Sunday 30 December 2012

Bukan Niatku Part 4


Aku termenung di taman kecil milik mama. Termenung yang sudah entah ke berapa kali. Berfikir. Apakah jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang terbaik untuk aku? Berkahwin dengan seorang lelaki yang tak langsung aku cinta. Dan seorang lelaki yang tak juga mencintai aku. Hmm…entahlah. Mungkin sebab dia tak pernah cakap dia sukakan aku, tak cintakan aku. Sebab tu aku fikir yang dia tak mencintai aku. Dan dia pernah cakap, aku bukanlah gadis idaman dia. Menguatkan lagi rasa dalam hati yang perkahwinan ni seperti terpaksa. Aku dan dia. Terpaksa. Demi memenuhi impian dua buah keluarga. Macam mana ni? Aku memeluk lutut.

Saat ni, aku mula berangan. Kalau di takdirkan Faiq muncul secara tiba-tiba dan melamar aku. Saat tu jugak aku melompat-lompat terima pinangan dia. Wahh. Imaginasi macam nak kena makan penampar je. Hehe.

“Hani!” oh mak kau. Hampir tergolek aku dengan suara yang tiba-tiba muncul dari belakang. Aku berpaling. Mak aihhh! Hampir pengsan aku kat situ.

“F fa..fa..iq?” dia berdiri di hadapan aku sambil tersenyum manis. Haha. Aku rasa aku betul-betul tengah bermimpi ni. Better aku masuk rumah. Dah petang-petang ni memang tak bagus duduk kat luar. Aku pandang langit. Tersenyum. Hmm…betul lah, dah nak gelap. Kejap lagi dah nak maghrib. Aku terus melangkah.

“Hani! Dah tak kenal faiq lagi?” erk.. langkah aku terhenti. Aku berpaling. Betul ke ni? Aku mendengus. Segera berjalan mendekati dia. Kemudian dengan sepenuh tenaga, satu tendangan hinggap di kaki sebelah kirinya. Di tambah pula dengan satu pijakan yang maha kuat aku rasa hinggap di kaki kanannya.

“Auch, Hani. Sakit lah” erk. So, betul ke ni Faiq? Betul-betul Faiq? Dia sudah terlompat-lompat di situ.

“Hani, kenapa ni?” papa yang sedang memakirkan kereta keluar laju-laju mendapatkan kami. Tanpa aku sedar, Azlan turut keluar dari kereta papa. Mama dan bibik juga tergocoh-gocoh keluar dari pintu rumah. Aku pandang Faiq yang masih menahan kesakitan. I am sorry. Tapi, langsung tak dapat keluar walau sepatah dari mulut aku.

“Oh, Faiq. Bila sampai?” Papa yang sudah mengenali Faiq bersalaman dengannya, di ikuti Azlan. Huh, Azlan? Apa dia buat kat sini? Dan Faiq jugak, apa dia buat kat sini?

“Saya baru balik dari Dubai semalam, dan tiba-tiba teringat kat uncle dan auntie, tu yang datang sini. Tapi macam tak kena pulak datang time ni kan?” mungkin baru tersedar hari dah nak maghrib baru nak singgah rumah orang atau tersedar lepas kena sepakan dan pijakan free tadi?

“Tak pelah, mari la masuk. Boleh kita berjemaah maghrib sekali”

“Hah, elok sangat la tu, bolehlah makan malam sekali” sambut mama. Papa sudah menarik Faiq masuk ke dalam rumah. Di ikuti mama dan bibik dari belakang. Sekarang tinggal aku dan Azlan. Aku menjelingnya sebelum meninggalkan dia di luar. Azlan terkebil-kebil melihat aku pergi.

“Azlan, buat apa kat luar tu? Masuk lah” jerit papa.

Solat maghrib berjemaah yang di imamkan oleh Azlan sudah selesai. Sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Tak di nafikan, tersentuh jugak hati ni bila mendengar ayat-ayat suci yang dialukannya sebegitu merdu, erk. Ehem. Hmm…kalau ikutkan ciri-ciri yang papa nak, memang dah habis lulus ni. Tapi sekarang, aku rasa seperti sedang berada dalam twilight zone. Di hadapan aku, ada satu lagi masalah. Faiq. Kenapa dia tiba-tiba muncul pada saat-saat kritikal macam ni? Walaupun aku sempat berangan pasal dia petang tadi. Tapi tak sangka pulak dia betul-betul muncul. 

“Jadi apa cerita kamu, Faiq. Dah lama tak dengar khabar berita?” tanya papa saat kami mula duduk di meja makan. Papa yang duduk di tengah-tengah dah macam hakim pula. Bukan dia tak tahu apa yang terjadi antara aku dan Faiq. Dan Faiq yang pastinya tak pernah tahu perasaan aku selama ni pada dia.  Azlan yang duduk di sebelah Faiq berhadapan dengan Salsabila sempat lagi melayan Salsabila. Meletakkan ayam goreng kesukaan Salsabila di dalam pinggannya. Salsabila hanya tersengih-sengih sambil mengucapkan terima kasih. Amboi-amboi tinggi saham nampak.

“Saya sedang bercuti sekarang, rindu sangat kat Malaysia. Tu yang cepat-cepat balik sini” papa tergelak besar. 

“Kamu jadi project manager untuk projek kat sana kan? Baguslah muda-muda dah ada kerjaya. Sekarang QS pun dah banyak bekerja kat sana. Bangga uncle dengan anak-anak muda sekarang…” dan papa tak habis-habis dengan cerita quantity surveying nya.

“Dah banyak duit tu, patutnya dah boleh kahwin la” mama pulak menyampuk. Bab-bab kahwin ni aku sensitif sikit. Dalam masa yang sama, teringin jugak aku tahu reaksi Faiq. Dah kahwin ke belum? Dia kemudian hanya tersenyum-senyum. Sesekali matanya memandang aku. What?

“Mak pun dah bising-bising kat rumah. Jadi, saya datang ni sebenarnya ada hajat lain” erk? Takkan la kot. Aku pandang Azlan. Dia hanya tenang.

“Kalau Hani masih sudi..” wait. Kalau nak cakap pasal hal ni pun, tolonglah jangan cakap depan Azlan. Bukan aku tak tahu macam mana aku kena laser dengan dia nanti.

“Saya nak mintak mak dan ayah masuk melamar Hani. Maaf saya cakap pada masa yang tak sesuai…tapi saya betul-betul maksudkannya” aku lihat mama, papa, dan Azlan. Aku rasa macam nak tercekik je kat situ. Aku sudah terbatuk-batuk kecil. Salsabila dengan selamba menghulurkan segelas air masak kepada aku. Thanks, dik. Grr…

“Astaghfirullahalazim, uncle minta maaf sangat-sangat. Ni memang salah uncle, maaf uncle tak kenalkan yang Azlan ni sebenarnya bakal suami Hani Karmilla.Tunang Hani. Faiq lambat sikit je” saat ni entah kenapa, aku pandang Azlan. Perasaan aku pada Faiq tiba-tiba hilang bila lihat riak wajah Azlan yang tenang. Entah kenapa bukan Faiq yang aku kasihankan sekarang, tapi Azlan.  Faiq terbatuk kecil. Dia memandang Azlan.

“Oh, saya minta maaf. Saya tak tahu”

“Tak apa”


Semasa menghantar Faiq di pintu sekali lagi dia meminta maaf. Sudah berulang kali papa cakap dia tak bersalah. Sama lah seperti beberapa tahun yang lalu. Saat aku hampir hilang harga diri mengharapkan cinta seorang lelaki seperti orang bodoh dan pada hari ini aku memaafkan dia kerana pernah buat aku rasa seperti tu. Hakikatnya, dia tak salah. Cuma Allah s.w.t mahu aku jatuh cinta pada orang yang salah. Supaya aku jatuh cinta pada orang yang betul. Walaupun aku tak tahu macam mana, tapi aku rasa aku sedang menuju pada orang yang betul. Insya ALLAH.

“Saya minta maaf, Hani”

“Tak de apa yang awak perlu minta maaf. Apa yang terjadi antara kita pun, dah lama saya lupakan. Saya doakan awak dapat gadis yang lebih baik dari saya” dia hanya tertunduk kemudian kembali mengangkat muka memandang kami. Tersenyum.

“Terima kasih. Dan saya doakan kamu berdua bahagia hingga ke syurga”

“Amin. Terima kasih” entah kenapa secara spontan aku mengaminkannya. Tapi langsung aku tak berani pandang wajah Azlan. Aku tahu, sekurang-kurangnya Azlan boleh berasa lega sekarang. Ya, aku mahu dia rasa begitu.

“Hani nak minta maaf jugak pasal tadi” tiba-tiba baru aku teringat.

“Pasal td? Oh ya! Hebat jugak tendangan Hani, nasib tak patah. Haha” Aku sudah tersengih rasa bersalah. Tapi aku sempat lihat, ada riak wajah kesal pada Faiq. Maafkan Hani, kalau Faiq hadir lebih dulu daripada Azlan, mungkin Hani masih boleh terima walaupun Faiq dah lukakan hati Hani, buat Hani tertunggu-tunggu. Sebab dulu, Hani hanya kenal Faiq je. Faiq yang membahagiakan. Faiq yang selalu buat Hani gembira walaupun akhirnya Faiq pergi dengan orang lain. 

“It’s okay,salah Faiq jugak sebab masuk tak bagi salam tadi” eh, tau tak pe. Azlan masih dengan riak wajah tenangnya. Hello, Azlan. At least, gelak la sikit. Atau buat muka menyampah awak, atau buat muka macam awak nak minta putus sebab baru tahu tunang awak ni brutal sebenarnya. Aku ni dah kenapa? Minta sangat macam tu. Hmm…sebenarnya, aku teringin nak tengok dia cemburu. Nak tengok sangat-sangat. Huh!

“Oh, ya. Kereta Azlan tadi dah hantar ke bengkel. Nanti uncle minta Pak cik Zain hantarkan Azlan balik”

“Tak pelah, uncle. Azlan naik teksi sajalah. Lagipun dah lewat ni. Kasihan pulak pak cik Zain nak hantar time-time macam ni”

“Eh, kalau macam tu, tumpang saya saja lah. Azlan nak balik mana?”

“Eh, tak apalah. Menyusahkan pulak. Rumah saya di Subang”

“La, dalam perjalanan saya dah tu, boleh la tumpang sekali”

“Err”

“Jangan risau. Kita dah macam satu family dah kan? Faiq ni pakcik dah anggap macam anak sendiri sejak dulu lagi. Jadi Azlan dengan Faiq pun pakcik dah anggap macam keluarga sendiri. Tak payah segan-segan dengan Faiq” Papa ni. Agak-agak lah. Dorang ni kan dah macam rivals. Ceh. Ada hati pulak aku ni, konon-konon nak dorang berebut aku la kan. Astaghfirullahalazim…niat dah terpesong tu.


“Erm, baiklah”

*********************************************************************************

Aku bukak laptop dan sign in yahoo messenger. Aku rasa aku macam kena cakap something pada Azlan sejak pertemuan kami tadi. Tapi sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku tengok senarai friend di YM. Azlan tak online pun walaupun aku kira sudah 2 jam dan sepatutnya dia sudah sampai di rumah. Ah, aku pun satu, takkan lah dia nak terus online. Mestilah nak bersihkan diri, solat dulu. Aku biarkan YM aku terus online. Aku masih menunggu dia. Tapi sampai aku tertidur pun takde nampak tanda-tanda dia online. Jam pun dah pukul 3 pagi. Last-last aku off je laptop dan terus tidur.

Dua hari kemudian, sedang aku menyiapkan tugasan di pejabat. Azlan hantar chat di YM aku. Baru perasan yang aku punya automatik online. Ni mesti gara-gara aku lupa nak sign out semalam. Dah la komputer kat ofis, naya je kalau kena hack.

Azlan_: Assalamualaikum. Dah buat apa-apa preparation? Dah sampai mana?

Hani_Karmilla: Untuk?

Azlan_: Kahwin.

Hani_Karmilla: Hmm, mama tengah siapkan. Saya buzy sekarang.

Azlan_: Awak betul-betul dah bersedia nak kahwin dengan saya?

Azlan ni dah kenapa? Tiba-tiba pulak lain macam je?

Hani_Karmilla: Awak ada masalah ke? Atau awak tiba-tiba berubah fikiran?

Azlan_: Saya rasa selama ni saya terlalu memaksa awak. Sekarang saya bagi awak masa untuk buat pilihan lagi.

Ya Allah, apa kena dengan Azlan ni? Ni mesti kes Faiq hari tu? Atau? Faiq ada cakap apa-apa tak masa dorang balik sama-sama hari tu?

Hani_Karmilla: Faiq ada cakap apa-apa ke dengan awak hari tu?

Azlan_: Dia tak cakap apa-apa. Cuma saya tau selama ni awak tunggu dia kan?

Hani_Karmilla: Saya tunggu dia atau tak. Tu cerita lama saya. Sekarang awak dah tahu kan pilihan saya?

Azlan_: Saya masih nak bagi awak pilihan.

Hani_Karmilla: Awak ni dah gila.

Azlan_: Saya tengah bagi awak pilihan.

Hani_Karmilla: Saya benci awak. Saya tahu ni alasan awak je kan? Saya tau saya bukan gadis idaman awak. Sebab tu suka-suka hati awak buat saya macam ni. Saya tak kisah awak nak buat saya macam ni, tapi fikir pasal perasaan parents kita. Kalau awak betul-betul tak nak, pulangkan dengan cara yang baik. Jangan nak cari alasan macam ni.

