggan seorang demi seorang dah masuk ke dalam kedai buku. Menuju ke rak buku. Barulah aku nampak dia keluar dengan bawa bulu ayam. Oh, mengemas kat dalam la tu. Rajin jugak. Tak padan dengan menyakittkan hati. Haha. Aku tergelak kecil.  Dia dari jauh melihat aku. Lalu mengenyitkan mata. Kurang asam. Nak aje aku baling buku seketul kat depan aku ni biar kena kepala dia baru lah dia sedar sikit dia tu sapa. Ada hati nak kenyit-kenyit mata. Aku korek biji mata tu baru tau. Haishh...sabar Aleeya sabar. Esok kau off day kan. Hari ni je kau bertahan.




Aku menyusun buku-buku di rak dengan kemas. Novel-novel melayu yang pelbagai tajuk aku tatap satu persatu. Sampai aku rasa dah boleh hafal pulak tajuk-tajuk novel kat sini. 

"Ehem"

Aku buat tak tau. Aku teruskan dengan kerja-kerja aku.

"Ehem...ehem"

Aku buat-buat tak tau lagi.

"Sayang betul, dah cantik dah comel tapi tak dapat mendengar"

"Ishh...kau nak apa?" aku berpaling kat mamat annoying yang sedang mengeluarkan novel-novel baru dari kotak.

"Oh...tak de pape. Saja je" Ya Allah. Apasal lah dia ni sangat-sangat menyakitkan hati betul la. Aku dah mencekak pinggang memandang dia yang masih buat muka selamba.


"Hayaa...Aliff, apa pasal awak suka kacau Aleeya che che tu? Awak ni buat olang marah saja. Nanti saya suruh awak dua olang kahwin baru tau" Aishh...aku ingat uncle nak back up aku, rupanya dia lagi nak menambahkan penderitaan aku kat sini.

"Haha" uncle dan Aliff kemudian tergelak bila tengok muka aku yang dah berubah. Ya Allah..sabarkan lah hati aku menghadap dua makhluk ini Ya Allah...

"Erk...uncle mau pergi depan dulu lah, kamu dua olang cepat siapkan kerja ni. Jangan asyik gaduh saja" aku cuba untuk menahan marah sambil tersenyum. Senyum yang di paksa-paksa. Melihat uncle yang sudah pergi ke depan aku pandang Aliff.


"Okay tak idea uncle?" tanya Aliff sambil menunjukkan tanda bagus. Aku tersenyum lagi. Senyum yang sangat-sangat terpaksa. Aku berpaling menghadap rak buku dan mengambil sebiji novel yang kira-kira agak tebal. Dan dia hanya melihat reaksi aku tanpa mengesyaki apa-apa. Sekali satu hentaman hinggap dia bahunya. Hentaman yang gedebuk bunyi di iringi jeritan.

"Unclee...."

Padan muka.

Uncle berpaling ke arah kami.

"Okay, Aleeya...saya potong gaji awak dari harga novel tu"

"Unclee..." aku pulak yang menjerit kepada uncle.