Monday 7 January 2013

Pieces of me part 1

Assalamualaikum...

Welcome 2013, this is pieces of me. Oh, yeah. Ini adalah diari aku. Harap-harap takde siapa-siapa yang berani baca tanpa izin aku. Oh. Oh. Lupa lagi satu. Mungkin kalau ada orang-orang yang terlepas masuk dalam ke dalam diari ni dan terbaca. Well...ok la. Aku halalkan. Dan mungkin ada orang cakap ala minah ni macam nak tiru diari mat despatch yang femes tu je. Oh. No.No. Sebab sesungguhnya aku tidak lah menggunakan BMT seperti mat despatch. Sebab dia lagi hebat. Aku punya bahasa hancus bak nasi impit yang di gaul dengan kuah kacang.

Okay, lah. Tujuan aku tulis diari ini kerana lately aku rasa tertekan dengan so many things yang terjadi kat hidup aku. Aku tak ada tempat mengadu, selain Allah swt, aku perlukan tempat untuk aku mencurahkan rasa stress dengan cara mencaras-caras pada mana-mana bahagian kosong seperti buku-buku nota percuma yang di berikan oleh pihak kolej atas sebab menjadi antara 100 yang terawal dalam mendaftar mana-mana bahagian aktiviti yang di anjurkan pihak kolej. Walaupun aku rasa sebenarnya kat belakang aku sudah beberapa ratus yang beratur mahupun yang berjalan terkedek-kedek nak beratur tapi still boleh tersenyum menampakkan gigi yang putih, gigi berbesi, mahupun gigi berlapis sebab still dapat buku nota hadiah dari pihak penganjur.

Selain dari pihak penganjur kolej, aku jugak dapat dari menghadiri seminar perumahan, seminar itu, seminar ini, dan tak ketinggalan jugak dapat percuma dari boy friend classmate aku yang bekerja di jabatan perangkaan. Duhh...bukan aku nak cakap yang bf dia kasi kat aku, of course la through his girlfriend yang mana satu kelas pun dapat selepas berjaya menjawab questionnaire secara terpaksa. Nasib baik ada goodies lepas jawab questionnaire kan, kalau tak mahu tarik muncung dua depa di sebabkan di paksa. Hoi, ikhlas la sikit walaupun bukan kerja kat takaful ikhlas. Duhh. 

Apa aku nak cakap sebenarnya tadi? Yeah-yeah, hilang fokus adalah masalah terbesar jugak dalam hidup aku. Sekarang aku sedang menjalani peperiksaan akhir. Tapi fokus aku untuk belajar sudah lari beberapa ratus meter. 

Oh, ya aku rasa aku belum memperkenalkan diri aku lagi kan? Nama aku, Zainab (bukan nama sebenar). Alah, mungkin orang rasa apasal nama aku cam epik sangat. So, di sebabkan itu aku akan tukar nama aku jadi komersil sikit. Panggil aku Dahlia. Aku tak tahu kenapa mesti aku bagitau yang nama aku Dahlia. Sebab sekarang ni hanya nama tu sahaja yang bermain di minda aku. Mungkin sebab aku dah mula sukakan bunga Dahlia. Walaupun, aku sebenarnya tak kenal pun macam mana rupa bunga Dahlia tu. Duhh.

Aku tak pasti kenapa mesti awal tahun 2013 ni aku dah ada masalah baru. Macam seiring pulak dengan azam tahun baru. Tahun ni umur aku genap 25 tahun. Ya, ya...memang birthday aku pada 01.01.1988. Tu lah masalah aku sekarang. Umur aku sudah di pertengahan menuju 30 tahun. Tapi sampai sekarang belum ada boyfriend lagi. Oh, please lah jangan cakap aku ni dah kemaruk nak berboyfriend ke apa. Aku cuma tak tahan bila orang tanya 

"Kau cepat-cepat lah cari boyfriend, umur dah 25, patut dah ada calon"

"Kau bila nak kahwin, umur dah 25. Mesti tak lama lagi kan? Kan? Kan?" Pang kang.

"Tu lah kau, dulu ada laki yang ngorat kau siap tunggu bawah apartment tiap-tiap malam sambil bawak bunga, kau tak nak. Kalau tak, dah kahwin kau lepas habis exam ni"


Cis. Dorang ni takde sensiviti langsung. It just an age je ok. It doesnt mean I need to marry so soon. Dan aku belum bersedia nak ber boyfriend-boyfriend ni. 

Tapi kan...Aku admire mamat ni sorang. Duhh, please jangan cakap aku gatal ke apa. Dia cuma buat aku jatuh suka untuk yang ke entah berapa kali je. Dan aku dah list kan dia dalam senarai lelaki yang aku dah jatuh suka pada pandangan yang ke 16. Erk..Ya, memang pandangan yang ke 16 sebab pandangan yang pertama adalah...ermm...aku dah lupa siapa dan di mana aku boleh terjatuh cinta dengan lelaki yang pertama. Mahupun pandangan yang ke 2 dan seterusnya. Secara random dan bulk checking, boleh jadi lelaki yang ini adalah pandangan yang ke 16. Duhh. Aku rasa untuk lelaki yang seterusnya aku dah tahu dia pandangan yang ke 17 dan seterusnya, tu pun selepas aku tulis dalam diari ni. Nama lelaki yang ke 16 ni, aku tak pasti tapi aku tahu nama dia apa secara unofficialnya, sebab ada kisah antara aku dan dia. 


Ianya bermula bila aku dan dia duduk di dalam bas yang sama tapi kedudukan kerusi kami di pisahkan oleh laluan di tengah-tengah. Which is aku dapat single seat dan dia duduk kat double seat. Sebenarnya, aku mula jatuh suka pada dia masa kami sedang tunggu bas hendak pulang ke kampung sempena dengan cuti semester. Tiba-tiba aku terpandang dia dari jauh dan terus jatuh suka, sekaligus membawa kepada jatuh hati. Bila dapat duduk sebelah menyebelah dalam bas tanpa di sangka-sangka. Rasa macam happy je. Cis.

Dalam bas tu, sedang aku termenung, tiba-tiba ada suara perempuan menjerit. 

"Rahim!!!" dan lelaki kat sebelah aku pun pandang. Dan sejak itu aku tahu nama dia Rahim. Tapi masalahnya selepas je aku dengar ada perempuan menjerit macam tu, aku tersengguk. Rupa-rupanya aku hanya bermimpi. Dan aku tak pasti adakah nama dia betul-betul Rahim. So, sejak itu aku hanya akan panggil dia sebagai Rahim. Tapi ada satu masalah lagi sebab, lepas turun je di perhentian bas Kota Bharu, Rahim dan aku terus membawa diri. Dan kami terpisah begitu sahaja. Mulalah angin membawa pergi kesan-kesan langkah kami. Cis. 


Jangan tanya kenapa aku tak try ngorat dia, mintak nombor telefon dia ataupun tegur dia,

"Hai, awak nak balik mana?" walaupun dah terang-terang bas tu letak papan tanda, Shah Alam => Kota Bharu.

Jangan tanya kenapa aku tak try ngorat dia, mintak nombor telefon dia ataupun tegur dia, sebab aku masih gadis melayu yang pemalu, nama pun Zainab (bukan nama sebenar ) a.k.a Dahlia. Nama pun dah menampakkan ciri-ciri ketimuran. Lagipun, dia hanya berada dalam senarai lelaki yang aku suka, bukan lelaki yang aku nak jadikan laki. Walaupun sebenarnya dia layak, tapi uhh....aku tidak lah berfikiran terlebih licik untuk jadi perempuannya. Duhh. Jiwang pulak rasa.


Well, begitulah cerita aku hari ini. Akan datang, ada masa aku taip lagi. Oh, ya. Aku nak tinggalkan satu lagu dalam diari ni, since diari ni diari elektronik yang boleh membuatkan siapa-siapa boleh dengar apa yang aku nak sampaikan. Duhh, nampaknya aku macam sengaja mengundang pembaca-pembaca menceroboh diari aku. Okeh, macam yang aku cakap kat atas, diari ni hanya untuk orang yang tak sengaja terbaca diari  ni je. Okeh, bai. XOXO. Enjoy.