Send. Terus aku sign out. Geram. Sedih. Entah kenapa aku betul-betul sensitif kali ni. Bukan aku harus happy ke? Aku ada peluang kembali pada Faiq. Terima pinangan dia. Tapi bukan ni yang aku nak.

“Hani, Encik Rahman dah datang?” aku terpinga-pinga dengan kemunculan Jenny  dipintu bilik aku. Melihat aku yang sedang kebingungan, Jenny menerangkan pada aku.

“Well, untuk projek bangunan commercial kat Shah Alam” oh. Aku hampir terlupa gara-gara Azlan. Aku segera menyusun dokumen-dokumen penting untuk di bawa masuk ke bilik mesyuarat.

“Hai, Hani. Tengah pening fikir pasal nak kahwin ke? Apa susah, mama you kan tengah handle your preparation sekarang ni”

“Memang la tak susah. Tapi lagi susah kalau tiba-tiba pengantin lari” erk. Jenny sudah berkerut dahi. Okay, aku tahu aku sudah merepek.

“Pengantin lari pulak? Siapa yang lari? You nak lari ke tunang you yang nak lari?” aik, Jenny ni, macam tau-tau je? Semacam je tanya.

“Dah la, Jenny. Mungkin I terlalu penat tu yang merepek tak tentu pasal”

“Huu, bertuah you Hani. Tak lama lagi dah nak kahwin. I jugak yang tak kahwin-kahwin” aku angkat kening sebelah mendengar rintihan Jenny.

“Ala, ada la tu Jenny. Lambat atau cepat je. Berdoa la banyak-banyak” hmm…see Hani. Aku patut bersyukur dari awal lagi, at least jodoh aku sampai cepat. Suka tak suka, Azlan lah yang akan jadi teman seumur hidup aku nanti. Tapi masalah dah timbul antara aku dan Azlan sekarang. Macam mana kalau dia betul-betul lari pada saat-saat akhir. Cuba bayangkan bila hari perkahwinan tiba, majlis tiba-tiba jadi bualan mulut orang sebab pengantin lelaki tak muncul-muncul. Dan aku di atas pelamin hanya mampu terduduk lesu. Arghh…

“Hani, are you, okay?” erk? Alamak, aku ni terlalu mengikut perasaan pulak. Tak sedar Jenny masih di hadapan aku.

“Oh, I am okay. Jom pergi meeting”


Habis sahaja mesyuarat dengan kontraktor untuk projek bangunan komersial di Shah Alam tadi, aku terus menuju ke bilik aku. Hati masih tidak tenang mengingatkan kata-kata Azlan tadi. Dalam mesyuarat tadi pun, aku tidak menumpukan sepenuh perhatian dengan pembentangan dari kontraktor, lebih banyak Jenny yang menjawab sebarang pertanyaan dari pihak sana. Untuk pertama kalinya, aku jadi begitu terganggu. Memikirkan Azlan, memikirkan nasib keluarga kami. Ya, aku lebih pentingkan perasaan keluarga sekarang. Perasaan aku pada Azlan? Entah. Masih samar-samar. Mungkin.

‘Assalamualaikum, Karmilla. Ada apa call ni?’ aku tahu aku sedang cuba merendahkan ego aku sekarang. Perigi cari timba or what so ever rhymes pun aku dah tak kisah. Aku cuma fikirkan papa dan mama je sekarang dan juga the whole family.

‘Waalaikumussalam, Azlan. Saya nak bincang pasal hal yang awak cakap pagi tadi’

‘So, awak dah ada jawapan untuk soalan saya?’

‘Saya tak tahu apa yang awak fikir sekarang. Kalau ada salah saya, saya minta maaf. Kalau awak nak cakap saya perempuan tak tahu malu sekalipun, saya tak kisah. Tapi saya harap awak masih boleh consider perasaan keluarga kita. Apa akan jadi kalau awak tiba-tiba nak putuskan hubungan ni pada saat-saat akhir? Awak ada fikirkan tak tu semua?’ kedengaran suara mendengus di sebelah sana.

‘Saya rasa awak terlalu banyak berfikir. Soalan saya cuma satu, siapa pilihan awak?’ terlalu banyak berfikir? Siapa yang terlalu banyak berfikir?

‘Karmilla? Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?’

‘Huh?’ entah, aku memang sedang keliru. Aku cuma risau majlis ni di batalkan.

‘Kita bincang balik bila awak dah betul-betul okay’

‘Saya harap awak boleh fikirkan balik keputusan awak’

‘Karmilla, saya minta maaf kalau saya buat awak stress, saya cuma nak awak fikir betul-betul, mungkin orang tu bukan saya. Saya bagi peluang pada Faiq dan awak sama rata. Sebab saya mula sedar, selama ni pasti ada sebab kenapa awak selalu menolak saya. Saya sedang mengambil kira keputusan awak sekali lagi’
Aku hampir pitam mendengar kata-kata Azlan. Kata-kata yang aku rasa bukan dari Azlan. Bukan dia yang dulu. Azlan yang tak pernah kenal erti putus asa walaupun terpaksa menyakitkan hati aku. Dan dia sedang memberi peluang pada saat-saat akhir macam ni?

‘Azlan, awak tak nampak ke saya dah buat pilihan? Kenapa mesti awak nak tanya lagi? Tak cukup lagi ke penerimaan keluarga saya pada awak? Sampai awak ragu-ragu pada keputusan yang sedang di redhai oleh semua? Atau awak memang nak kembali pada tunang awak dulu? Sebab tu, awak sengaja cipta alasan yang sama macam ni kan?’ tiba-tiba aku teringat tentang tunang yang dia pernah sebut semasa kami di Terengganu dulu. Sampai sekarang aku masih belum berpuas hati dengan penerangan dia. Aku masih rasa dia juga sedang menyimpan sesuatu.

‘Tunang saya dulu? Heh, apa yang awak cakap ni?’ tak faham ke berpura-pura tak faham?

‘Baiklah. Sudah. Awak juga nak keadilan yang sama rata jugak kan? Ok, fine. Sekarang kita ada masa 2 minggu lagi, saya bagi kita masa satu minggu. Awak juga tentukan pilihan awak, saya atau bekas tunang awak, atau tunang awak, atau kekasih awak atau what ever lah. Dan saya juga akan buat pilihan yang sama. Akhir keputusannya nanti, terpulanglah. Menyebelahi nasib keluarga atau kita’ akhirnya, aku turut sama terjebak dalam ‘sistem keadilan’ yang entah apa-apa ni. Aku turut sama melayan kehendak Azlan yang arghh…stress! Tapi di hujung talian yang aku dengar,

‘Haha’ dia gelak? What? Dia gelak? Hey, aku tak buat cerita lawak lah.

‘Eh, apa pasal awak gelak? Saya serious tau tak? Kenapa? Awak fikir awak dah menang macam ni?’

‘Karmilla, kenapa awak selalu fikir yang kita ni tengah berlumba? Ada menang, ada kalah. Kenapa awak selalu fikir perkahwinan kita ni macam satu taruhan, ada masa saya menang, ada masa awak nak menang’ bicara dia lembut. Menuturkan sebuah pertanyaan yang membuatkan aku mula tersedar. Kenapa?
‘Sebab saya tak percayakan awak’ dan ayat itu meluncur laju tanpa sedar.

‘Oh, bahagian mana yang awak tak percaya tentang saya?’ mungkin Azlan turut tersedar kesilapannya.

‘Semua. Semua tentang awak. Tak ada satu pun saya percaya’ dengan yakin kali ni, aku membalas. Kami kemudian terdiam.





bersambung.....

Bukan Niatku Part 3

Akhirnya termeterai pertunangan antara aku, Hani Karmilla dan dia, Azlan Muhammad. Tanpa rela. Ya. Nampaknya aku kalah dalam permainan ni. Padan muka aku.

"Hani, tahniah!! I pray for you both. Happy ending" entah apa-apa Yaya ni. Happy ending? Siapa cakap ni happy ending. Segalanya baru nak bermula okay. Dan. Huh. Menyesal kemudian tiada berguna. Sanggup ke aku buat perangai dengan tiba-tiba mintak putus.

On YM.

Azlan_: Maaf. Saya dah menang. Tapi ini bukan permainan. Walaupun awak mungkin anggap ni macam permainan. Tapi tidak bagi saya. Saya benar-benar serious.

Hani_Karmilla: Terpulanglah. Awak dah menang. Permainan atau tak, saya tak peduli. Yang saya tahu awak akan menyesal pilih saya.

Azlan_: Kenapa?

Hani_Karmilla: Sebab saya bukan semuslimah yang awak impikan jika itu yang awak fikir. Jangan ingat saya pakai tudung labuh, saya boleh jadi gadis idaman awak dan menjadi muslimah yang sempurna pada mata awak.

Azlan_: Sejujurnya. Awak bukanlah gadis idaman saya. Manusia itu tiada yang sempurna. Bertudung labuh adalah cara awak mewarnai diri awak kerana mahu dapatkan keredhaan dari NYA. Alhamdulillah. Saya tak mintak awak jadi sempurna pada mata saya. Berusaha menjadi terbaik di mata Allah s.w.t itu lebih baik.

Aku terpana. Untuk kali pertamanya, kata-kata dia berbekas pada hati aku.

Hani_Karmilla: Redha Allah?

Azlan_: Ya. Redha Allah itu lebih baik. Buatlah apa sahaja. Usahalah apa sahaja. Baikilah apa sahaja. Asalkan ianya dalam lingkungan keredhaan Allah s.w.t.

Aku terdiam. Tiada rasa mahu membalas lagi.



*********************************************************************************

Mama menangis tiba-tiba. Aku terkejut mendengar khabar yang baru aku dengar. Rasa seperti denyutan jantung yang selama ni berdetik normal terhenti tiba-tiba. Di ruang tamu sekarang ada nenek, papa, mama, Along dan Salsabila. Aku lihat wajah kecil itu. Tenang. Saat semua mula bersedih.

"Bukan mama tak sayang Salsabila. Bukan mama tak sayang" Aku juga sudah teresak-esak.

Salsabila tunduk memandang lantai.


Aku sudah tidak keruan. Ingin rasanya aku dakap tubuh kecil Salsabila. Melihatkan Salsabila sudah menjeling aku dari jauh, dan melihat ketenangan wajahnya buat aku rasa mahu pengsan kesedihan. Ya Allah, tabahnya kau, adik. Kau lagi tabah dari kakak kau ni.

"Walau apa pun, Salsabila tetap anak mama dan papa. Salsabila tak boleh pergi ikut keluarga kandung dia. Tak boleh. Mama tak izinkan" Rupa-rupanya selama ini aku salah faham. Bukan aku anak angkat mama dan papa. Tapi Salsabila. Salsabila yang manis. Salsabila yang sangat bersahaja. Salsabila yang selalu cuba untuk menjauhkan diri dari aku. Salsabila yang sentiasa tenang. Entah macam mana lagi aku nak gambarkan pasal Salsabila. Dia bagi aku adik yang sangat menyenangkan. Tetapi di sebalik tenangnya dia. Ada duka yang terpendam. 

"Mak saudara Salsabila nak ambik balik Salsabila tinggal dengan mereka. Salsabila nak ke ikut mereka?" tanya nenek dengan lembut pada Salsabila. Salsabila tertunduk diam. Pandangannya kemudian beralih pada aku. Aku perlahan-lahan menggeleng-gelengkan kepala. Mama masih menangis teresak-esak. Papa hanya tenang.

"Mama yang besarkan Salsabila dari kecil lagi. Sampai hati mereka nak ambik Salsabila dari mama? Memang salah mama kalau mama kurang bagi perhatian pada Salsabila, tapi bukan bermakna mama tak sayangkan Salsabila. Mama sayang sangat-sangat. Jangan tinggalkan mama, Salsabila" Salsabila mungkin anak yatim piatu, tapi bagi aku dia bukan lagi yatim piatu sejak dia tinggal dengan kami. Dia adalah adik yang di kurniakan oleh Allah swt sama macam aku, along dan angah lahir dalam rumah ini, di besarkan dalam rumah ini. Jadi tiada istilah yatim piatu yang boleh membezakan kasih sayang kami.


"Papa bukan tak sayangkan Salsabila, papa pun sayangkan Salsabila sama macam papa sayangkan Along, Angah dan Achik, tapi Salima, biarlah Salsabila buat keputusan sendiri. Bagi peluang pada Salsabila. Keluarga di sana adalah keluarga kandung Salsabila. Kat sana ada kenangan Salsabila dengan arwah ibu bapanya, kita tak boleh pisahkan mereka macam tu saja" papa mula bersuara. Salsabila tertunduk lagi. Kali ni aku nampak bahunya mula terhinjut-hinjut. Nampak sahaja itu, aku terus meluru memeluk Salsabila. 

"Salsabila nak tinggal kat sini dengan mama, papa, kak Hani, nenek, along. Salsabila...Salsabila sayang mama, papa, kak Hani, nenek, along. Salsabila tak nak ikut mak teh.." satu-satu Salsabila menyebut dalam tangisnya. Mama turut meluru memeluk Salsabila. Aku dan mama mengelap air mata Salsabila. Nenek mula mengesat air matanya yang turut mengalir laju. Papa menarik nafas lega tanda kesyukuran.