Sunday 30 December 2012

Bukan Niatku Part 4


Aku termenung di taman kecil milik mama. Termenung yang sudah entah ke berapa kali. Berfikir. Apakah jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang terbaik untuk aku? Berkahwin dengan seorang lelaki yang tak langsung aku cinta. Dan seorang lelaki yang tak juga mencintai aku. Hmm…entahlah. Mungkin sebab dia tak pernah cakap dia sukakan aku, tak cintakan aku. Sebab tu aku fikir yang dia tak mencintai aku. Dan dia pernah cakap, aku bukanlah gadis idaman dia. Menguatkan lagi rasa dalam hati yang perkahwinan ni seperti terpaksa. Aku dan dia. Terpaksa. Demi memenuhi impian dua buah keluarga. Macam mana ni? Aku memeluk lutut.

Saat ni, aku mula berangan. Kalau di takdirkan Faiq muncul secara tiba-tiba dan melamar aku. Saat tu jugak aku melompat-lompat terima pinangan dia. Wahh. Imaginasi macam nak kena makan penampar je. Hehe.

“Hani!” oh mak kau. Hampir tergolek aku dengan suara yang tiba-tiba muncul dari belakang. Aku berpaling. Mak aihhh! Hampir pengsan aku kat situ.

“F fa..fa..iq?” dia berdiri di hadapan aku sambil tersenyum manis. Haha. Aku rasa aku betul-betul tengah bermimpi ni. Better aku masuk rumah. Dah petang-petang ni memang tak bagus duduk kat luar. Aku pandang langit. Tersenyum. Hmm…betul lah, dah nak gelap. Kejap lagi dah nak maghrib. Aku terus melangkah.

“Hani! Dah tak kenal faiq lagi?” erk.. langkah aku terhenti. Aku berpaling. Betul ke ni? Aku mendengus. Segera berjalan mendekati dia. Kemudian dengan sepenuh tenaga, satu tendangan hinggap di kaki sebelah kirinya. Di tambah pula dengan satu pijakan yang maha kuat aku rasa hinggap di kaki kanannya.

“Auch, Hani. Sakit lah” erk. So, betul ke ni Faiq? Betul-betul Faiq? Dia sudah terlompat-lompat di situ.

“Hani, kenapa ni?” papa yang sedang memakirkan kereta keluar laju-laju mendapatkan kami. Tanpa aku sedar, Azlan turut keluar dari kereta papa. Mama dan bibik juga tergocoh-gocoh keluar dari pintu rumah. Aku pandang Faiq yang masih menahan kesakitan. I am sorry. Tapi, langsung tak dapat keluar walau sepatah dari mulut aku.

“Oh, Faiq. Bila sampai?” Papa yang sudah mengenali Faiq bersalaman dengannya, di ikuti Azlan. Huh, Azlan? Apa dia buat kat sini? Dan Faiq jugak, apa dia buat kat sini?

“Saya baru balik dari Dubai semalam, dan tiba-tiba teringat kat uncle dan auntie, tu yang datang sini. Tapi macam tak kena pulak datang time ni kan?” mungkin baru tersedar hari dah nak maghrib baru nak singgah rumah orang atau tersedar lepas kena sepakan dan pijakan free tadi?

“Tak pelah, mari la masuk. Boleh kita berjemaah maghrib sekali”

“Hah, elok sangat la tu, bolehlah makan malam sekali” sambut mama. Papa sudah menarik Faiq masuk ke dalam rumah. Di ikuti mama dan bibik dari belakang. Sekarang tinggal aku dan Azlan. Aku menjelingnya sebelum meninggalkan dia di luar. Azlan terkebil-kebil melihat aku pergi.

“Azlan, buat apa kat luar tu? Masuk lah” jerit papa.

Solat maghrib berjemaah yang di imamkan oleh Azlan sudah selesai. Sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Tak di nafikan, tersentuh jugak hati ni bila mendengar ayat-ayat suci yang dialukannya sebegitu merdu, erk. Ehem. Hmm…kalau ikutkan ciri-ciri yang papa nak, memang dah habis lulus ni. Tapi sekarang, aku rasa seperti sedang berada dalam twilight zone. Di hadapan aku, ada satu lagi masalah. Faiq. Kenapa dia tiba-tiba muncul pada saat-saat kritikal macam ni? Walaupun aku sempat berangan pasal dia petang tadi. Tapi tak sangka pulak dia betul-betul muncul. 

“Jadi apa cerita kamu, Faiq. Dah lama tak dengar khabar berita?” tanya papa saat kami mula duduk di meja makan. Papa yang duduk di tengah-tengah dah macam hakim pula. Bukan dia tak tahu apa yang terjadi antara aku dan Faiq. Dan Faiq yang pastinya tak pernah tahu perasaan aku selama ni pada dia.  Azlan yang duduk di sebelah Faiq berhadapan dengan Salsabila sempat lagi melayan Salsabila. Meletakkan ayam goreng kesukaan Salsabila di dalam pinggannya. Salsabila hanya tersengih-sengih sambil mengucapkan terima kasih. Amboi-amboi tinggi saham nampak.

“Saya sedang bercuti sekarang, rindu sangat kat Malaysia. Tu yang cepat-cepat balik sini” papa tergelak besar. 

“Kamu jadi project manager untuk projek kat sana kan? Baguslah muda-muda dah ada kerjaya. Sekarang QS pun dah banyak bekerja kat sana. Bangga uncle dengan anak-anak muda sekarang…” dan papa tak habis-habis dengan cerita quantity surveying nya.

“Dah banyak duit tu, patutnya dah boleh kahwin la” mama pulak menyampuk. Bab-bab kahwin ni aku sensitif sikit. Dalam masa yang sama, teringin jugak aku tahu reaksi Faiq. Dah kahwin ke belum? Dia kemudian hanya tersenyum-senyum. Sesekali matanya memandang aku. What?

“Mak pun dah bising-bising kat rumah. Jadi, saya datang ni sebenarnya ada hajat lain” erk? Takkan la kot. Aku pandang Azlan. Dia hanya tenang.

“Kalau Hani masih sudi..” wait. Kalau nak cakap pasal hal ni pun, tolonglah jangan cakap depan Azlan. Bukan aku tak tahu macam mana aku kena laser dengan dia nanti.

“Saya nak mintak mak dan ayah masuk melamar Hani. Maaf saya cakap pada masa yang tak sesuai…tapi saya betul-betul maksudkannya” aku lihat mama, papa, dan Azlan. Aku rasa macam nak tercekik je kat situ. Aku sudah terbatuk-batuk kecil. Salsabila dengan selamba menghulurkan segelas air masak kepada aku. Thanks, dik. Grr…

“Astaghfirullahalazim, uncle minta maaf sangat-sangat. Ni memang salah uncle, maaf uncle tak kenalkan yang Azlan ni sebenarnya bakal suami Hani Karmilla.Tunang Hani. Faiq lambat sikit je” saat ni entah kenapa, aku pandang Azlan. Perasaan aku pada Faiq tiba-tiba hilang bila lihat riak wajah Azlan yang tenang. Entah kenapa bukan Faiq yang aku kasihankan sekarang, tapi Azlan.  Faiq terbatuk kecil. Dia memandang Azlan.

“Oh, saya minta maaf. Saya tak tahu”

“Tak apa”


Semasa menghantar Faiq di pintu sekali lagi dia meminta maaf. Sudah berulang kali papa cakap dia tak bersalah. Sama lah seperti beberapa tahun yang lalu. Saat aku hampir hilang harga diri mengharapkan cinta seorang lelaki seperti orang bodoh dan pada hari ini aku memaafkan dia kerana pernah buat aku rasa seperti tu. Hakikatnya, dia tak salah. Cuma Allah s.w.t mahu aku jatuh cinta pada orang yang salah. Supaya aku jatuh cinta pada orang yang betul. Walaupun aku tak tahu macam mana, tapi aku rasa aku sedang menuju pada orang yang betul. Insya ALLAH.

“Saya minta maaf, Hani”

“Tak de apa yang awak perlu minta maaf. Apa yang terjadi antara kita pun, dah lama saya lupakan. Saya doakan awak dapat gadis yang lebih baik dari saya” dia hanya tertunduk kemudian kembali mengangkat muka memandang kami. Tersenyum.

“Terima kasih. Dan saya doakan kamu berdua bahagia hingga ke syurga”

“Amin. Terima kasih” entah kenapa secara spontan aku mengaminkannya. Tapi langsung aku tak berani pandang wajah Azlan. Aku tahu, sekurang-kurangnya Azlan boleh berasa lega sekarang. Ya, aku mahu dia rasa begitu.

“Hani nak minta maaf jugak pasal tadi” tiba-tiba baru aku teringat.

“Pasal td? Oh ya! Hebat jugak tendangan Hani, nasib tak patah. Haha” Aku sudah tersengih rasa bersalah. Tapi aku sempat lihat, ada riak wajah kesal pada Faiq. Maafkan Hani, kalau Faiq hadir lebih dulu daripada Azlan, mungkin Hani masih boleh terima walaupun Faiq dah lukakan hati Hani, buat Hani tertunggu-tunggu. Sebab dulu, Hani hanya kenal Faiq je. Faiq yang membahagiakan. Faiq yang selalu buat Hani gembira walaupun akhirnya Faiq pergi dengan orang lain. 

“It’s okay,salah Faiq jugak sebab masuk tak bagi salam tadi” eh, tau tak pe. Azlan masih dengan riak wajah tenangnya. Hello, Azlan. At least, gelak la sikit. Atau buat muka menyampah awak, atau buat muka macam awak nak minta putus sebab baru tahu tunang awak ni brutal sebenarnya. Aku ni dah kenapa? Minta sangat macam tu. Hmm…sebenarnya, aku teringin nak tengok dia cemburu. Nak tengok sangat-sangat. Huh!

“Oh, ya. Kereta Azlan tadi dah hantar ke bengkel. Nanti uncle minta Pak cik Zain hantarkan Azlan balik”

“Tak pelah, uncle. Azlan naik teksi sajalah. Lagipun dah lewat ni. Kasihan pulak pak cik Zain nak hantar time-time macam ni”

“Eh, kalau macam tu, tumpang saya saja lah. Azlan nak balik mana?”

“Eh, tak apalah. Menyusahkan pulak. Rumah saya di Subang”

“La, dalam perjalanan saya dah tu, boleh la tumpang sekali”

“Err”

“Jangan risau. Kita dah macam satu family dah kan? Faiq ni pakcik dah anggap macam anak sendiri sejak dulu lagi. Jadi Azlan dengan Faiq pun pakcik dah anggap macam keluarga sendiri. Tak payah segan-segan dengan Faiq” Papa ni. Agak-agak lah. Dorang ni kan dah macam rivals. Ceh. Ada hati pulak aku ni, konon-konon nak dorang berebut aku la kan. Astaghfirullahalazim…niat dah terpesong tu.


“Erm, baiklah”

*********************************************************************************

Aku bukak laptop dan sign in yahoo messenger. Aku rasa aku macam kena cakap something pada Azlan sejak pertemuan kami tadi. Tapi sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku tengok senarai friend di YM. Azlan tak online pun walaupun aku kira sudah 2 jam dan sepatutnya dia sudah sampai di rumah. Ah, aku pun satu, takkan lah dia nak terus online. Mestilah nak bersihkan diri, solat dulu. Aku biarkan YM aku terus online. Aku masih menunggu dia. Tapi sampai aku tertidur pun takde nampak tanda-tanda dia online. Jam pun dah pukul 3 pagi. Last-last aku off je laptop dan terus tidur.

Dua hari kemudian, sedang aku menyiapkan tugasan di pejabat. Azlan hantar chat di YM aku. Baru perasan yang aku punya automatik online. Ni mesti gara-gara aku lupa nak sign out semalam. Dah la komputer kat ofis, naya je kalau kena hack.

Azlan_: Assalamualaikum. Dah buat apa-apa preparation? Dah sampai mana?

Hani_Karmilla: Untuk?

Azlan_: Kahwin.

Hani_Karmilla: Hmm, mama tengah siapkan. Saya buzy sekarang.

Azlan_: Awak betul-betul dah bersedia nak kahwin dengan saya?

Azlan ni dah kenapa? Tiba-tiba pulak lain macam je?

Hani_Karmilla: Awak ada masalah ke? Atau awak tiba-tiba berubah fikiran?

Azlan_: Saya rasa selama ni saya terlalu memaksa awak. Sekarang saya bagi awak masa untuk buat pilihan lagi.

Ya Allah, apa kena dengan Azlan ni? Ni mesti kes Faiq hari tu? Atau? Faiq ada cakap apa-apa tak masa dorang balik sama-sama hari tu?

Hani_Karmilla: Faiq ada cakap apa-apa ke dengan awak hari tu?

Azlan_: Dia tak cakap apa-apa. Cuma saya tau selama ni awak tunggu dia kan?

Hani_Karmilla: Saya tunggu dia atau tak. Tu cerita lama saya. Sekarang awak dah tahu kan pilihan saya?

Azlan_: Saya masih nak bagi awak pilihan.

Hani_Karmilla: Awak ni dah gila.

Azlan_: Saya tengah bagi awak pilihan.

Hani_Karmilla: Saya benci awak. Saya tahu ni alasan awak je kan? Saya tau saya bukan gadis idaman awak. Sebab tu suka-suka hati awak buat saya macam ni. Saya tak kisah awak nak buat saya macam ni, tapi fikir pasal perasaan parents kita. Kalau awak betul-betul tak nak, pulangkan dengan cara yang baik. Jangan nak cari alasan macam ni.

Send. Terus aku sign out. Geram. Sedih. Entah kenapa aku betul-betul sensitif kali ni. Bukan aku harus happy ke? Aku ada peluang kembali pada Faiq. Terima pinangan dia. Tapi bukan ni yang aku nak.

“Hani, Encik Rahman dah datang?” aku terpinga-pinga dengan kemunculan Jenny  dipintu bilik aku. Melihat aku yang sedang kebingungan, Jenny menerangkan pada aku.

“Well, untuk projek bangunan commercial kat Shah Alam” oh. Aku hampir terlupa gara-gara Azlan. Aku segera menyusun dokumen-dokumen penting untuk di bawa masuk ke bilik mesyuarat.

“Hai, Hani. Tengah pening fikir pasal nak kahwin ke? Apa susah, mama you kan tengah handle your preparation sekarang ni”

“Memang la tak susah. Tapi lagi susah kalau tiba-tiba pengantin lari” erk. Jenny sudah berkerut dahi. Okay, aku tahu aku sudah merepek.

“Pengantin lari pulak? Siapa yang lari? You nak lari ke tunang you yang nak lari?” aik, Jenny ni, macam tau-tau je? Semacam je tanya.

“Dah la, Jenny. Mungkin I terlalu penat tu yang merepek tak tentu pasal”

“Huu, bertuah you Hani. Tak lama lagi dah nak kahwin. I jugak yang tak kahwin-kahwin” aku angkat kening sebelah mendengar rintihan Jenny.

“Ala, ada la tu Jenny. Lambat atau cepat je. Berdoa la banyak-banyak” hmm…see Hani. Aku patut bersyukur dari awal lagi, at least jodoh aku sampai cepat. Suka tak suka, Azlan lah yang akan jadi teman seumur hidup aku nanti. Tapi masalah dah timbul antara aku dan Azlan sekarang. Macam mana kalau dia betul-betul lari pada saat-saat akhir. Cuba bayangkan bila hari perkahwinan tiba, majlis tiba-tiba jadi bualan mulut orang sebab pengantin lelaki tak muncul-muncul. Dan aku di atas pelamin hanya mampu terduduk lesu. Arghh…

“Hani, are you, okay?” erk? Alamak, aku ni terlalu mengikut perasaan pulak. Tak sedar Jenny masih di hadapan aku.