********************************************************************************


Salsabila baring di katil aku. Sedang tenggelam dengan bed time story nya. Tapi tak langsung nampak tanda-tanda mahu tidur. Aku duduk di sebelahnya sambil meriba laptop. Aku pandang Salsabila dengan penuh kasih sayang. Aku kucup dahinya. Dan dia masih senyap.

“Dah tidur ke?”

Senyap.
Aku intai mukanya. Masih lagi khusyuk membaca rupanya. Betul ke?

“Bella…”

Panggil aku perlahan.

“Hmm..”

“I love you”

“Dah seratus kali akak cakap hari ni” selamba tanpa memandang aku dia membalas. Aku tergelak kecil.

“Bella okay?” 

Entah soalan yang macam mana aku harus tanya. Sejujurnya, selepas rahsia sebenar tentang Salsabila terbongkar, dia tak pernah tunjukkan kesedihannya sebelum ni, dia menangis pun sekejap je. Itupun selepas dia melihat aku dan mama yang teruk menangis. Aku pulak yang over selepas tu, menangis tak henti-henti. Hmm, bila rahsia ni terbongkar, baru lah aku sedar yang aku lebih rela menjadi anak angkat keluarga ini dari biarkan Salsabila yang masih kecil menanggungnya. Baru aku sedar tindakan aku selama ni, yang lari dari kenyataan sebenarnya tindakan yang lebih dari budak sekolah tadika. Aku mengalihkan laptop aku ke meja kecil di tepi katil. Berbaring di sebelah Salsabila sambil memeluknya. Dia hanya diam.

“I love you, but I am wondering” sekali lagi aku mengucapkannya.

“Hmm?” Salsabila memandang aku hairan.

“Did you love me?” Salsabila terdiam. Hmm?

“I love you” perlahan-lahan keluar dari mulut kecilnya.

“Apa?”

“I love you” dan sekali lagi perlahan.

“Akak tak dengar” aku berpura-pura lagi. Seronok pulak dengar perkataan tu bila Salsabila sudah boleh di ajak bermesra. Selalu ada sahaja alasan dia nak menjauhkan diri dari aku. Aku pun tak tahu kenapa dia begitu selama ni, mungkin di sebabkan aku selalu jauh dari dia. Hanya sejak aku duduk di rumah barulah aku ada masa nak rapat dengan dia, tu pun dia selalu menghabiskan masa di rumah nenek.


“Eee…akak ni. Dengar betul-betul. I LOVE YOU” so sweet. Sweet hingga menghiris hati aku. Tanpa sedar air mata aku menitis lagi. Aku peluk dia erat-erat.

“Akak, boleh tak tolong jangan jadi macam budak kecik lagi” Haip. Aku sudah tergelak kecil mendengar ayat sangat matang dia. Salsabila. How I wish to be like you.

“Lepas ni, akak nak Bella tinggal dengan akak je. Jangan pergi mana-mana lagi. Stay dengan akak je sampai bila-bila, boleh?” 

Yeah, aku rasa aku tak boleh berpisah dengan Salsabila lagi. Entah kenapa, aku sudah dapat rasa Salsabila adalah sebahagian dari diri aku. Mungkin sebab aku pernah rasa apa yang dia rasa sebelum ni. Tapi kekuatan kami dengan cara yang berbeza. Dia sangat kuat. Tapi aku? Jauh.

“Akak kan dah nak kahwin?” Gulp. Kenapalah Salsabila mengingatkan aku pasal benda ni? Aku langsung tak teringat pasal masalah lagi satu ni. Huh!

“Mana ada. Kami baru bertunang. Mana tau akak tak jadi kahwin?” Entah apa-apa aku merepek depan budak kecik ni. Yang nyatanya, aku sedang tidak mahu berpijak pada tanah, pada kenyataan. Masih mahu mencipta angan-angan bak gula-gula kapas seperti anak-anak kecil.

“Abang Azlan tak suka akak ek?” huh? How could you tanya soalan macam tu kat akak, Salsabila?

“Tak lah” dengan yakin pulak tu aku menjawab.

“Habis tu? Akak tak nak kahwin dengan abang Azlan?” banyak pulak mulut budak kecik ni malam ni.

“Hurm…akak cuma nak Salsabila je. Akak tak nak orang lain” Salsabila dah mencebik. Aku mengangkat kepala mengintai duck face nya.

“Kenapa?” tanya aku.

“Akak nak tinggal sorang-sorang je ke? Nanti semua orang dah kahwin tinggal akak sorang tak kahwin-kahwin” Wohaa. Pedas berapi pulak mulut dia.

“Haip. Kenapa cakap macam tu? Siapa ajar?”

“Nenek cakap. Kalau kakak tak nak kahwin dengan abang Azlan dengan siapa lagi. Nanti tinggal akak sorang je tak kahwin-kahwin, jadi anak dara tua” Hemoh, hemoh, hemoh…ini sudah lebih.

“Oo..pandai ek korang mengata akak, nak kena geletek la ni kan?” tanpa menunggu Salsabila membuat penjelasan aku terus menggeleteknya. Terjerit-jerit dia sambil gelak.

“Dah la, kak. Dah la, kak. Geli la!!!”

“Akak!!!” bergempita bilik aku dengan jeritan Salsabila.

“Okey-okey. Dah. Diam”


“Akak ni..benci lah” marah dia kepada aku. Terus aku memeluknya.

“Okey, kita tidur, ok” aku membetulkan comforter di dadanya. Mengalihkan buku bedtime storynya. Menutup lampu tidur.

“Akak..” Dalam gelap Salsabila memanggil aku.

“Hmm…?”

“I love you” aku sudah tersenyum.

“Akak…”

“Hmm…”

“Abang Azlan pesan…”

“Erk?” pesan? Gulp.

“Sebelum tidur baca doa” Ceh. Ingatkan pesan apa la tadi.

“Ok, jom kita baca doa”




bersambung......


Sunday 25 November 2012

Bukan Niatku Part 2


2 ½ bulan sudah berlalu. Thesis sudah di hantar. Final exam sudah lepas. Yang pastinya aku telah merdeka. Kadang-kadang rasa rindu pada zaman belajar tetap muncul. Rindu pada Yaya, Yana, Ain dan rakan-rakan kelas yang lain. Ingat masa susah dan senang bersama-sama. Dan aku, beberapa bulan yang lalu bermati-matian tidak mahu meneruskan bidang quantity surveying ni, last-last aku muncul jugak kat office papa. Dan papa lah orang pertama yang paling gembira sekali melihat aku di situ. Melihat itu, aku tidak sampai hati.

Kerja aku menyiapkan taking off, BQ dan tender document. Banyak projek yang masuk membuatkan aku juga turut sama seperti staff-staff papa yang lain. Sama-sama stay back kat office sampai pukul 2, 3 pagi. Walaupun aku anak bos, tapi bukan cara aku nak cuci tangan balik time office hour macam tu je. Kalau boleh aku jugak mahu merasa bekerja keras. Kerja keras yang membolehkan aku rasa berbaloi dengan usaha aku untuk dapat gaji yang beribu-riban. Sebab aku sudah ada perancangan lain di dalam minda.

Hari minggu, merupakan hari yang paling aku suka. Dapat bersama-sama dengan mama. Masak sama-sama, kemas rumah sama-sama. Mama pun gembira sangat sejak aku ada banyak masa dekat rumah. Melihat mama gembira aku pun turut gembira.
“Hani, kalau Hani dah kahwin nanti,sunyilah mama kat rumah ni nanti” tiba-tiba mama cakap pasal kahwin. Aku pandang mama pelik.


“Mama ni, tiba-tiba pulak. Hani tak nak kahwinlah”

“Ish, mana boleh macam tu. Takkan lah nak duduk bawak ketiak mama 24 jam je” aku mencebik manja mendengar kata-kata mama.

“Mana ada duduk bawah ketiak mama 24 jam, Hani nak duduk kat belakang mama je, nak peluk macam ni” dan aku terus memeluk mama dari belakang. Mama tersenyum.

“Sama la tu” aku terdiam. Masih terus memeluk mama dari belakang. Rasa sangat selesa. Rasa ingin begitu lebih lama.

“Hani…” panggil mama.

“Hmm..?” masih terus di buai keasyikan memeluk mama sambil memejam mata.

“Lama mama tak jumpa Azlan” shrettt…seakan bunyi cd tersekat. Azlan? Aku perlahan-lahan melepaskan pelukan. Memandang mama dengan hairan.

“Kenapa tiba-tiba mama sebut pasal Azlan ni?” yelah, jangan mama cakap nak Azlan jadi menantu dia sudah. Teka aku. Manalah tahu, mama bukan boleh kira kadang-kadang. Dah la mamat tu dah bertunang. Dan aku? Huh…memang takkan la nak teringin bersuamikan dia.

“Hari ni dia dan family dia nak datang melawat” huh?

“Oh, melawat. Sebab tu lah mama beria nak masak sungguh-sungguh ni?”

“Yelah, Hani patut kenal dengan family Azlan sekali. Mereka tu baik orangnya. Nanti kalau Hani dan Azlan…”

“Ma, kenapa pulak Hani dengan Azlan tiba-tiba ni?”



Perjumpaan sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain dalam erti kata hendak menjalinkan ukhwah fillah memang manis. Mengukuhkan lagi kekuatan Islam dan membenarkan apa yang tercatat di dalam al-quran yang sesama Islam itu bersaudara. Aku suka dan sangat kagum dari hari ke hari dengan kenyataan ini. Tetapi entah kenapa, kali ni rasa gelisah bertandang kuat dalam hati aku. Pertemuan ini bukan sebarang pertemuan. Tapi pertemuan yang mahu menyatukan dua buah keluarga. Dan dua buah keluarga itu adalah keluarga aku dan Azlan.

“Azlan ni, tak lama lagi nak sambung pengajian dia kat Jordan. Jadi, kesempatan yang masih ada lagi ni, kami bercadang kita dahulukan mana yang sempat. Sekurang-kurangnya majlis pertunangan mereka kita adakan sebelum dia berangkat ke Jordan” ayah Azlan memulakan bicara. Aku sudah gelisah. Aku pandang mama. Mama tersenyum. Azlan yang turut sama hanya diam. Hey, say something la. Bukan kau dah bertunang ke? Ni mesti pandai-pandai sendiri bertunang tak bagitahu mak ayah. Apa punya perangai la.
“Baguslah macam tu, saya ikutlah mana yang dah tuan haji cadangkan. Untuk kebaikan mereka juga nanti” what? Papa? Sampai hati.

“Yelah, baguslah macam tu” bagus macam mana sangat tu pakcik? Aku sungguh tak sanggup. Berkahwin dengan Azlan? Arh, tak dapat bayangkan. Hari-hari agaknya aku sakit hati dengan kesengalan dia.
“Maaf saya nak mencelah, sebelum tu saya nak tanya, adakah tuan empunya diri bersetuju dengan rancangan ni?” tiba-tiba Azlan bersuara. Semua mata memandang Azlan sebelum pandangan beralih pada aku. Aku tergamam. Kalau ikutkan hati aku sekarang, sudah pastilah meronta-ronta tidak bersetuju. Macam mana aku nak setuju, aku tak suka Azlan. Aku tak suka dia. Tak pernah terfikir nak hidup bersama dia. Kalau Yaya tahu ni wajib kena gelak. Tapi tu tak penting. Yang penting aku tak suka dia. Nak hentak-hentak kaki rasa. Kalau nak ikutkan rasa tak mahu dalam hati ni nak je aku bangun dan cakap

‘Maaf saya tak setuju dengan rancangan ni. Anak pakcik manusia yang paling pelik yang saya pernah jumpa. Saya tak nak. Saya tak nak. Saya tak nak’

Aku pandang mama. Aku pandang papa. Kedua-duanya memandang aku dengan pandangan yang sama. Pandangan berharap. Tapi entah kenapa. Sudahnya,
“Saya ikut sahaja apa rancangan papa dan mama” what? Hani. Kau memang betul-betul takde pendirian. Mata Azlan sudah membuntang terkejut. Tak percaya. Suara papa dan ayah Azlan kembali mengambil ruang perbincangan. Ada nada gembira dan lega di situ. Yang pasti aku sendiri tidak percaya dengan keputusan aku ini. Aku cuma tidak pandai menolak. Sungguh aku tak pandai kalau melibatkan kedua orang yang aku sayang ini.

“Alhamdulillah, kalau macam tu kita tetapkan hari pertunangan mereka” suasana kembali meriah dengan suara mama, papa dan kedua orang tua Azlan. Azlan memandang aku dan cuba tersenyum nipis. Aku menjeling. Dia tersengih. See. Arghh..



Azlan memandang Hani lama. Ada riak wajah tidak puas hati pada Hani. Mesti dia naik angin meroyan sorang-sorang lepas ni. Azlan tersengih. Karmilla sudah menjeling. Ayahnya pula tanpa sebab, tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak jodohkan dia dengan Karmilla. Bukan dia tak tahu perangai Karmilla. Tak pernah pulak dia terfikir yang papa Karmilla, Dato’ Rosli sengaja mengupah dia menjadi bodyguard semasa di Terengganu dulu kerana nak dia mengenali dan melembutkan hati keras Karmilla. Apa yang dia buat sebaliknya menambahkan perasaan menyampah Karmilla dengan perangai gila-gila semula jadinya. Tapi bila mengenangkan pertemuan pertama dia dengan Karmilla di Terengganu dulu, sedikit sebanyak dia tertarik dengan karakter Karmilla yang bersahaja. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati tapi dia pasti itu adalah self defense mechanism yang ada pada Karmilla. Self defense mechanism seorang muslimah mungkin.
Di dalam bilik aku terduduk di lantai, hujung katil. Memeluk lutut. Air mata mengalir. Bodoh. Aku sedang marah dengan diri sendiri. Perlahan-lahan aku menghitung jasa, jasa papa dan mama yang harus aku balas kerana membesarkan aku. Membesarkan aku dalam rumah mewah ini. Mungkin ini sahaja jalan untuk aku terus balas jasa mereka sehingga aku sudah ada pendapatan sendiri dan keluar dari rumah ni. Bina hidup sendiri. Cari keluarga kandung aku. Senteng. Akal apa aku pakai ni? Tapi tunggu. Ni kan baru merisik. Belum bertunang lagi. Come on. Life must go on.

“Tahniah, Hani. I love to hear that you with Azlan. Aku dah agak dia suka kau masa kat Terengganu lagi” aku memandang Yaya dengan perasaan kosong.

“Merisik je belum bertunang lagi dan kau jangan buat sebarang assumption boleh tak, jiwa aku dah cukup sesak sekarang ni”

“Come on, Hani? Okey-okey. Aku tak buat assumption, jom kita bercakap pasal kenyataan. Azlan tu kau nampak macam mana? Baik kan? Macam kau cakap dulu, baik, handsome, muka suci….” Aku memandang tajam pada Yaya. Yaya angkat tangan tanda surrender.

“Baiklah,Hani. Jom kita layan perasaan kau pulak. Kalau kau tak suka dia kenapa kau setuju hari tu?”
“Sebab mama dan papa aku”

“Oh, okey dan kenapa pulak sekarang kau tak suka?” aku menjegil mata memandang Yaya. Eh, Yaya ni nak main-mainkan aku ke pulak.

“Bila bercakap pasal cinta, aku faham sangat dengan kau. Sekurang-kurangnya Azlan tu lebih baik dari dia” sambung Yaya lagi. Aku pandang ke atas. Apa pulak teori atau contoh lapuk Yaya kali ni?

“Dia?” tanya aku selamba. Walaupun aku tahu siapa yang Yaya maksudkan.

“Faiq” aku tunduk pandang lantai.



“Jangan cakap kat aku kau masih suka kat dia, masih sayang kat dia. Dah cukup 4 tahun kau jadi macam…”

“Yaya..kau jangan nak lebih-lebih”

“Okey-okey, tapi aku still nak tanya kau, kau masih tunggu Faiq lagi?” aku menghela nafas. Sesak.

“Dia cerita lama aku. Tak perlu kau nak ulang tayang balik perasaan aku kat sini”

“Maknanya kau masih suka kat dia lagi lah” separuh menjerit Yaya kali ni. Aku membulatkan mata.

“Yaya, jangan menjerit boleh tak?”



Aku berdiri di hadapan cermin, membelek-belek blouse baby pink paras lutut yang tersarung elok di tubuhku. Membetulkan rambut ikal mayang yang melepasi bahu. Menyalitkan lipstick nipis di bibir. Dengan make up simple aku rasa aku sudah cukup yakin untuk bertemu dia.
Aku keluar dari rumah, memandu kereta menuju ke rumah Julia. Malam ni party hari jadi di rumah Julia. Perasaan? Sangat teruja dapat join party hari jadi ni sebab aku tahu Faiq pasti ada. Aku tak sabar nak surprisekan Faiq. Aku tahu dia tak pernah pandang aku selama ni. Kali ni aku nak dia pandang aku sorang je. Bibir tersenyum. Sesekali aku tertawa kecil. Dah macam orang angau pulak aku rasa.

Bunyi musik yang kuat tidak aku hiraukan, mata melilau mencari Faiq. Aku berjalan di celah-celah orang ramai. Kelihatan ramai pasangan yang sedang berbual-bual sambil berbisik-bisik. Aku tidak hiraukan sehinggalah aku terus berjalan dan terlanggar seseorang. Seorang gadis yang sangat cantik dengan skirt paras lutut dan blouse hitam topless. Bersanggul cantik. Memandang aku dengan hujung mata.

“Sorry-sorry”

“Sorry?” gadis itu mencebik sambil memandang aku atas bawah.

“Honey” kedengaran suara lelaki mendekati kami. Faiq. Aku tersenyum gembira.

"Hai, Fa.." belum sempat aku menegur Faiq sudah melingkarkan tangannya ke pinggang gadis itu. Pandangannya kemudian teralih pada aku. Dia memandang aku lama. Aku sudah terkedu melihat kemesraan Faiq dengan gadis itu.

"Hani? Is that you?" tegur Faiq dengan nada terkejut. Aku memandang Faiq dengan perasaan kecewa.

"Honey what, dear?" tegur gadis itu dengan nada tidak puas hati. Kemudian Faiq tergelak kecil.

"Oh, no sayang, this friend of mine nama dia Hani" 


"But Hani, Hani datang sini dengan siapa? Boy friend ek? Tak cakap kat Faiq pun Hani dah ada boy friend?"  Faiq buat muka kecewa tapi tak lama dia tersenyum menanti jawapan aku. erk. Boy friend?

"Tak, Hani datang sorang" lidah aku kelu selepas itu. Rasa sesak dalam dada. Rasa sebak. Rasa macam orang bodoh je. Aku memandang Faiq dan kekasihnya. Sama cantik sama padan. Aku? Hakikatnya persalinan aku yang konon seksi pada mata aku dengan corak polka dot pada blouse baby pink paras lutut aku ni sebenarnya menampakkan sangat betapa out of datenya aku. Dan kaca mata berbingkai besar di atas batang hidung aku? Huh. Menampakkan betapa kolotnya fesyen aku.

"Dear, betul ke ni kawan you?"

"Yelah, nama dia Hani Karmilla. You pun boleh berkawan dengan dia. Dia baik sangat" aku tersenyum tawar mendengar pujian Faiq. Kekasih Faiq menjeling ke atas mendengar pujian Faiq.

"Heh, please lah. Kolot okay" Zap. Sentap. 

"Dear, tak baik..." belum sempat Faiq menghabiskan kata-katanya, dia sudah di tarik oleh kekasihnya meninggalkan aku. Dalam pada nak membela aku, laju jugak dia pergi. Tanpa menoleh aku sedikit pun. Dan air mata aku mengalir laju time tu jugak. 


*********************************************************************************

Aku buka lappy untuk online. Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu bilik. Heh. Mama la tu. 

"Masuk" jerit aku tanpa menoleh.

"Assalamualaikum" aku terkejut mendengar suara comel itu dan segera berpaling.

"Salsabila, sayang. Baru sekarang nampak muka. Best sangat ke duduk rumah nenek, huh?" aku sudah teruja menatap muka adik kecil aku ini.

"Assalamualaikum..." dia sudah memeluk tubuh sambil mengulang salam yang tak terjawab. Aku tersengih.

"Waalaikumussalam, sayang. Akak jawab dalam hati lah"

"Yelah tu" laju je bibir mongel itu menjawab.

"Meh sini, akak nak kiss sikit"

"Tak nak"

"Eee...sombongkan sekarang?" aku pura-pura marah sambil mencekak pinggang. Salsabila menjeling ke atas. Ish, budak kecik ni kan.

"Salsabila ada benda nak bagi akak ni" 

"Apa dia?"

Kemudian dia menghulurkan sehelai kertas yang berlipat untuk aku. Aku mengangkat kening sebelah.

"Salsabila nak bagi lukisan untuk akak lagi ke?" tanya aku sambil mengambil kertas berlipat dari tangan kenitnya.

"Nop. Abang Azlan bagi"

"Huh?" aku sudah terkejut. Takkan la surat cinta kot. Hish. Tak main lah surat-surat cinta ni. Kolot betullah mamat ni. Aku pandang Salsabila yang melilau memandang ruang bilik aku.

"Macam mana Salsabila boleh jumpa Abang Azlan ni?"

"Dia datang rumah nenek petang tadi"

"What?" aku separuh menjerit. Berani dia pergi rumah nenek. Ni mesti nak kempen raih undi ni. Hish.

"Akak, tolong jangan jerit boleh tak?" selamba dia menegur aku. Aku letak kertas berlipat dari Azlan atas meja. Malas nak layan. Kalau boleh nak aje aku buat kapal terbang dari kertas tu dan melancarkan ke tong sampah. Tapi pandangan aku sekarang lebih terarah pada Salsabila. Aku buat muka serious.

"Salsabila, sini kejap akak nak bisik sikit" dengan muka tak bersalah Salsabila mendekati aku. Muah. Satu ciuman hinggap di pipi.

"Akak!!!"

"Alah, tak luak pun. Meh nak kiss lagi"

"Tak nak!" aku sudah memeluk dan menggeleteknya. Salsabila kemudian kalah dan ketawa terkekek-kekek. 

"Dah la,akak"

"Ok, akak akan lepaskan kalau Salsabila janji satu benda dengan akak"

"Okay-okay"

"Jangan pergi rumah nenek selalu sangat boleh tak? Tinggal akak sorang-sorang je kat rumah ni. Akak sunyi bila Salsabila takdek tau" Salsabila tiba-tiba diam. Aku yang sedang memeluk Salsabila dari belakang kecilnya mengintai mukanya. Aik, senyap pulak budak kecik ni.

"Kenapa senyap?"

"Akak kan ada mama. Mama kan sayang akak" aku terkejut mendengar kata-kata dari mulut kecil itu.

"Kenapa cakap macam tu, sayang. Mama akak kan mama adik jugak? Apalah Salsabila ni" entah kenapa tiba-tiba ada suasana sayu. Dan Salsabila masih senyap. Aku bertambah hairan.

*********************************************************************************


Sekeping kertas yang di pass pada Salsabila yang aku sangka surat cinta rupa-rupanya sebaris email. Dengan pesanan di bahagian bawah.

p/s: Kalau ada apa-apa masalah berkenaan rancangan keluarga kita, boleh bincang dengan saya. Add me in your YM, kalau takdek YM sila sign up sekarang.

Huh. Ini adalah paksaan. Tak heran lah, aku memang dah sign up YM dulu-dulu lagi. Dia ingat aku ni kolot macam dia ke. Tapi bincang dalam YM? huh. Kelakar lah mamat ni. See. Kan kau dah gelabah sekarang, Azlan. Aku tahu sebenarnya kau bimbang kalau kau terpaksa putuskan pertunangan dengan awek kau, kan. Huh. Dah tahu sangat perangai lelaki ni.

Aku add Azlan sebagai friend. Dan dia terus approve. Tapi tiada sebarang tanda-tanda dia mahu berbincang. Seminit. Dua minit. Lima belas minit kemudian. Tiba-tiba.

Azlan_: Assalamualaikum

Hani_Karmilla: Waalaikumussalam

Azlan_: Kalau awak ada apa-apa masalah, awak boleh contact saya kat sini. Buzz je saya. Anytime.

Hani_Karmilla: Awak ni pakar penyelesai masalah ke?

Azlan_: Boleh jadi kalau ni masalah yang melibatkan keluarga.

Heh, tau takut. Gelabah la tu.

Hani_Karmilla: Saya tak ada apa-apa masalah. Saya ok je. Kenapa? Awak ada masalah ke pasal rancangan keluarga kita?

Azlan_: Saya risau awak meroyan sorang-sorang je.

What?? Ish. Saja nak kenakan aku ke apa. Eleh, takut aku meroyan sorang-sorang ke atau dia yang tengah meroyan. Maklumlah impian nak hidup bersama kekasih hati hampir terpadam.

Azlan_: Nanti bila kita dah bertunang dan saya dah ke Jordan, jangan pulak saya dengar berita yang ada orang nak putuskan tunang kat sini.

Hani_Karmilla: Dan jangan pulak saya dengar ada orang nak putuskan tunang kat Jordan sana tu. Yelah, mana lah tahu ada orang nak tuntut tunang or tetiba berubah fikiran kan!

Azlan_: Tuntut tunang? Maksud awak?

Erk. Eleh buat-buat tak tahu pulak. Eh, tapi yang aku ni beria sangat nak provoke dia tu apa kes? Dah buang tebiat? Apa aku nak cakap ni? Adoi. Berterus terang je lah.

Hani_Karmilla: Bukan awak cakap awak dah bertunang ke? Dan kenapa awak still setuju dengan rancangan family awak nak kita bertunang?

Azlan_: Yeke saya ada cakap macam tu? Dan kenapa pulak awak jugak setuju?

Hani_Karmilla: Biar saya berterus terang dengan awak. Saya benci dengan lelaki yang suka main-mainkan perasaan perempuan. Kalau awak betul-betul dah bertunang, jangan awak nak buat kerja gila bersetuju dengan pertunangan kita.

Azlan_: Bagus. Saya suka awak berterus terang macam tu. Tapi bukankah dalam hal ni kita sama je?

Hani_Karmilla: Sama tang mana pulak ni? Awak jangan nak buat lawak yang tak lawak langsung kat sini.

Azlan_: Bila masa saya buat lawak pulak? Awak yang buat lawak sekarang ni. Saya kan ada tanya awak setuju atau tak dengan rancangan keluarga kita dan awak terus setuju je. Awak sangat lawak. Bersetuju tapi muka dah macam kucing hilang anak.

Hani_Karmilla: Ish. Awak takkan faham. Dah saya tak nak chat dengan awak lagi.

Azlan_: Awak memang macam tu. Suka lari dari masalah. Suka lari masa perbincangan tengah sampai kemuncak.