“Oh, I am okay. Jom pergi meeting”


Habis sahaja mesyuarat dengan kontraktor untuk projek bangunan komersial di Shah Alam tadi, aku terus menuju ke bilik aku. Hati masih tidak tenang mengingatkan kata-kata Azlan tadi. Dalam mesyuarat tadi pun, aku tidak menumpukan sepenuh perhatian dengan pembentangan dari kontraktor, lebih banyak Jenny yang menjawab sebarang pertanyaan dari pihak sana. Untuk pertama kalinya, aku jadi begitu terganggu. Memikirkan Azlan, memikirkan nasib keluarga kami. Ya, aku lebih pentingkan perasaan keluarga sekarang. Perasaan aku pada Azlan? Entah. Masih samar-samar. Mungkin.

‘Assalamualaikum, Karmilla. Ada apa call ni?’ aku tahu aku sedang cuba merendahkan ego aku sekarang. Perigi cari timba or what so ever rhymes pun aku dah tak kisah. Aku cuma fikirkan papa dan mama je sekarang dan juga the whole family.

‘Waalaikumussalam, Azlan. Saya nak bincang pasal hal yang awak cakap pagi tadi’

‘So, awak dah ada jawapan untuk soalan saya?’

‘Saya tak tahu apa yang awak fikir sekarang. Kalau ada salah saya, saya minta maaf. Kalau awak nak cakap saya perempuan tak tahu malu sekalipun, saya tak kisah. Tapi saya harap awak masih boleh consider perasaan keluarga kita. Apa akan jadi kalau awak tiba-tiba nak putuskan hubungan ni pada saat-saat akhir? Awak ada fikirkan tak tu semua?’ kedengaran suara mendengus di sebelah sana.

‘Saya rasa awak terlalu banyak berfikir. Soalan saya cuma satu, siapa pilihan awak?’ terlalu banyak berfikir? Siapa yang terlalu banyak berfikir?

‘Karmilla? Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?’

‘Huh?’ entah, aku memang sedang keliru. Aku cuma risau majlis ni di batalkan.

‘Kita bincang balik bila awak dah betul-betul okay’

‘Saya harap awak boleh fikirkan balik keputusan awak’

‘Karmilla, saya minta maaf kalau saya buat awak stress, saya cuma nak awak fikir betul-betul, mungkin orang tu bukan saya. Saya bagi peluang pada Faiq dan awak sama rata. Sebab saya mula sedar, selama ni pasti ada sebab kenapa awak selalu menolak saya. Saya sedang mengambil kira keputusan awak sekali lagi’
Aku hampir pitam mendengar kata-kata Azlan. Kata-kata yang aku rasa bukan dari Azlan. Bukan dia yang dulu. Azlan yang tak pernah kenal erti putus asa walaupun terpaksa menyakitkan hati aku. Dan dia sedang memberi peluang pada saat-saat akhir macam ni?

‘Azlan, awak tak nampak ke saya dah buat pilihan? Kenapa mesti awak nak tanya lagi? Tak cukup lagi ke penerimaan keluarga saya pada awak? Sampai awak ragu-ragu pada keputusan yang sedang di redhai oleh semua? Atau awak memang nak kembali pada tunang awak dulu? Sebab tu, awak sengaja cipta alasan yang sama macam ni kan?’ tiba-tiba aku teringat tentang tunang yang dia pernah sebut semasa kami di Terengganu dulu. Sampai sekarang aku masih belum berpuas hati dengan penerangan dia. Aku masih rasa dia juga sedang menyimpan sesuatu.

‘Tunang saya dulu? Heh, apa yang awak cakap ni?’ tak faham ke berpura-pura tak faham?

‘Baiklah. Sudah. Awak juga nak keadilan yang sama rata jugak kan? Ok, fine. Sekarang kita ada masa 2 minggu lagi, saya bagi kita masa satu minggu. Awak juga tentukan pilihan awak, saya atau bekas tunang awak, atau tunang awak, atau kekasih awak atau what ever lah. Dan saya juga akan buat pilihan yang sama. Akhir keputusannya nanti, terpulanglah. Menyebelahi nasib keluarga atau kita’ akhirnya, aku turut sama terjebak dalam ‘sistem keadilan’ yang entah apa-apa ni. Aku turut sama melayan kehendak Azlan yang arghh…stress! Tapi di hujung talian yang aku dengar,

‘Haha’ dia gelak? What? Dia gelak? Hey, aku tak buat cerita lawak lah.

‘Eh, apa pasal awak gelak? Saya serious tau tak? Kenapa? Awak fikir awak dah menang macam ni?’

‘Karmilla, kenapa awak selalu fikir yang kita ni tengah berlumba? Ada menang, ada kalah. Kenapa awak selalu fikir perkahwinan kita ni macam satu taruhan, ada masa saya menang, ada masa awak nak menang’ bicara dia lembut. Menuturkan sebuah pertanyaan yang membuatkan aku mula tersedar. Kenapa?
‘Sebab saya tak percayakan awak’ dan ayat itu meluncur laju tanpa sedar.

‘Oh, bahagian mana yang awak tak percaya tentang saya?’ mungkin Azlan turut tersedar kesilapannya.

‘Semua. Semua tentang awak. Tak ada satu pun saya percaya’ dengan yakin kali ni, aku membalas. Kami kemudian terdiam.





bersambung.....

Bukan Niatku Part 3

Akhirnya termeterai pertunangan antara aku, Hani Karmilla dan dia, Azlan Muhammad. Tanpa rela. Ya. Nampaknya aku kalah dalam permainan ni. Padan muka aku.

"Hani, tahniah!! I pray for you both. Happy ending" entah apa-apa Yaya ni. Happy ending? Siapa cakap ni happy ending. Segalanya baru nak bermula okay. Dan. Huh. Menyesal kemudian tiada berguna. Sanggup ke aku buat perangai dengan tiba-tiba mintak putus.

On YM.

Azlan_: Maaf. Saya dah menang. Tapi ini bukan permainan. Walaupun awak mungkin anggap ni macam permainan. Tapi tidak bagi saya. Saya benar-benar serious.

Hani_Karmilla: Terpulanglah. Awak dah menang. Permainan atau tak, saya tak peduli. Yang saya tahu awak akan menyesal pilih saya.

Azlan_: Kenapa?

Hani_Karmilla: Sebab saya bukan semuslimah yang awak impikan jika itu yang awak fikir. Jangan ingat saya pakai tudung labuh, saya boleh jadi gadis idaman awak dan menjadi muslimah yang sempurna pada mata awak.

Azlan_: Sejujurnya. Awak bukanlah gadis idaman saya. Manusia itu tiada yang sempurna. Bertudung labuh adalah cara awak mewarnai diri awak kerana mahu dapatkan keredhaan dari NYA. Alhamdulillah. Saya tak mintak awak jadi sempurna pada mata saya. Berusaha menjadi terbaik di mata Allah s.w.t itu lebih baik.

Aku terpana. Untuk kali pertamanya, kata-kata dia berbekas pada hati aku.

Hani_Karmilla: Redha Allah?

Azlan_: Ya. Redha Allah itu lebih baik. Buatlah apa sahaja. Usahalah apa sahaja. Baikilah apa sahaja. Asalkan ianya dalam lingkungan keredhaan Allah s.w.t.

Aku terdiam. Tiada rasa mahu membalas lagi.



*********************************************************************************

Mama menangis tiba-tiba. Aku terkejut mendengar khabar yang baru aku dengar. Rasa seperti denyutan jantung yang selama ni berdetik normal terhenti tiba-tiba. Di ruang tamu sekarang ada nenek, papa, mama, Along dan Salsabila. Aku lihat wajah kecil itu. Tenang. Saat semua mula bersedih.

"Bukan mama tak sayang Salsabila. Bukan mama tak sayang" Aku juga sudah teresak-esak.

Salsabila tunduk memandang lantai.


Aku sudah tidak keruan. Ingin rasanya aku dakap tubuh kecil Salsabila. Melihatkan Salsabila sudah menjeling aku dari jauh, dan melihat ketenangan wajahnya buat aku rasa mahu pengsan kesedihan. Ya Allah, tabahnya kau, adik. Kau lagi tabah dari kakak kau ni.

"Walau apa pun, Salsabila tetap anak mama dan papa. Salsabila tak boleh pergi ikut keluarga kandung dia. Tak boleh. Mama tak izinkan" Rupa-rupanya selama ini aku salah faham. Bukan aku anak angkat mama dan papa. Tapi Salsabila. Salsabila yang manis. Salsabila yang sangat bersahaja. Salsabila yang selalu cuba untuk menjauhkan diri dari aku. Salsabila yang sentiasa tenang. Entah macam mana lagi aku nak gambarkan pasal Salsabila. Dia bagi aku adik yang sangat menyenangkan. Tetapi di sebalik tenangnya dia. Ada duka yang terpendam. 

"Mak saudara Salsabila nak ambik balik Salsabila tinggal dengan mereka. Salsabila nak ke ikut mereka?" tanya nenek dengan lembut pada Salsabila. Salsabila tertunduk diam. Pandangannya kemudian beralih pada aku. Aku perlahan-lahan menggeleng-gelengkan kepala. Mama masih menangis teresak-esak. Papa hanya tenang.

"Mama yang besarkan Salsabila dari kecil lagi. Sampai hati mereka nak ambik Salsabila dari mama? Memang salah mama kalau mama kurang bagi perhatian pada Salsabila, tapi bukan bermakna mama tak sayangkan Salsabila. Mama sayang sangat-sangat. Jangan tinggalkan mama, Salsabila" Salsabila mungkin anak yatim piatu, tapi bagi aku dia bukan lagi yatim piatu sejak dia tinggal dengan kami. Dia adalah adik yang di kurniakan oleh Allah swt sama macam aku, along dan angah lahir dalam rumah ini, di besarkan dalam rumah ini. Jadi tiada istilah yatim piatu yang boleh membezakan kasih sayang kami.


"Papa bukan tak sayangkan Salsabila, papa pun sayangkan Salsabila sama macam papa sayangkan Along, Angah dan Achik, tapi Salima, biarlah Salsabila buat keputusan sendiri. Bagi peluang pada Salsabila. Keluarga di sana adalah keluarga kandung Salsabila. Kat sana ada kenangan Salsabila dengan arwah ibu bapanya, kita tak boleh pisahkan mereka macam tu saja" papa mula bersuara. Salsabila tertunduk lagi. Kali ni aku nampak bahunya mula terhinjut-hinjut. Nampak sahaja itu, aku terus meluru memeluk Salsabila. 

"Salsabila nak tinggal kat sini dengan mama, papa, kak Hani, nenek, along. Salsabila...Salsabila sayang mama, papa, kak Hani, nenek, along. Salsabila tak nak ikut mak teh.." satu-satu Salsabila menyebut dalam tangisnya. Mama turut meluru memeluk Salsabila. Aku dan mama mengelap air mata Salsabila. Nenek mula mengesat air matanya yang turut mengalir laju. Papa menarik nafas lega tanda kesyukuran.


********************************************************************************


Salsabila baring di katil aku. Sedang tenggelam dengan bed time story nya. Tapi tak langsung nampak tanda-tanda mahu tidur. Aku duduk di sebelahnya sambil meriba laptop. Aku pandang Salsabila dengan penuh kasih sayang. Aku kucup dahinya. Dan dia masih senyap.

“Dah tidur ke?”

Senyap.
Aku intai mukanya. Masih lagi khusyuk membaca rupanya. Betul ke?

“Bella…”

Panggil aku perlahan.

“Hmm..”

“I love you”

“Dah seratus kali akak cakap hari ni” selamba tanpa memandang aku dia membalas. Aku tergelak kecil.

“Bella okay?” 

Entah soalan yang macam mana aku harus tanya. Sejujurnya, selepas rahsia sebenar tentang Salsabila terbongkar, dia tak pernah tunjukkan kesedihannya sebelum ni, dia menangis pun sekejap je. Itupun selepas dia melihat aku dan mama yang teruk menangis. Aku pulak yang over selepas tu, menangis tak henti-henti. Hmm, bila rahsia ni terbongkar, baru lah aku sedar yang aku lebih rela menjadi anak angkat keluarga ini dari biarkan Salsabila yang masih kecil menanggungnya. Baru aku sedar tindakan aku selama ni, yang lari dari kenyataan sebenarnya tindakan yang lebih dari budak sekolah tadika. Aku mengalihkan laptop aku ke meja kecil di tepi katil. Berbaring di sebelah Salsabila sambil memeluknya. Dia hanya diam.

“I love you, but I am wondering” sekali lagi aku mengucapkannya.

“Hmm?” Salsabila memandang aku hairan.

“Did you love me?” Salsabila terdiam. Hmm?

“I love you” perlahan-lahan keluar dari mulut kecilnya.

“Apa?”

“I love you” dan sekali lagi perlahan.

“Akak tak dengar” aku berpura-pura lagi. Seronok pulak dengar perkataan tu bila Salsabila sudah boleh di ajak bermesra. Selalu ada sahaja alasan dia nak menjauhkan diri dari aku. Aku pun tak tahu kenapa dia begitu selama ni, mungkin di sebabkan aku selalu jauh dari dia. Hanya sejak aku duduk di rumah barulah aku ada masa nak rapat dengan dia, tu pun dia selalu menghabiskan masa di rumah nenek.


“Eee…akak ni. Dengar betul-betul. I LOVE YOU” so sweet. Sweet hingga menghiris hati aku. Tanpa sedar air mata aku menitis lagi. Aku peluk dia erat-erat.

“Akak, boleh tak tolong jangan jadi macam budak kecik lagi” Haip. Aku sudah tergelak kecil mendengar ayat sangat matang dia. Salsabila. How I wish to be like you.

“Lepas ni, akak nak Bella tinggal dengan akak je. Jangan pergi mana-mana lagi. Stay dengan akak je sampai bila-bila, boleh?” 

Yeah, aku rasa aku tak boleh berpisah dengan Salsabila lagi. Entah kenapa, aku sudah dapat rasa Salsabila adalah sebahagian dari diri aku. Mungkin sebab aku pernah rasa apa yang dia rasa sebelum ni. Tapi kekuatan kami dengan cara yang berbeza. Dia sangat kuat. Tapi aku? Jauh.

“Akak kan dah nak kahwin?” Gulp. Kenapalah Salsabila mengingatkan aku pasal benda ni? Aku langsung tak teringat pasal masalah lagi satu ni. Huh!

“Mana ada. Kami baru bertunang. Mana tau akak tak jadi kahwin?” Entah apa-apa aku merepek depan budak kecik ni. Yang nyatanya, aku sedang tidak mahu berpijak pada tanah, pada kenyataan. Masih mahu mencipta angan-angan bak gula-gula kapas seperti anak-anak kecil.

“Abang Azlan tak suka akak ek?” huh? How could you tanya soalan macam tu kat akak, Salsabila?

“Tak lah” dengan yakin pulak tu aku menjawab.

“Habis tu? Akak tak nak kahwin dengan abang Azlan?” banyak pulak mulut budak kecik ni malam ni.

“Hurm…akak cuma nak Salsabila je. Akak tak nak orang lain” Salsabila dah mencebik. Aku mengangkat kepala mengintai duck face nya.

“Kenapa?” tanya aku.

“Akak nak tinggal sorang-sorang je ke? Nanti semua orang dah kahwin tinggal akak sorang tak kahwin-kahwin” Wohaa. Pedas berapi pulak mulut dia.

“Haip. Kenapa cakap macam tu? Siapa ajar?”

“Nenek cakap. Kalau kakak tak nak kahwin dengan abang Azlan dengan siapa lagi. Nanti tinggal akak sorang je tak kahwin-kahwin, jadi anak dara tua” Hemoh, hemoh, hemoh…ini sudah lebih.

“Oo..pandai ek korang mengata akak, nak kena geletek la ni kan?” tanpa menunggu Salsabila membuat penjelasan aku terus menggeleteknya. Terjerit-jerit dia sambil gelak.

“Dah la, kak. Dah la, kak. Geli la!!!”

“Akak!!!” bergempita bilik aku dengan jeritan Salsabila.

“Okey-okey. Dah. Diam”


“Akak ni..benci lah” marah dia kepada aku. Terus aku memeluknya.

“Okey, kita tidur, ok” aku membetulkan comforter di dadanya. Mengalihkan buku bedtime storynya. Menutup lampu tidur.

“Akak..” Dalam gelap Salsabila memanggil aku.

“Hmm…?”