Hani_Karmilla: Jangan nak berlagak macam awak dah kenal saya lama.

Azlan_: Walaupun tak lama saya kenal awak. Tapi saya still boleh kenal awak. Masa kita sudah berbaik di pantai beberapa bulan lepas, awak balik macam tu je walaupun mama awak pesan mintak tolong saya drive kan. Saya tunggu awak macam tunggul kayu. But it's okay, mungkin itu point pertama saya untuk kenal awak.

Erk. Dia tunggu? Yeah, aku tahu yang tu memang salah aku. Tapi aku tak minta pun dia drive kan. Aku ingat dia tak tahu langsung since mama yang suruh aku cakap kat mamat ni. Nak cakap sendiri kat dia? Memang tak lah.

Hani_Karmilla: Saya tahu yang tu salah saya. Saya minta maaf. Cuma saya harap awak boleh buat keputusan yang lebih baik.

Azlan_: Maksud awak?

Hani_Karmilla: Batalkan pertunangan kita.

Azlan_: Awak dah buat keputusan muktamad? Dah fikir masak-masak?

Hani_Karmilla: Selepas perbincangan ni, saya rasa kita memang tak serasi.

Azlan_: Sangat kelakar. Mula-mula bukan main lagi awak provoke saya cakap awak tak kisah. Sekarang awak pulak orang pertama yang mengaku kalah. Awak sangat tak tetap pendirian. Tak kuat semangat.Kena uji sikit dah kalah. Kita belum bertunang lagi tapi awak dah gagal. Fail.

Zapp. Berdarah hati aku baca statement berani mati mamat ni. Bahasa tu takde insurans langsung. Macam mana aku nak hidup dengan dia kalau dah macam ni? Huh? Sempat pulak aku fikir macam mana? Memang tak ke mana lah.

Hani_Karmilla: Awak memang sengaja nak provoke saya kan? Ya, saya tahu saya memang tak kuat. Saya mengaku. Tapi awak tak layak judge saya. Baiklah, awak memang nak saya tetap pendirian kan? Esok pagi saya akan bincang dengan mama dan papa saya untuk batalkan pertunangan kita. Dan awak tak payah nak membebel pasal pendirian saya atau apa-apa lagi pasal saya. It's over. Muktamad.

Azlan_: Heh. Baiklah. Saya suka pendirian awak tu. Dan saya jugak nak awak tahu, saya pun ada pendirian saya sendiri. Saya tetap akan teruskan pertunangan kita. By hook or by crook. Assalamualaikum.

Hani_Karmilla: Awak ni kan.

Sekali tengok dia dah sign out. Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Niat aku cuma nak provoke dia je, konon aku tahu dia akan surrender dan takkan setuju dengan rancangan pertunangan kami. Tapi last-last macam ni pulak. Niat tak menghalalkan cara, Hani.



bersambung.....








Saturday 17 November 2012

Bukan Niatku Part 1

Aku terduduk ditepi katil. Memandang ke lantai. Air mata mula menitis. Esakan kecil mula kedengaran. So, ni lah rahsia yang selama ni mereka sorokkan dari aku? Aku hanya anak angkat mereka? Orang tua yang sudah banyak menumpahkan kasih dan sayang pada aku. Berkorban apa sahaja untuk aku. Adalah ibu bapa angkat aku? Kalau tak kerana aku mahu ke bilik mereka berdua tadi, sampai bila-bila pun aku takkan tahu. Dengan tak sengaja aku terdengar papa dan mama berbual. Mama dan papa sedang berbincang mengenai aku dan secara tidak sengaja aku terdengar bicara mereka yang aku adalah anak angkat mereka tapi kedengaran mereka cakap mereka tetap akan mewariskan harta mereka pada aku. Hati aku sebak. Aku tahu mereka sangat sayangkan aku. Kalaulah mereka tahu yang aku bukan mahukan harta mereka. Aku cuma mahu mereka benar-benar jadi kedua orang tua aku. Milik aku secara biologi. Aku tak mahu yang lain.
Aku pandang laptop di atas meja study aku. Microsoft words yang tertera di skrin laptop menambah sesak di dalam dada. Pejam celik pejam celik, tinggal lagi sebulan masa untuk aku siapkan thesis aku. Semester ini adalah semester terakhir aku di universiti. Jurusan ukur bahan yang aku ambil pada mulanya adalah cita-cita papa untuk lihat aku berjaya menjadi sepertinya. Antara seorang Quantity Surveyor yang berjaya memiliki syarikat sendiri dan baru sahaja di anugerahkan gelaran datuk kerana penglibatan dan jasa yang begitu besar dalam bidang ini. Cita-cita aku? Mungkin ini bukan cita-cita aku yang sebenarnya. Tapi melihatkan papa begitu gembira melihat aku mahu meneruskan legasinya. Sudah cukup buat aku gembira dan berbangga dengan diri sendiri. Mana tak bangga bila dapat pujian dari papa sendiri. Seorang yang cukup di kagumiku sejak dari dulu.

Tapi itu dulu. Dulu. Bila aku fikir aku adalah anak kandung papa. Tapi sekarang segala semangat aku luntur. Segala kekuatan aku seakan-akan terus hancur. Papa ada along. Seorang quantity surveyor juga. Papa ada angah. Bakal quantity surveyor juga. Dan aku, juga bakal quantity surveyor. Dan mungkin Salsabila anak papa dan mama yang masih bersekolah di taska tu pun akan jadi Quantity Surveyor jugak. Heh. Entah berapa ramai yang papa nak hasilkan quantity surveyor dalam generasinya. Dan setelah rahsia ni terbongkar. Aku sedar. Cita-cita aku bukanlah quantity surveyor kerana itu bukan cita-cita aku sebenarnya. Maaf papa. Hani tahu. Quantity Surveyor antara consultant yang sangat berjasa dalam bidang pembinaan. Hani tahu. Hani tak nafikan. Dan Hani juga tahu alasan Hani ni nampak sangat childish. Tapi Hani ada cita-cita Hani sendiri. Maaf papa.

Aku mencapai telefon bimbit aku. Mendail nombor telefon Yaya.
“Assalamualaikum, Yaya. Boleh tak kita start holiday esok pagi?”
“What??” kedengaran jeritan yang agak nyaring dari hujung talian. Menyakitkan gegendang telinga.
“Kau kalau tak menjerit boleh tak? Kau datang ambik aku pagi esok”
“Weh, aku nak siapkan thesis lah. Kan dah janji kita pergi bercuti lepas dah submit thesis ni” aku mencebik mendengar penerangan Yaya.
“Aku tahu lah, ni kita buat thesis sambil bercuti. Tak nak ke?” sengaja aku memancing Yaya. Hujung talian terdiam seketika.
“Hello, anybody home....?” aku dengan gaya tak sabar. Tak sabar tunggu keputusan Yaya. Aku tahu dia nak.
“Okey lah. Kat mana?”
“Terengganu?”
“What???” lagi suara nyaring menjerit di hujung talian. Aku menjeling ke atas.

“Berapa hari Hani nak pergi ni?” tanya mama yang melihat aku yang sudah bersiap-siap dengan berpakaian ringkas. Berseluar jeans dan baju t-shirt labuh bawah punggung. Tudung bawal yang aku labuhkan ke bawah dada. Satu beg troli kecil sudah berdiri di depan pintu rumah. Menunggu Yaya yang belum sampai-sampai lagi. Kami berdiri di depan pintu rumah.
“Hani pergi seminggu je, ma. Nanti Hani baliklah, ma. Hani perlukan ketenangan sekarang” aku tertunduk. Ayat yang di hujung tu macam nak tak nak keluar dari mulut aku. Mama melihat aku pelik. Aku pandang mama.
“Mama,Hani nak tanya satu soalan boleh?”
“Ye sayang, tanyalah banyak-banyak pun” ucap mama sambil tersenyum. Aku pandang mata mama. Aku jadi sebak.
“Katakanlah Hani ada ambil barang orang. Bukan sengaja ambil. Tapi memang ada orang bagi kat Hani. Tapi tak lama kemudian. Dia datang mintak balik barang dia. Agak-agak kalau mama jadi Hani, mama senang-senang tak nak bagi balik barang tu kat dia?” mama terdiam. Berkerut dahi mama memandang aku.
“Kalau mama? Mestilah mama takkan senang-senang bagi. Kenapa ni Hani? Hani ada masalah ke?” mama memandang aku risau. Aku tersenyum. Mama takkan senang-senang bagi? Okay. Tapi hati aku tetap sedih. Maaf, ma. Mungkin Hani terlalu tamak. Hani ingat semua benda boleh jadi milik Hani secara mutlak. Tu sebab hati Hani degil.
“Assalamualaikum” kedengaran suara Yaya. Dia sudah berjalan masuk melalui pintu pagar. Yaya bersalam dengan mama.
“Ma, kami pergi dulu. Nanti kirim salam kat papa ye”
Aku berjalan keluar pintu pagar dan masuk ke dalam kereta proton Myvi Yaya. Aku pandang mama yang masih berdiri di muka pintu. Sayu. Ma? Sanggup ke aku buat mama macam ni? Aku tunduk lantai kereta. Aku pandang lagi mama. Sayu. Mama! Aku mahu buka pintu kereta. Tapi Yaya sudah menggerakkan keretanya. Tidak jadi aku mahu buka pintu kereta. Kelihatan mama melambai-lambaikan tangannya. Sayu lagi. Tiba-tiba tangisan aku terus meletus. Teresak-esak aku menangis. Yaya terkejut. Yaya memperlahankan keretanya.
“Kau kenapa, Hani?”
“Terus...terus Yaya. Terus. Jangan berhenti” dan aku masih lagi teresak-esak. Yaya yang masih dalam keadaan terkejut hanya mengikut.



Selepas check in di resort berdekatan dengan pantai. Aku dan Yaya masuk ke bilik kami.
“Wah!!!” aku menjerit melihat pemandangan bilik kami yang berhadapan dengan pantai. Sangat cantik. Dari Shah Alam memandu bergilir-gilir dengan Yaya ke Terengganu memang sangat memenatkan tapi bila dapat tengok pemandangan  pantai, laut yang membiru. Rasa letih terus hilang.
“Kau ni kan, aku rasa kau ada masalah kan?” aku berpaling pada Yaya yang sudah menyandar di kepala katil.
“Yaya, sinilah. Cuba kau tengok laut tu cantik, kan. Subhanallah”
“Ce citer”
“Air laut dia biru, langit pun biru. Laut dengan langit macam bersambung. Tiba-tiba rasa macam nak skuba pulak” Yaya sudah menjeling ke atas mendengar jawapan aku yang tak menepati piawaian soalan dia.
“Hani!!”
“Aku anak angkat weh” selamba tanpa memandang muka Yaya.
“What??” jeritan sama yang hampir memecahkan gegendang telinga.
“Kau ni...aku kat depan kau je weh, tak payah lah nak jerit-jerit sangat”


“Hani, kalau dah kenyang tu janganlah nak buat tahi mata je. Jom buat thesis” Yaya memandang katil yang sudah membusut dengan selimut. Senyap. Yaya menghela nafas. Dia duduk di birai katil.
“Hani, aku tahu kau sedih. Tapi kau patut bersyukur tau. Walaupun mama dan papa kau tu just foster parent kau je. Tapi dia sayang kau macam anak sendiri kan. Kau pun tahu sendiri kan. Move on, okay. Kau tahu tak, ramai lagi anak-anak yatim yang tak dapat kasih sayang ibu bapa. Kau bertuah, Hani”
Senyap. 
Yaya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh, macam mana aku nak pujuk minah ni.
“Erm, kau tahu tak kenapa aku kata kau bertuah. Sebab kau dapat jadi anak angkat dato’ tau. Dah la kaya, bertambah kaya pulak sejak dapat pangkat dato’” erk..apasal nampak macam materialistik je nasihat aku ni. Yaya menepuk-nepuk mulutnya. Hish…
“Erk, sorry-sorry maksud aku. Kau tak pernah kurang. Apa yang kau nak, semua kau dapat. Kasih sayang pun lebih dari seorang anak kandung kau dapat. Dan kau jugak tak pernah sombong. Walaupun aku ni bukan anak dato’. Ayah aku cuma peniaga kedai makan. Tapi kau tak pandang semua tu. Sebab apa? Sebab didikan mama dan papa kau jugak kan” erm erm…okay kot nasihat macam tu, tapi bila dia tenung-tenung balik selimut yang tak bergerak-gerak tu. Rasa pelik pun ada. Hani?
“Hani,kau jangan mati lagi Hani” dengan segera dia menarik selimut dengan kasar. Erk?

Aku berbaring di tepi pantai sambil memandang langit. Bunyi hempasan ombak kedengaran dari atas pantai terus ke telinga. Rasa tenang. Malam walaupun gelap tapi bintang-bintang masih tetap kelihatan. Papa kata, kalau bintang-bintang banyak bertaburan di langit. Maknanya cuaca akan baik esok. Aku tersenyum. Aku mengunjuk ke langit. Cuba mencapai bintang dengan hujung jari.
“Kalaulah bintang dapat capai dengan hujung jari macam ni je kan best” aku tersengih kecil mendengar imaginasi sendiri.
“Tapi kalau dapat capai macam ni…” sambung aku.
“Maknanya…” aku masih berfikir. Maknanya takde lah orang yang beria berangan nak mencapai bintang. Aku tersenyum.
“Maknanya tak lama lagi dah nak kiamat la” kedengaran satu suara garau. Huh? aku berpaling di sebelah aku. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari aku. Aku cepat-cepat bangun dan berdiri. Terkejut. Aku pandang lelaki itu sekilas. Dia dengan DSLR di tangannya. Tanpa memandang aku, dia terus mengambil gambar bintang di langit.
Ish, menyampahnya. Serious memganggu ketenteraman aku je lah mamat ni. Aku segera mahu berlalu dari situ.
“Balik terus, jangan nak baring kat mana-mana lagi” jerit mamat tu tiba-tiba. Aku membuntangkan mata.
“Sibuk je lah” balas aku balik tanpa berpaling kepadanya. Lelaki itu tersenyum mendengar jeritan aku.
Aku duduk di tangga bilik aku. Menahan geram. Ish, siapa lah mamat tu, tiba-tiba muncul. Aku baru je nak tenangkan fikiran. Setahu aku sebelum datang tadi dan masa tengah berbaring tepi pantai tadi, takde siapa-siapa pun kat sana. Walaupun kawasan tu takde lah gelap sangat sebab masih ada lampu kat tepi pantai tapi still dia tak perasan. Hum… seram la pulak. Tiba-tiba di hadapan aku nampak lelaki tadi sedang berjalan menuju ke arah aku. Aku hanya menunggu di situ. Lantaklah, nak cari gaduh ke, nak buat hal ke memang dia tak pernah rasa lipatan maut aku lagi. Belum tambah dengan Yaya lagi. Pengsan mamat ni di kerjakan mereka berdua nanti. Berani lah kau dekat aku.
“Assalamualaikum” aku sudah siap berdiri semasa dia memberi salam. Waalaikumussalam. Jawab aku dalam hati. Aku pandang dengan pandangan suspicious pada dia.
“Nama saya Azlan. Kalau ada apa-apa masalah, bilik saya kat sebelah je” katanya sambil menunjuk bilik di sebelah kanan aku. Dia tersenyum.What? Ada aku kisah?
“Hani?” kedengaran suara Yaya. Dia sudah keluar dengan tudung di kepala.
“Aku baru je nak cari kau….” belum sempat Yaya menghabiskan ayatnya, dia terpandangkan Azlan di bawah.
“Siapa tu?”
“Entah” jawab aku selamba.
“Nama saya Azlan. Bukan Entah, cik Ha.. erm, nama cik siapa?” aku tengok mamat ni. Pelik semacam je. Muka dah handsome. Pakai spec. Ada janggut sejemput di dagu. Kulit putih. Dengan DSLR di tangan nampak agak stylo jugak. Coi!! Sempat pulak aku nak telek mamat ni.
Tanpa menjawab pertanyaan dia, dengan muka masam aku terus naik. Masuk ke dalam bilik. Yaya tersengih-sengih meminta izin masuk ke dalam.

Selepas solat subuh, aku duduk di beranda luar. Lappy ku turut aku bawak. Memandang laptop samalah seperti aku memandang masa depan aku. Kenapa? Sebab dalam tu masih tersimpan thesis yang belum aku sentuh sejak sampai kat sini. Yaya dah sebakul membebel kat aku semalam.
“Kau nak grad tak?”
“Nak lah” lambat-lambat aku jawab.
“Thesis kau tu apa cerita? Nak ke laut ke? Kau jangan buat aku kecewa dengan kau, Hani. Dulu kau jugak yang beria-ria nak kita grad sama-sama, kan?Nak capai impian sama-sama. Sekarang kau pulak yang lemah semangat macam ni”
“Aku tak suka bidang ni”
“Huh? Kenapa baru sekarang kau cakap kau tak suka bidang ni. Kau tahu dah berapa kali kita bersengkang mata, berair mata sama-sama selama 3 tahun diploma dan hampir 2 tahun degree dalam bidang ni. Banyak kali tau. Tak terkira dengan jari. Dan baru sekarang kau cakap tak suka? Are you out of your mind?”
“Heh, maybe”
“What??”
“Eh, berapa kali aku nak cakap tak payah nak menjerit sakan macam tu”
“Whatever. Sekarang ni, aku nak kau teruskan thesis kau ni. Masa depan kau bergantung kat thesis kau ni. Eh, tak. Masa depan kau bermula kat sini. Baru nak bermula. Ok, fine lah. Kau tak nak harta papa kau. Kau nak bina hidup sendiri. Dengan cara sendiri. Tapi kau tahu kau harus start dari mana?” aku menjeling ke atas.
“Dari sini, Hani” ucap Yaya sambil menunjuk beg lappy aku.
“Dari beg lappy aku?” sengaja aku menjawab dengan selamba. Konon nak berjenaka dengan Yaya yang nampak macam over stress dari aku pulak.
“Dari thesis kau” dan Yaya langsung terus dengan riak seriousnya. Aku menghela nafas.
“Okey, Yaya. I know!”
“Walaupun Quantity Surveyor bukan cita-cita aku….” aku tutur perlahan.
“Tapi kau kena balas jasa mereka dulu” sambung Yaya. Aku pandang Yaya. Aku tersenyum manis.
“That’s it. Sayang kau, Yaya”


“Termenung jauh nampak?” aku berpaling pada suara yang mengganggu aku sejak semalam. Dia yang berkopiah putih berdiri di bawah sedang memandang langit yang masih lagi gelap. Kemudian berpaling dan tersenyum pada aku. Aku buat tak tahu.
“Orang cakap, pagi-pagi kalau muka masam susah rezeki nak masuk”
“Whatever” ucap aku perlahan sambil meng ‘on’kan laptop aku.
“Whatever? Stubborn girl” what? Ee..dia ni nak cari gaduh dengan aku ke?
“Orang cakap, pagi-pagi kalau suka cari gaduh dan buat orang marah, rezeki susah nak masuk”
“So, sekarang kita fair and squarelah” lelaki tu seperti tak mahu mengalah.
“Gila”
“Whatever” balas lelaki itu. Aku membuntangkan mata.
“Don’t copycat me, lah” balas aku sambil menjerit kecil.
“I’m not copy your cat” balasnya balik. Grr… geram.
“Teruknya awak ni”
“Awak lagi teruk, huh” katanya lalu pergi dari situ. Huh? What the? Merajuk? Takkan lah kot. Aku tercari-cari kelibatnya. Dah masuk bilik dia kot. Ee…mamat ni dah kenapa?

Aku dan Yaya bersarapan di café resort. Kami berborak-borak sambil tergelak. Dari jauh tanpa di sedari ada mata sedang memerhati.
“Cik Hani Karmila?” tiba-tiba datang seorang pelayan lelaki ke meja makan kami. Aku menggangguk.
“Ya, saya?”
“Ni ada orang pesan suruh saya bagi pada Cik Hani” aku pandang pada sampul surat berwarna putih di tangan pelayan itu. Perlahan-lahan aku mengambilnya.
“Terima kasih” erk tapi…aku baru je nak bertanya pada pelayan tu siapa yang bagi tapi dia sudah pergi dari meja kami.
“Apa tu, Hani?” aku melihat isi dalam sampul surat. Ada sekeping gambar. Pelik. Gambar apa ni? Otak aku lambat menangkap. Background gambar ni, hitam gelap tapi kat tengah-tengah ada macam cahaya berbintik-bintik warna kuning oren. Macam erm… bintang-bintang? Huh?
Aku pandang gambar tu lagi semasa kami sampai di bilik. Macam mana dia tahu nama penuh aku? Misteri betul lah lelaki ni. Azlan? Azlan? Aku pernah kenal ke mamat ni? Rasanya tak pernah aku ada kawan nama Azlan. Habis tu siapa dia ni? Aduh. Curious. Curiousity kill the cat. Tiba-tiba pulak peribahasa tu muncul dalam kepala aku. Cat lagi. Eh, apa yang aku merepek ni?
Aku keluar ke beranda bilik. Mengintai-intai bilik sebelah. Senyap je. Aku ni dah kenapa pulak nak mengintai anak teruna orang. Duh! Aku turun berjalan ke pantai.
“Hani!” baru je aku nak turun Yaya sudah memanggil aku.
“Ye!!”
“Kau nak pergi mana?”
“Ke laut”
“Huh, ke laut? Kau nak terjun laut ke?” aku menjeling ke atas. Yaya cepat-cepat mengunci pintu bilik. Mengekori aku.
“Kau ni agak-agak lah” marah aku pada Yaya. Dan kami jalan beriringan.
“Hehe…sorry, curiousity kills the cat” balas Yaya.
“Kau tak pernah nak ajak aku jalan-jalan kat tepi pantai sama-sama kan. Suka la tu tengok aku ter ‘torture’ buat thesis sorang-sorang dalam bilik” omel Yaya.
“Bukan kau suka ke?” selamba aku membalas.
“What?? Sampai hati kau, kan!!” dia menjerit lagi.
“See!!” aku membalas balik sambil menggosok-gosok telinga aku. Yaya kemudian tersengih-sengih.
“Sorry” heh.
“Betul ke si Azlan tu yang bagi gambar ni kat kau?” Tanya Yaya sambil melihat gambar yang masih di tangan aku.
“Mungkin la”
“Hohoho” aku pandang Yaya yang tiba-tiba gelak macam Santa Claus.
“Apasal?”
“Jangan kau cakap yang kau dah angau kat mamat tu. Tu lah, orang cakap, kalau dah mula-mula asyik gaduh je, tak mustahil lama-lama boleh jatuh cinta” aku mencebik.
“Eee…boleh tak jangan buat teori lapuk kau tu”
“Hey, that’s not my theory, ok. Pernah terjadi tau tak”
“It doesn’t works on me” ayat macam berlagak. Tapi sebenarnya tak nak Yaya merepek lebih-lebih je.
“Eceh, berlagak kan. Nanti bila jadi betul-betul jangan nak tersengih-sengih macam kerang busuk kat aku dan cakap..erm erm…Yaya..betullah teori tu. It does work on me rupanya” aku menjegilkan mata.
“Ee…Yaya. Kau ni boleh tolong stop dengan teori kau tu tak. Sekarang ni aku tengah fikir macam mana si Azlan tu tahu nama aku. Kau tak rasa tu pelik ke? Entah-entah selama ni dia jadi spy mengintip segala pergerakan aku. Kau tak risau ke? Ni melibatkan nyawa kita berdua tau tak?” Yaya sudah ternganga.
“Eh, betul jugak kan? Kau la ni, tetiba nak merajuk nak pergi bercuti lah, apalah. Dah la kita ni jauh dari Shah Alam. Sekarang apa kita nak buat?” Yaya dah pucat. Aku hampir tergelak tengok reaksi Yaya.
“Tau takut kan? Kau nak ke aku bercinta dengan penculik, pembunuh, pe…”
“Hoi, coii…kau ni, agak-agaklah” Yaya dah menjerit kecil. Aku tergelak.
“Kau boleh gelak lagi kan. Aku nak balik Shah Alam lah macam ni”
“Ala, rilex lah. Okey-okey. I don’t think lah penculik, pembunuh, or pe… whatever lah, nak bangun solat subuh pagi-pagi gelap. Nak bagi salam bila berjumpa dengan orang. Muka putih suci macam orang alim. Handsome lagi. I don’t think so lah…”
 “Wow, how impressing!” mak datuk kau. Hampir terlompat aku di situ. Aku dan Yaya berpaling pada suara di belakang. Azlan? Huh? Terasa pijar muka aku pada saat ni.
“Erk...” aku sudah mati kata-kata. Terkejut. Terpana tiba-tiba dia ada kat situ.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” jawab aku. Yaya hanya tersengih-sengih melihat aku yang tiba-tiba tak keruan. Aku menjeling Yaya. Aku terkejut okay, Yaya. Kau jangan nak lebih-lebih.
Yaya bagi isyarat mata. It’s okay. Discuss with him.
What?
“Erm, awak ni siapa sebenarnya? Tahu nama saya, selalu mengekor saya?” Tanya aku dengan nada tegas.
“Saya... Baik, biar saya berterus terang dengan awak. Sebenarnya saya di hantar oleh papa awak untuk tengok-tengokkan awak dekat sini” aku menjegilkan mata. What?
“Huh? I can take care of my self. Saya rasa better awak balik dan beritahu papa saya, saya okey je kat sini. Dia tak perlu risau apa-apa. Dan awak tak perlu nak susah-susah”
“Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, awak berdua dalam tanggungjawab saya sekarang ni. Terutama awak adalah amanah saya” ucapnya sambil menunjukkan jari telunjuknya pada muka aku. Aku mencebik. Amanah? Amanah apa?
“Apa pulak macam tu? Owh, maksud awak, awak ni bodyguard yang papa saya upah untuk awasi saya kat sini? Huh, untungkan dapat jalan-jalan kat sini, bawak DSLR, ambik-ambik gambar, ambik angin, tengok-tengok orang, then duit pun masyuk” sengaja aku menyakitkan hatinya. Ish, papa ni aku dengan Yaya kan cuma nak bercuti seminggu je, dalam Malaysia je pun.
Azlan memandang aku tajam. Kemudian dia tersenyum sinis sambil menghalakan DSLR nya kepada aku. Aku mengalihkan mukaku ke tempat lain dan dia juga mengalihkan halaan kameranya ke laut. Sengaja mahu menyakitkan hati aku. Yaya sudah tercengang melihat kami, kemudian tiba-tiba dia terkekek-kekek gelak. Ish, Yaya ni.
“Memang masyuk, tapi semua tu tak penting pun. Yang penting awak dan orang yang awak bertanggungjawab bawak dia kat sini dalam keadaan selamat, atau maybe awak paksa dia datang sini tak?” Tanya Azlan sambil memandang Yaya di belakang aku. Tanpa disedari, Yaya di belakang sudah mengangguk-angguk. Dan Azlan mengangkat bahunya, gayanya tekaan dia betul. Aku memandang tajam Yaya di belakang. Dia hanya memandang ke langit macam takde apa-apa. Hoi, pandang lautlah!
“Saya rasa awak ni penyibuk lah, saya paling tak suka orang yang suka jaga tepi kain orang tau tak, suka hati saya lah apa yang saya nak buat kat sini. Lagipun saya rasa awak ni sangat menakutkan, tiba-tiba muncul dan kenalkan awak orang yang di hantar oleh papa saya. Are you sure?”
“Yeah, I’m very sure.Owh, yeke menakutkan? Jangan risau, saya hanya akan tengok awak berdua dari jauh je, selagi awak berdua tak buat perkara-perkara yang pelik. Dan saya rasa kalau bab yang pelik tu pasti dari awak je, so saya akan tengok awak lebih sikit lah” selamba macam badak. Sama dengan selamba badak. Hello, siapa mamat ni sebenarnya? Arghhh..
“Awak ni sengal,kan?” geram. Aku terus hambur dengan perkataan yang aku rasa tak tahu nak cakap apa dah selain sengal. Dia memang sengal.
“Tadi baru je awak cakap saya ni handsome, muka suci, baik, sekarang sengal pulak? Mana satu awak nak kategorikan saya ni, awak ni tak tetap pendirian lah” gaya dia cakap macam takde perasaan. Pulak tu cakap main selamba je. Dan sengal. Sengal!!! Yaya dah tergelak sakan. Aku dah rasa macam nak terjun laut.
“Senjata makan tuan” tiba-tiba Yaya menyampuk. Aku pandang tajam kat Yaya.
“Apa dia Yaya?” aku dah betul-betul geram.
“Erk..tak de pape, tak de pape” dan Yaya segera berjalan ke tepi pantai. Bermain ombak. Dan lelaki sengal ni masih dengan DSLR nya dan mengambil gambar.
“Boleh tak awak hentikan kerja awak ni? Awak dah takde kerja lain ke selain dari jadi spy,huh? dengan DSLR buruk awak ni” aku bukan sengaja nak mengata DSLR nya, tapi DSLR versi lama dia ni aku sengaja cakap buruk, sebab aku rasa orang yang gila kamera ni, selalu dengan kamera tak kira masa sangat sensitive bila cakap dia punya kamera buruk. Dan betul pun, bila dia pandang tajam pada aku. Aku dah tersengih mengejek.
“Ni je kerja yang saya ada setakat ni, untuk bayar yuran pengajian saya yang akan bermula tak lama lagi. Setakat nak tengok dan jaga sorang anak dato’ yang degil selama seminggu boleh lah kot” nada suara seperti orang berjauh hati. Eceh, sensitive sangat rupanya. Aku menarik nafas memandang laut. Huh. mati kutu pulak tiba-tiba. Sekarang aku ada 3 masalah, masalah aku sebagai anak angkat papa dan mama, masalah thesis aku, dan sekarang datang lagi satu masalah, Azlan. Dari langit mana lah kau jatuh konon nak jaga aku. Aku boleh jaga diri lah. Papa!
“Seven eleven?” Tanya aku dengan nada mendatar. Tanda dah malas nak layan kepala dia. Dia pandang pelik pada aku yang berdiri depan sikit darinya sambil menghadap laut.
“Kenapa dengan seven eleven?” tanyanya. Hish, dia ni. Tak paham-paham jugak.
“Cari je lah kerja kat situ. Ataupun banyak lagi kerja halal lain yang awak boleh buat kan” aku memandang ke belakang dan tiba-tiba oktof nada suara aku meninggi pulak. Duh! Terkebil-kebil pulak mata dia memandang aku.
“Dah la, malas nak layan awak” tiba-tiba dia berjauh hati. Dan berjalan perlahan-lahan meninggalkan aku. Erk, duh… bersalah lah pulak tiba-tiba.
“Hey” aku panggilnya, tapi dia terus tunduk berjalan tanpa mempedulikan panggilan aku. Aku kemudian tiba-tiba terdiam sambil memandang dia pergi.
“Azlan!!! Sengal!!” panggil aku kali ni dengan meletakkan kedua-dua tangan di mulut. Tiba-tiba dia berhenti dan berpaling pada aku. Heh. Kemudian dia terus berjalan pergi. Erkk… mungkin sebab aku panggil dia sengal kot. But, hey…do I care?