“I love you” aku sudah tersenyum.

“Akak…”

“Hmm…”

“Abang Azlan pesan…”

“Erk?” pesan? Gulp.

“Sebelum tidur baca doa” Ceh. Ingatkan pesan apa la tadi.

“Ok, jom kita baca doa”




bersambung......


Sunday 25 November 2012

Bukan Niatku Part 2


2 ½ bulan sudah berlalu. Thesis sudah di hantar. Final exam sudah lepas. Yang pastinya aku telah merdeka. Kadang-kadang rasa rindu pada zaman belajar tetap muncul. Rindu pada Yaya, Yana, Ain dan rakan-rakan kelas yang lain. Ingat masa susah dan senang bersama-sama. Dan aku, beberapa bulan yang lalu bermati-matian tidak mahu meneruskan bidang quantity surveying ni, last-last aku muncul jugak kat office papa. Dan papa lah orang pertama yang paling gembira sekali melihat aku di situ. Melihat itu, aku tidak sampai hati.

Kerja aku menyiapkan taking off, BQ dan tender document. Banyak projek yang masuk membuatkan aku juga turut sama seperti staff-staff papa yang lain. Sama-sama stay back kat office sampai pukul 2, 3 pagi. Walaupun aku anak bos, tapi bukan cara aku nak cuci tangan balik time office hour macam tu je. Kalau boleh aku jugak mahu merasa bekerja keras. Kerja keras yang membolehkan aku rasa berbaloi dengan usaha aku untuk dapat gaji yang beribu-riban. Sebab aku sudah ada perancangan lain di dalam minda.

Hari minggu, merupakan hari yang paling aku suka. Dapat bersama-sama dengan mama. Masak sama-sama, kemas rumah sama-sama. Mama pun gembira sangat sejak aku ada banyak masa dekat rumah. Melihat mama gembira aku pun turut gembira.
“Hani, kalau Hani dah kahwin nanti,sunyilah mama kat rumah ni nanti” tiba-tiba mama cakap pasal kahwin. Aku pandang mama pelik.


“Mama ni, tiba-tiba pulak. Hani tak nak kahwinlah”

“Ish, mana boleh macam tu. Takkan lah nak duduk bawak ketiak mama 24 jam je” aku mencebik manja mendengar kata-kata mama.

“Mana ada duduk bawah ketiak mama 24 jam, Hani nak duduk kat belakang mama je, nak peluk macam ni” dan aku terus memeluk mama dari belakang. Mama tersenyum.

“Sama la tu” aku terdiam. Masih terus memeluk mama dari belakang. Rasa sangat selesa. Rasa ingin begitu lebih lama.

“Hani…” panggil mama.

“Hmm..?” masih terus di buai keasyikan memeluk mama sambil memejam mata.

“Lama mama tak jumpa Azlan” shrettt…seakan bunyi cd tersekat. Azlan? Aku perlahan-lahan melepaskan pelukan. Memandang mama dengan hairan.

“Kenapa tiba-tiba mama sebut pasal Azlan ni?” yelah, jangan mama cakap nak Azlan jadi menantu dia sudah. Teka aku. Manalah tahu, mama bukan boleh kira kadang-kadang. Dah la mamat tu dah bertunang. Dan aku? Huh…memang takkan la nak teringin bersuamikan dia.

“Hari ni dia dan family dia nak datang melawat” huh?

“Oh, melawat. Sebab tu lah mama beria nak masak sungguh-sungguh ni?”

“Yelah, Hani patut kenal dengan family Azlan sekali. Mereka tu baik orangnya. Nanti kalau Hani dan Azlan…”

“Ma, kenapa pulak Hani dengan Azlan tiba-tiba ni?”



Perjumpaan sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain dalam erti kata hendak menjalinkan ukhwah fillah memang manis. Mengukuhkan lagi kekuatan Islam dan membenarkan apa yang tercatat di dalam al-quran yang sesama Islam itu bersaudara. Aku suka dan sangat kagum dari hari ke hari dengan kenyataan ini. Tetapi entah kenapa, kali ni rasa gelisah bertandang kuat dalam hati aku. Pertemuan ini bukan sebarang pertemuan. Tapi pertemuan yang mahu menyatukan dua buah keluarga. Dan dua buah keluarga itu adalah keluarga aku dan Azlan.

“Azlan ni, tak lama lagi nak sambung pengajian dia kat Jordan. Jadi, kesempatan yang masih ada lagi ni, kami bercadang kita dahulukan mana yang sempat. Sekurang-kurangnya majlis pertunangan mereka kita adakan sebelum dia berangkat ke Jordan” ayah Azlan memulakan bicara. Aku sudah gelisah. Aku pandang mama. Mama tersenyum. Azlan yang turut sama hanya diam. Hey, say something la. Bukan kau dah bertunang ke? Ni mesti pandai-pandai sendiri bertunang tak bagitahu mak ayah. Apa punya perangai la.
“Baguslah macam tu, saya ikutlah mana yang dah tuan haji cadangkan. Untuk kebaikan mereka juga nanti” what? Papa? Sampai hati.

“Yelah, baguslah macam tu” bagus macam mana sangat tu pakcik? Aku sungguh tak sanggup. Berkahwin dengan Azlan? Arh, tak dapat bayangkan. Hari-hari agaknya aku sakit hati dengan kesengalan dia.
“Maaf saya nak mencelah, sebelum tu saya nak tanya, adakah tuan empunya diri bersetuju dengan rancangan ni?” tiba-tiba Azlan bersuara. Semua mata memandang Azlan sebelum pandangan beralih pada aku. Aku tergamam. Kalau ikutkan hati aku sekarang, sudah pastilah meronta-ronta tidak bersetuju. Macam mana aku nak setuju, aku tak suka Azlan. Aku tak suka dia. Tak pernah terfikir nak hidup bersama dia. Kalau Yaya tahu ni wajib kena gelak. Tapi tu tak penting. Yang penting aku tak suka dia. Nak hentak-hentak kaki rasa. Kalau nak ikutkan rasa tak mahu dalam hati ni nak je aku bangun dan cakap

‘Maaf saya tak setuju dengan rancangan ni. Anak pakcik manusia yang paling pelik yang saya pernah jumpa. Saya tak nak. Saya tak nak. Saya tak nak’

Aku pandang mama. Aku pandang papa. Kedua-duanya memandang aku dengan pandangan yang sama. Pandangan berharap. Tapi entah kenapa. Sudahnya,
“Saya ikut sahaja apa rancangan papa dan mama” what? Hani. Kau memang betul-betul takde pendirian. Mata Azlan sudah membuntang terkejut. Tak percaya. Suara papa dan ayah Azlan kembali mengambil ruang perbincangan. Ada nada gembira dan lega di situ. Yang pasti aku sendiri tidak percaya dengan keputusan aku ini. Aku cuma tidak pandai menolak. Sungguh aku tak pandai kalau melibatkan kedua orang yang aku sayang ini.

“Alhamdulillah, kalau macam tu kita tetapkan hari pertunangan mereka” suasana kembali meriah dengan suara mama, papa dan kedua orang tua Azlan. Azlan memandang aku dan cuba tersenyum nipis. Aku menjeling. Dia tersengih. See. Arghh..



Azlan memandang Hani lama. Ada riak wajah tidak puas hati pada Hani. Mesti dia naik angin meroyan sorang-sorang lepas ni. Azlan tersengih. Karmilla sudah menjeling. Ayahnya pula tanpa sebab, tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak jodohkan dia dengan Karmilla. Bukan dia tak tahu perangai Karmilla. Tak pernah pulak dia terfikir yang papa Karmilla, Dato’ Rosli sengaja mengupah dia menjadi bodyguard semasa di Terengganu dulu kerana nak dia mengenali dan melembutkan hati keras Karmilla. Apa yang dia buat sebaliknya menambahkan perasaan menyampah Karmilla dengan perangai gila-gila semula jadinya. Tapi bila mengenangkan pertemuan pertama dia dengan Karmilla di Terengganu dulu, sedikit sebanyak dia tertarik dengan karakter Karmilla yang bersahaja. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati tapi dia pasti itu adalah self defense mechanism yang ada pada Karmilla. Self defense mechanism seorang muslimah mungkin.
Di dalam bilik aku terduduk di lantai, hujung katil. Memeluk lutut. Air mata mengalir. Bodoh. Aku sedang marah dengan diri sendiri. Perlahan-lahan aku menghitung jasa, jasa papa dan mama yang harus aku balas kerana membesarkan aku. Membesarkan aku dalam rumah mewah ini. Mungkin ini sahaja jalan untuk aku terus balas jasa mereka sehingga aku sudah ada pendapatan sendiri dan keluar dari rumah ni. Bina hidup sendiri. Cari keluarga kandung aku. Senteng. Akal apa aku pakai ni? Tapi tunggu. Ni kan baru merisik. Belum bertunang lagi. Come on. Life must go on.

“Tahniah, Hani. I love to hear that you with Azlan. Aku dah agak dia suka kau masa kat Terengganu lagi” aku memandang Yaya dengan perasaan kosong.

“Merisik je belum bertunang lagi dan kau jangan buat sebarang assumption boleh tak, jiwa aku dah cukup sesak sekarang ni”

“Come on, Hani? Okey-okey. Aku tak buat assumption, jom kita bercakap pasal kenyataan. Azlan tu kau nampak macam mana? Baik kan? Macam kau cakap dulu, baik, handsome, muka suci….” Aku memandang tajam pada Yaya. Yaya angkat tangan tanda surrender.

“Baiklah,Hani. Jom kita layan perasaan kau pulak. Kalau kau tak suka dia kenapa kau setuju hari tu?”
“Sebab mama dan papa aku”

“Oh, okey dan kenapa pulak sekarang kau tak suka?” aku menjegil mata memandang Yaya. Eh, Yaya ni nak main-mainkan aku ke pulak.

“Bila bercakap pasal cinta, aku faham sangat dengan kau. Sekurang-kurangnya Azlan tu lebih baik dari dia” sambung Yaya lagi. Aku pandang ke atas. Apa pulak teori atau contoh lapuk Yaya kali ni?

“Dia?” tanya aku selamba. Walaupun aku tahu siapa yang Yaya maksudkan.

“Faiq” aku tunduk pandang lantai.



“Jangan cakap kat aku kau masih suka kat dia, masih sayang kat dia. Dah cukup 4 tahun kau jadi macam…”

“Yaya..kau jangan nak lebih-lebih”

“Okey-okey, tapi aku still nak tanya kau, kau masih tunggu Faiq lagi?” aku menghela nafas. Sesak.

“Dia cerita lama aku. Tak perlu kau nak ulang tayang balik perasaan aku kat sini”

“Maknanya kau masih suka kat dia lagi lah” separuh menjerit Yaya kali ni. Aku membulatkan mata.

“Yaya, jangan menjerit boleh tak?”



Aku berdiri di hadapan cermin, membelek-belek blouse baby pink paras lutut yang tersarung elok di tubuhku. Membetulkan rambut ikal mayang yang melepasi bahu. Menyalitkan lipstick nipis di bibir. Dengan make up simple aku rasa aku sudah cukup yakin untuk bertemu dia.
Aku keluar dari rumah, memandu kereta menuju ke rumah Julia. Malam ni party hari jadi di rumah Julia. Perasaan? Sangat teruja dapat join party hari jadi ni sebab aku tahu Faiq pasti ada. Aku tak sabar nak surprisekan Faiq. Aku tahu dia tak pernah pandang aku selama ni. Kali ni aku nak dia pandang aku sorang je. Bibir tersenyum. Sesekali aku tertawa kecil. Dah macam orang angau pulak aku rasa.

Bunyi musik yang kuat tidak aku hiraukan, mata melilau mencari Faiq. Aku berjalan di celah-celah orang ramai. Kelihatan ramai pasangan yang sedang berbual-bual sambil berbisik-bisik. Aku tidak hiraukan sehinggalah aku terus berjalan dan terlanggar seseorang. Seorang gadis yang sangat cantik dengan skirt paras lutut dan blouse hitam topless. Bersanggul cantik. Memandang aku dengan hujung mata.

“Sorry-sorry”

“Sorry?” gadis itu mencebik sambil memandang aku atas bawah.

“Honey” kedengaran suara lelaki mendekati kami. Faiq. Aku tersenyum gembira.

"Hai, Fa.." belum sempat aku menegur Faiq sudah melingkarkan tangannya ke pinggang gadis itu. Pandangannya kemudian teralih pada aku. Dia memandang aku lama. Aku sudah terkedu melihat kemesraan Faiq dengan gadis itu.

"Hani? Is that you?" tegur Faiq dengan nada terkejut. Aku memandang Faiq dengan perasaan kecewa.

"Honey what, dear?" tegur gadis itu dengan nada tidak puas hati. Kemudian Faiq tergelak kecil.

"Oh, no sayang, this friend of mine nama dia Hani" 


"But Hani, Hani datang sini dengan siapa? Boy friend ek? Tak cakap kat Faiq pun Hani dah ada boy friend?"  Faiq buat muka kecewa tapi tak lama dia tersenyum menanti jawapan aku. erk. Boy friend?

"Tak, Hani datang sorang" lidah aku kelu selepas itu. Rasa sesak dalam dada. Rasa sebak. Rasa macam orang bodoh je. Aku memandang Faiq dan kekasihnya. Sama cantik sama padan. Aku? Hakikatnya persalinan aku yang konon seksi pada mata aku dengan corak polka dot pada blouse baby pink paras lutut aku ni sebenarnya menampakkan sangat betapa out of datenya aku. Dan kaca mata berbingkai besar di atas batang hidung aku? Huh. Menampakkan betapa kolotnya fesyen aku.

"Dear, betul ke ni kawan you?"

"Yelah, nama dia Hani Karmilla. You pun boleh berkawan dengan dia. Dia baik sangat" aku tersenyum tawar mendengar pujian Faiq. Kekasih Faiq menjeling ke atas mendengar pujian Faiq.

"Heh, please lah. Kolot okay" Zap. Sentap. 

"Dear, tak baik..." belum sempat Faiq menghabiskan kata-katanya, dia sudah di tarik oleh kekasihnya meninggalkan aku. Dalam pada nak membela aku, laju jugak dia pergi. Tanpa menoleh aku sedikit pun. Dan air mata aku mengalir laju time tu jugak. 


*********************************************************************************

Aku buka lappy untuk online. Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu bilik. Heh. Mama la tu. 

"Masuk" jerit aku tanpa menoleh.

"Assalamualaikum" aku terkejut mendengar suara comel itu dan segera berpaling.

"Salsabila, sayang. Baru sekarang nampak muka. Best sangat ke duduk rumah nenek, huh?" aku sudah teruja menatap muka adik kecil aku ini.

"Assalamualaikum..." dia sudah memeluk tubuh sambil mengulang salam yang tak terjawab. Aku tersengih.

"Waalaikumussalam, sayang. Akak jawab dalam hati lah"

"Yelah tu" laju je bibir mongel itu menjawab.

"Meh sini, akak nak kiss sikit"

"Tak nak"

"Eee...sombongkan sekarang?" aku pura-pura marah sambil mencekak pinggang. Salsabila menjeling ke atas. Ish, budak kecik ni kan.

"Salsabila ada benda nak bagi akak ni" 

"Apa dia?"

Kemudian dia menghulurkan sehelai kertas yang berlipat untuk aku. Aku mengangkat kening sebelah.

"Salsabila nak bagi lukisan untuk akak lagi ke?" tanya aku sambil mengambil kertas berlipat dari tangan kenitnya.

"Nop. Abang Azlan bagi"

"Huh?" aku sudah terkejut. Takkan la surat cinta kot. Hish. Tak main lah surat-surat cinta ni. Kolot betullah mamat ni. Aku pandang Salsabila yang melilau memandang ruang bilik aku.

"Macam mana Salsabila boleh jumpa Abang Azlan ni?"

"Dia datang rumah nenek petang tadi"

"What?" aku separuh menjerit. Berani dia pergi rumah nenek. Ni mesti nak kempen raih undi ni. Hish.