Ceh, kalau rasa hati tu tak cukup kuat, tak payah berangan nak jaga aku, jadi spy aku, or nak jadi bodyguard aku lah. Hati kecik macam semut. Sekali kena tengking, kena kutuk dah merajuk. Ada aku kisah ke kalau kau nak merajuk pun. Aku pandang Yaya yang sedang khusyuk dengan thesis nya. Muka sudah bertempek dengan mask. Duh. Aku stress. Tak dapat nak fikir. Tak dapat nak taip walau sepatah haram pun thesis aku ni. Aku tengok Yaya lagi. Tenang kau menaip, Yaya. Uhuk. Rasa nak menitis air mata. Kalaulah aku boleh setenang itu. Aku menghela nafas, mengenakan tudung di kepala lalu mengangkut laptop aku mahu keluar ke beranda.
“Hahi, hak hi hahe hu?” pertanyaan Yaya aku buat tak tahu. Aku mengambil tempat di beranda. Merasai angin malam. Wah, kalaulah dapat pergi berlari-lari, berjogging ni best jugak. Tiba-tiba datang idea merepek aku. Thesis depan mata Hani, kau jangan nak fikir berholiday pulak. Ketuk kepala. Okey-okey, fokus, Hani!
Aku cuba bertenang, membaca doa dan memasukkan earphone ke dalam telinga. Mula-mula aku pilih lagu yang masyuk dulu. Aku pandang folder lagu korea. Klik. Nampak lagu Big Bang, T-ara, BTOB, TEENTOP. Erk…aku rasa macam ada unsur-unsur lagha je dalam pilihan lagu aku ni. Aku back balik. Cari folder satu lagi. Healing of Soul. Klik. Ada lagu nasyid dari macam-macam kumpulan. Klik. Control. A. Dragged to the media player. Layan!!! Kemudian perlahan-lahan idea datang. Aku terus menaip, menaip dan menaip.


Setelah sejam menaip, aku merehatkan diri. Menyandarkan tubuh ke sofa yang lembut. Sambil memejamkan mata aku menghayati pulak lagu nasyid yang menyentuh sanubari. Lagu Ashabul Kahfi oleh kumpulan Raihan.

Kisah tentang 7 pemuda yang lari ke dalam gua kerana mahu menyelamatkan iman mereka. Di sangka tidur dalam sehari rupanya 309 tahun. Zaman bertukar beberapa kurun di bumi bersejarah urdu. Begitulah kuasa Ilahi.

Aku membuka mata. Aku pun dalam kes yang sama, melarikan diri. Tapi pelarian aku ni dah tentu-tentu jauh berbeza dari mereka. Bukan tentang menyelamatkan iman tapi melarikan diri dari kenyataan. Menyusahkan orang. Membuatkan ramai hati yang terluka. Pedih rasa hati bila aku sendiri yang menyedarkan diri ni. Tau pun. Sedar pun. Aku mengeluh.
Tiba-tiba satu dentungan kuat berbunyi di atas lantai beranda. Hampir terlompat aku. Aku pandang ke lantai. Ada sebiji batu. Aku mengetap bibir. Siapa punya kerja ni? Aku menanggalkan earphone aku. Berpaling ke tangga. Dia tersenyum.
“Assalamualaikum” aku menghela nafas. Memandangnya tajam.
“Waalaikumussalam”
“Erm, sorry, saya dah bagi salam tadi, tapi awak macam tak dengar je” aku menjeling ke atas.
“Ada apa?”
“Saya nak hantar ni” ucapnya sambil menunjukkan sesuatu dalam plastik. Aku memicingkan mata.
“Apa tu?”
“Makanan?”
“Sekali dengan servis makanan ke?” apa punya soalan lah aku ni pun.
“Takdelah, saya ada singgah fast food tadi, jadi saya teringatkan awak dan kawan awak, so saya belikan untuk awak berdua sekali”
“Oh, erm…thanks but no thanks” muka dia tiba-tiba kecewa.
“Maaf, saya tak terima makanan dari orang yang saya tak kenal. Lagipun kami dah kenyang. Terima kasih” dia bertambah kecewa. Lalu dia duduk di tangga sambil menghadap laut.
“Takpe lah, kalau awak tak nak makan saya habiskan” dia mengeluarkan kotak pizza hut dari plastic. Membuka dan makan dengan senyap. Aku pandang belakangnya lama. Aku sungguh tak faham dengan lelaki ni, aku sebenarnya tak percaya dia bodyguard yang papa hantarkan untuk jaga aku, sebab kenapalah handsome sangat tapi tak tough. Hati kecik macam semut. Bukan bodyguard yang dalam filem selalunya badan berketak-ketak ke? Muka mesti nak macam samseng. Tapi ni?? Serious buat aku musykil. Dengan berkopiah kadang-kadang. Mungkin bodyguard yang beriman kot. Haha Baguslah papa.
“Awak ambik course apa?” tiba-tiba dia bertanya tanpa memandang aku.
“QS”
“Oh, buat thesis tajuk apa?”
“Erk…erm…leadership style”
“Oh, bagus”
Aku sambung menaip. Malas nak melayan. Senyap. Dia masih di situ. Mengunyah. Tiba-tiba rasa macam kasihan pulak. Macam terpaksa je dia nak habiskan pizza tu.
“Boleh saya tanya awak sesuatu?”
“Erm?”
“Macam mana awak boleh kenal dengan papa saya? Erm…macam mana papa saya boleh suruh awak jadi bodyguard kami?” dia tersenyum tanpa memandang.
“Awak lari dari rumah macam tu je. So, papa awak kelam kabut call saya untuk mengekori dan mengawasi awak di sini. Saya kenal dengan papa awak macam tu je, kami pernah bertemu sebelum ni. Dan dia pernah cakap takut apa-apa terjadi pada awak satu hari nanti dan dia mintak tolong saya tengok-tengokkan awak, jadi saya dah berjanji dengan papa awak untuk membantu” terangnya panjang lebar. Aku mengetap bibir. Terasa hairan tiba-tiba.

“Takut apa-apa terjadi pada saya? Maksud awak, awak dah tahu kisah saya yang sebenarnya?” Tanya aku dengan geram. Dia terdiam.
“Saya tak tahu apa masalah awak, bagi saya walau apa pun yang terjadi mereka yang membesarkan awak, yang mendidik awak, Karmilla” aku terpana. Hey, siapa dia ni nak masuk campur urusan aku?
“Saya rasa awak tak layak cakap macam tu dengan saya. Kita tak kenal. Saya dah cakap tadi, saya tak suka orang yang suka jaga tepi kain orang lain, awak tak faham ke?” dia terdiam.
“Saya mengingatkan awak kerana saya juga seorang anak yang di besarkan dan di didik oleh kedua orang tua saya. Still sama, papa dan mama macam awak” aku memandannya tajam.
“Bagi saya pulak, kita berbeza. Kita tak sama dan awak takkan faham apa yang saya rasa” dengan geram aku membalas. Dia menghela nafas. Memandang aku.
“Terpulanglah pada awak, awak patut bersyukur. Sejauh mana awak berlari meninggalkan mereka, mereka tetap akan mencari awak, sejauh mana awak terluka, mereka tetap ada untuk mengubati awak. Mereka tetap sayangkan awak. Tidak kah awak rasa kasih sayang mereka itu sudah cukup untuk buat awak hidup bahagia. Awak rasa lari dari masalah macam ni boleh buat awak bahagia ke?” aku tersandar di sofa. Kata-katanya menyucuk-nyucuk hati aku. Aku bukan lari dari realiti. Aku tak nafikan aku terluka. Sedih. Tapi salahkah aku lari sekejap? Lagipun aku bukan nak tinggalkan mereka lama-lama. Mengingatkan mama yang melambai-lambai sewaktu aku pergi hari tu pun sudah cukup menyakitkan hati aku.
“Karmilla!” aku masih lagi terdiam. Air mata aku tumpah sekali lagi.
“Karmilla!” aku pandang dia di tangga. Benci. Aku terus membawa laptop masuk ke dalam bilik. Mengunci pintu cepat-cepat.


Hari ke 3 di resort di Terengganu. Pada waktu petang, aku duduk di beranda lagi menyiapkan thesis. Aku nampak dia lagi sedang bermain bola sorang-sorang di tepi pantai. Aku menjeling dari jauh walaupun dia tak nampak jelingan aku.
Kemudian aku terus di tenggelami dengan thesis. Menaip, menaip dan menaip.
“Karmilla!!” panggil satu suara dari jauh. Aku pandang ke pantai. Hish, sibuk je. Dia berlari-lari ke arah aku.
“Karmilla, jom main bola jaring. Panggil Yaya sekali” what?? Huh, ada aku cakap nak ke? Tapi tiba-tiba muncul Yaya di balik pintu.
“Orait”
“Hey, Yaya. Kau gila ke?”
“Apa pulak? Dia ajak kita main kan? Jom lah…Jom-jom” Yaya dah angkat laptop aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Dia kemudian menarik aku.
“Yaya, aku nak buat thesis lah”
“Rilex la kejap, dari pagi tadi kau buat thesis boleh jammed tau kepala. Lagipun, kau nak ke aku dan bodyguard kau yang handsome tu main berdua-duaan. Dah la handsome, baik, muka suci lagi. Nak ke kau biar aku dengan dia je? Kang tak pasal-pasal jatuh…” Yaya sudah merepek, aku pandangnya tajam.
“Jatuh apa?”
“Jatuh cinta!” ish…dia ni, ingat aku hairan sangat ke?
“Okey, aku teman kau je, tapi bukan sebab aku takut korang jatuh cinta ke apa. Terpulanglah korang nak jatuh cinta ke apa ke. Peduli apa aku”
“Orait-orait. We’ll see darl” aku mencebik mendengar kata-kata Yaya.