"Akak, tolong jangan jerit boleh tak?" selamba dia menegur aku. Aku letak kertas berlipat dari Azlan atas meja. Malas nak layan. Kalau boleh nak aje aku buat kapal terbang dari kertas tu dan melancarkan ke tong sampah. Tapi pandangan aku sekarang lebih terarah pada Salsabila. Aku buat muka serious.

"Salsabila, sini kejap akak nak bisik sikit" dengan muka tak bersalah Salsabila mendekati aku. Muah. Satu ciuman hinggap di pipi.

"Akak!!!"

"Alah, tak luak pun. Meh nak kiss lagi"

"Tak nak!" aku sudah memeluk dan menggeleteknya. Salsabila kemudian kalah dan ketawa terkekek-kekek. 

"Dah la,akak"

"Ok, akak akan lepaskan kalau Salsabila janji satu benda dengan akak"

"Okay-okay"

"Jangan pergi rumah nenek selalu sangat boleh tak? Tinggal akak sorang-sorang je kat rumah ni. Akak sunyi bila Salsabila takdek tau" Salsabila tiba-tiba diam. Aku yang sedang memeluk Salsabila dari belakang kecilnya mengintai mukanya. Aik, senyap pulak budak kecik ni.

"Kenapa senyap?"

"Akak kan ada mama. Mama kan sayang akak" aku terkejut mendengar kata-kata dari mulut kecil itu.

"Kenapa cakap macam tu, sayang. Mama akak kan mama adik jugak? Apalah Salsabila ni" entah kenapa tiba-tiba ada suasana sayu. Dan Salsabila masih senyap. Aku bertambah hairan.

*********************************************************************************


Sekeping kertas yang di pass pada Salsabila yang aku sangka surat cinta rupa-rupanya sebaris email. Dengan pesanan di bahagian bawah.

p/s: Kalau ada apa-apa masalah berkenaan rancangan keluarga kita, boleh bincang dengan saya. Add me in your YM, kalau takdek YM sila sign up sekarang.

Huh. Ini adalah paksaan. Tak heran lah, aku memang dah sign up YM dulu-dulu lagi. Dia ingat aku ni kolot macam dia ke. Tapi bincang dalam YM? huh. Kelakar lah mamat ni. See. Kan kau dah gelabah sekarang, Azlan. Aku tahu sebenarnya kau bimbang kalau kau terpaksa putuskan pertunangan dengan awek kau, kan. Huh. Dah tahu sangat perangai lelaki ni.

Aku add Azlan sebagai friend. Dan dia terus approve. Tapi tiada sebarang tanda-tanda dia mahu berbincang. Seminit. Dua minit. Lima belas minit kemudian. Tiba-tiba.

Azlan_: Assalamualaikum

Hani_Karmilla: Waalaikumussalam

Azlan_: Kalau awak ada apa-apa masalah, awak boleh contact saya kat sini. Buzz je saya. Anytime.

Hani_Karmilla: Awak ni pakar penyelesai masalah ke?

Azlan_: Boleh jadi kalau ni masalah yang melibatkan keluarga.

Heh, tau takut. Gelabah la tu.

Hani_Karmilla: Saya tak ada apa-apa masalah. Saya ok je. Kenapa? Awak ada masalah ke pasal rancangan keluarga kita?

Azlan_: Saya risau awak meroyan sorang-sorang je.

What?? Ish. Saja nak kenakan aku ke apa. Eleh, takut aku meroyan sorang-sorang ke atau dia yang tengah meroyan. Maklumlah impian nak hidup bersama kekasih hati hampir terpadam.

Azlan_: Nanti bila kita dah bertunang dan saya dah ke Jordan, jangan pulak saya dengar berita yang ada orang nak putuskan tunang kat sini.

Hani_Karmilla: Dan jangan pulak saya dengar ada orang nak putuskan tunang kat Jordan sana tu. Yelah, mana lah tahu ada orang nak tuntut tunang or tetiba berubah fikiran kan!

Azlan_: Tuntut tunang? Maksud awak?

Erk. Eleh buat-buat tak tahu pulak. Eh, tapi yang aku ni beria sangat nak provoke dia tu apa kes? Dah buang tebiat? Apa aku nak cakap ni? Adoi. Berterus terang je lah.

Hani_Karmilla: Bukan awak cakap awak dah bertunang ke? Dan kenapa awak still setuju dengan rancangan family awak nak kita bertunang?

Azlan_: Yeke saya ada cakap macam tu? Dan kenapa pulak awak jugak setuju?

Hani_Karmilla: Biar saya berterus terang dengan awak. Saya benci dengan lelaki yang suka main-mainkan perasaan perempuan. Kalau awak betul-betul dah bertunang, jangan awak nak buat kerja gila bersetuju dengan pertunangan kita.

Azlan_: Bagus. Saya suka awak berterus terang macam tu. Tapi bukankah dalam hal ni kita sama je?

Hani_Karmilla: Sama tang mana pulak ni? Awak jangan nak buat lawak yang tak lawak langsung kat sini.

Azlan_: Bila masa saya buat lawak pulak? Awak yang buat lawak sekarang ni. Saya kan ada tanya awak setuju atau tak dengan rancangan keluarga kita dan awak terus setuju je. Awak sangat lawak. Bersetuju tapi muka dah macam kucing hilang anak.

Hani_Karmilla: Ish. Awak takkan faham. Dah saya tak nak chat dengan awak lagi.

Azlan_: Awak memang macam tu. Suka lari dari masalah. Suka lari masa perbincangan tengah sampai kemuncak.

Hani_Karmilla: Jangan nak berlagak macam awak dah kenal saya lama.

Azlan_: Walaupun tak lama saya kenal awak. Tapi saya still boleh kenal awak. Masa kita sudah berbaik di pantai beberapa bulan lepas, awak balik macam tu je walaupun mama awak pesan mintak tolong saya drive kan. Saya tunggu awak macam tunggul kayu. But it's okay, mungkin itu point pertama saya untuk kenal awak.

Erk. Dia tunggu? Yeah, aku tahu yang tu memang salah aku. Tapi aku tak minta pun dia drive kan. Aku ingat dia tak tahu langsung since mama yang suruh aku cakap kat mamat ni. Nak cakap sendiri kat dia? Memang tak lah.

Hani_Karmilla: Saya tahu yang tu salah saya. Saya minta maaf. Cuma saya harap awak boleh buat keputusan yang lebih baik.

Azlan_: Maksud awak?

Hani_Karmilla: Batalkan pertunangan kita.

Azlan_: Awak dah buat keputusan muktamad? Dah fikir masak-masak?

Hani_Karmilla: Selepas perbincangan ni, saya rasa kita memang tak serasi.

Azlan_: Sangat kelakar. Mula-mula bukan main lagi awak provoke saya cakap awak tak kisah. Sekarang awak pulak orang pertama yang mengaku kalah. Awak sangat tak tetap pendirian. Tak kuat semangat.Kena uji sikit dah kalah. Kita belum bertunang lagi tapi awak dah gagal. Fail.

Zapp. Berdarah hati aku baca statement berani mati mamat ni. Bahasa tu takde insurans langsung. Macam mana aku nak hidup dengan dia kalau dah macam ni? Huh? Sempat pulak aku fikir macam mana? Memang tak ke mana lah.

Hani_Karmilla: Awak memang sengaja nak provoke saya kan? Ya, saya tahu saya memang tak kuat. Saya mengaku. Tapi awak tak layak judge saya. Baiklah, awak memang nak saya tetap pendirian kan? Esok pagi saya akan bincang dengan mama dan papa saya untuk batalkan pertunangan kita. Dan awak tak payah nak membebel pasal pendirian saya atau apa-apa lagi pasal saya. It's over. Muktamad.

Azlan_: Heh. Baiklah. Saya suka pendirian awak tu. Dan saya jugak nak awak tahu, saya pun ada pendirian saya sendiri. Saya tetap akan teruskan pertunangan kita. By hook or by crook. Assalamualaikum.

Hani_Karmilla: Awak ni kan.

Sekali tengok dia dah sign out. Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Niat aku cuma nak provoke dia je, konon aku tahu dia akan surrender dan takkan setuju dengan rancangan pertunangan kami. Tapi last-last macam ni pulak. Niat tak menghalalkan cara, Hani.



bersambung.....