Main bola jaring apanya? Setakat main pas-pas bola lepas tu masukkan dalam jaring. Heh. Anak ayam pun pandai main macam tu. Aku mencebik sambil memandang mereka kemudian memeluk tubuh sambil memandang laut. Tiba-tiba aku merasa lantunan bola pada bahu aku. Sakit sengal! Aku pandang Yaya dan Azlan. Azlan tersengih.
“Baling sini, ball keeper” jerit Azlan pada aku. Aku mencebik. Ball keeper? Apa kelas? Sambil memeluk tubuh aku memandang bola di kaki aku.
“Hani, sini lah cepat” jerit Yaya pulak. Hish, dua mahkluk ni kan, memang la… aku mengangkat kening sebelah. Tersengih jahat. Heh. Aku berundur ke belakang sikit. Mengambil posisi yang menuju kepada seseorang. Dengan sepenuh tenaga, aku menyepak laju. Dan. Fuh. Tepat mengena kepala mangsa. Dan mangsa. Terus tumbang? Ahaha…tapi gelak aku tiba-tiba mati. Yaya nampak macam cemas.
“Hani…dia pengsan ni. Apa kau dah buat ni?” ek eleh. Takkan lah kot. Lembik sangat ke mamat ni? Aku berjalan perlahan sambil memeluk tubuh menuju ke tempat Azlan terbaring. Yaya mengibas-ngibas Azlan dengan dengan tangannya. Tak berkesan. Aku duduk di tepi menjenguk.
“Awak…awak…” panggil aku sambil menunjal-nunjal bahu dia dengan jari telunjuk.
“Apa kau ni, Hani. Buat elok-elok lah. Takkan tunjal-tunjal je”
“Ish, kau ni, takkanlah aku nak buat CPR kot” Yaya menggaru-garu kepala. Aku pandang lama mamat ni. Muka dah handsome tapi sengal menyakitkan hati. Tak pasal-pasal dah kena tendangan emas aku tadi. Tapi macam ada something wrong somewhere bila aku tengok muka dia lama-lama. Kenapa macam mulut dia terkebil-kebil macam nak tahan gelak?Cis! Aku pandang Yaya. Aku bisik kat Yaya. Yaya menggangguk-angguk, matanya melilau mencari sesuatu dan selepas terjumpa apa yang di carinya kemudian dia berlari menuju ke pantai.
Aku duduk bersila di sebelah Azlan yang masih terbaring. Memandang ke laut. Haila…berapa lama kau nak berlakon hah Azlan?
“Kenapa tu,dik?” tiba-tiba dua orang pelancong tempatan melalui tempat kami. Erk..
“Takde pape...dia tengah tidur,kak” aku tersengih. Kemudian akak dan suaminya berlalu sambil tergelak kecil. Ish, lambat pulak yaya ni. Kemudian Yaya berlari kepada aku. Dia menghulurkan segayung air laut kepada aku. Aku tersengih.
“Erm, Yaya. Agak-agak kan. Hari ni hujan tak?” Tanya aku. Yaya sudah bersila di samping aku. Dia kemudian memandang ke langit.
“Hmm…tak kot”
“A’ah kan, aku pun rasa tak. Tapi kalau hujan macam ni, macam mana pulak?” mendengar itu Azlan sudah mahu mengalah, cepat-cepat dia mahu bangun tapi sudah terlambat. Aku sudah menuang segayung air laut ke mukanya. Melompat dia di situ.
“Karmilla!!” dia menjerit. Aku dan Yaya tergelak sakan. Azlan mengelap-ngelap muka dan rambutnya dengan bajunya. Dia mengeleng-gelengkan kepalannya dengan laju. Membuatkan air dari rambutnya terpercik pada aku.
“Azlan!!” aku pulak yang menjerit. Yaya dan Azlan pulak tergelak sakan.
“Awak ni teruk kan?” marah aku.
“Awak lagi teruk. Tendang bola kena kepala saya. Lepas tu awak tuang air atas muka saya” aku memandangnya tajam. Kemudian aku menahan gelak. Tapi bila teringat cara dia tumbang tadi dan gaya dia terkejut bila aku nak tuang air tadi buat aku tergelak balik.
“Sorry” ucap aku tiba-tiba. Yaya tersengih-sengih.
“Apa dia?” Tanya Azlan sambil buat muka tak percaya.Sengaja. Ish, dia ni…
“Maaf. Saya minta maaf. Puas hati?”
“Baiklah. Saya maafkan,awak”

Malamnya, aku ambil port di beranda lagi untuk meneruskan perjuangan aku menyiapkan thesis. Menambahkan literature review dan menghuraikan ayat-ayat yang di cited dari journal-journal dan artikel-artikel memang sangat mencabar minda. Yaya masih suka membuat thesis di dalam bilik. Di tepi tingkap. Jadi, tak perlulah aku emo dengan gaya dia yang dah macam expert je menaip. Good for you, Yaya.
Baru sahaja aku mahu menaip, kelihatan Azlan keluar ke beranda biliknya. Aku menjeling. Buat-buat tak tahu, tapi baru aku perasan ada gitar di tangannya. Jangan dia nak ajak aku dan Yaya pergi buat fire camp kat tengah-tengah pantai tu sudah. Argh…ignore.

“ehem-ehem” dia seperti nak test suaranya. Aku menjeling. Dia sedang membetulkan tuning gitarnya sambil duduk selesa di sofa. Aku mencebik. Dan tiba-tiba.

“lagu tiga kupang, satu penuh padi, enam ekor burung masuk dalam kuali…..” perghhh sumbang gila. Aku sudah menjegilkan mata. Macam ni punya nyanyi pun ada, suara katak lagi sedap. Memang saja nak menyakitkan hati aku lah dia ni.
“ops, sorry” dia mengangkat tabik pada aku. Huh, menyampah.

Tapi kemudian
“enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas, enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas…” Ya Allah, manusia ke yang nyanyi ni, anak madam Halimah yang umur 3 tahun sebelah rumah aku pun lagi best lah nyanyi. Ish…aku kemudian menyumbat earphone ke dalam telinga. Melayan lagu dalam laptop aku lagi baguslah.
Aku terus menaip. Sesekali aku menjeling Azlan di hadapan, dia sedang memetik gitar. Aku dah malas nak layan.





 (Intro)

Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga
Kau tak kenali
Aku yang selalu perhatikanmu

Aku menghuraikan satu point tentang leadership, melayan lagu yang sedang bermain dari laptop aku. Tiba-tiba Yaya muncul di pintu bilik, tersengih-sengih, tersenyum-senyum macam kerang busuk. Apahal? Aku buat tak layan.

Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang
Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta
Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu



Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta

Alamak, macam tak best je ayat ni, tukarlah sikit.


Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku

Aku pandang Yaya, dia mengangkat-angkat keningnya sambil tersenguh-sengih. Aku mencebik. Mabuk ke budak ni?


Melalui lagu
Lagu ini ohh untukmu

Ala..silap, backspace. Taip. Enter. Taip. Taip. Taip. Backspace.
Termenung. Pandang laptop. Lama.


“Wow...hebatlah” tiba-tiba Yaya berbisik pada aku. Dia menarik earphone di telinga aku. Aku pandang Yaya dengan muka pelik. Kenapa?
“Kau dengar tak tadi?” aku tak faham.
“Apa dia?” Yaya buat muka tak percaya bila aku tanya apa dia?
“Kau, kau memang tak dengar langsung ke Azlan nyanyi tadi? Best lah. Wah...aku terkagum sekejap” aku mencebik memandang Yaya.
“Suara macam katak pun sedap?” Yaya membeliakkan mata mendengar jawapan aku. Azlan masih ralit dengan gitarnya. Aku tahu dia sengaja buat-buat tak dengar.
“Suara macam katak? Merdu macam tu kau boleh cakap macam katak? Kau ni memang takde seni kan? Dia nyanyi lagu Hujan tu. Best lah”
“Betul lah, katak panggil hujan,kan”
“Kau memang tak dengar dia nyanyi tadi kan?”
“Aku dengar lah, dia nyanyi lagu tiga kupang dengan enjit-enjit semut tadi, bukan best pun” Yaya sudah menepuk dahi mendengar jawapan selamba aku.
“Kau ni lambatlah” Yaya sudah buat muka stress. Aku hampir nak tergelak. Bersungguh betul. Yaya kemudian berpaling pada Azlan yang masih lagi dengan gitarnya.
“Azlan, awak nyanyi lagu tu untuk Hani eh?” huh? Aku dah terbeliak. Yaya ni dah kenapa? Azlan pandang aku. Aku terdiam.
“Tak lah, saya nyanyi lagu ni untuk tunang saya” selamba dia menjawab. Kemudian dia masuk ke dalam bilik. Ek eleh mamat ni, jiwang nak nyanyi untuk tunang dia konon. Huh.
“Ala...dia dah bertunang ke?” Yaya buat muka kecewa.
“Kau suka dia ke, Yaya?” separuh tidak percaya aku dengan Yaya.
“Suka...lagi suka kalau kau dengan dia. Aku dah ada dah” aku menjegilkan mata.
“Eh, sejak bila kau suka bercouple ni? Kau cakap couple tu haram lah, kau sendiri cakap kau nak terus kahwin, tak nak terlibat dalam hubungan lovey-dovey ni. Kau sendiri yang ajar aku, kan? Eee...kecewa aku dengan kau ni, cakap tak serupa bikin” Yaya sudah menepuk dahi lagi. Tiba-tiba pulak aku naik angin. Bila masa pulak Yaya bercinta? Lepas tu tak bagi tahu aku pulak tu. Bagus punya kawan.
“Astaghfirullahalazim....kau ni kan, ada masanya lurus bendul jugak. Kau dah lupa someone ask for me last week. Dia jumpa family aku. Dah lupa?” mendengar itu aku mencebik. Alamak, lupa pulak.
“Ish, tu lupa namanya”
“Yelah sangat, dah la aku nak pergi sambung menaip. Erm, sebelum tu aku nak cakap. Rugi sangat-sangat kau tak dengar dia nyanyi tadi” Yaya menjelirkan lidah pada aku. Aku menjeling padanya.
Peduli apa aku dengar ataupun tak. Tak penting pun. Huh.


Berseri bagaikan bintang

Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang

Aku berjalan-jalan di tepi pantai lagi. Seorang diri. Tiada Yaya. Tiada sesiapa. Aku cuba bayangkan, kalaulah aku membesar tanpa mereka, tanpa kedua orang tua aku. Adakah aku akan sunyi macam ni? Berjalan seorang diri. Lalui hidup seorang diri. Saat ini, aku hanya bayangkan mama dan papa sahaja. Aku hanya fikirkan mereka, dari satu sudut aku mungkin terlupa tentang sesuatu. Aku terlupa untuk berfikir, tidakkah aku mahu tahu siapa ibu bapa kandung aku yang sebenarnya. Rasa itu pernah datang. Tapi langsung aku tak biarkan pertanyaan itu bercambah-cambah dalam minda aku. Tamak. Mungkin itu yang sesuai untuk aku. Aku marah mereka, aku kecewa dengan mereka sebab aku hanyalah anak angkat. Tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu berfikir cara untuk mencari ibu bapa kandung aku. Setiap hari bila bangun saja dari tidur, aku benar-benar berdoa dan berharap apa yang aku alami ini hanyalah mimpi. Aku tak mahu tahu siapa ibu bapa kandung aku, kenapa aku ditinggalkan. Aku tak mahu tahu langsung. Mahu hidup dalam zon selesa sampai bila-bila.

Aku terduduk di atas pasir. Ombak kuat menghempas pantai. Angin bertiup laju. Menampar-nampar muka. Aku tertunduk. Aku rindukan mama. Benar-benar rindu.

Teringat dengan perbualan dia dan mama semalam.

‘Hani, bila Hani nak balik ni, sayang? Hani tak rindu mama ke?’ Tanya mama dengan lembut.
Hati aku sudah cair. Sikit masa lagi air mata pasti menitis. Mendengar suara mama sahaja sudah buat aku lemah.

‘Erm…ma, baru 4 hari. Ada 3 hari lagi, kan? Hani, nak siapkan sikit je lagi’ mama terdiam di hujung sana.

‘Balik cepat sikit tak boleh ke,Hani? Mama sunyi kat rumah ni bila Hani takde’ pinta mama lagi. Sungguh aku lemah.

‘okay-okay, Hani balik lusa’ memang aku juga tak sanggup lagi.

‘okay, Hani. Nanti biar Azlan yang drive, okay? Mama bimbang kalau kamu berdua yang drive’ erk? Azlan?

‘Erm..yelah ma’



bersambung......