Friday 27 April 2012

Benci dan cinta #14

Aku dan Aliff berdiri di taman. Melihat air tasik yang tenang. Dan sejak pemergian Amer minggu lepas hati kami cuba belajar untuk tenang. Alhamdulillah, hati ini tenang. Merelakan pemergian Amer dan semoga dia juga tenang di sana. Amin. Namun, kadangkala ada masa hati juga merusuh. Mengingati Amer. Merindukan masa lalu bersama, ya. Aku tetap manusia biasa.

Dia kemalangan semasa mahu berjumpa dengan clientnya di Johor. Pemergiannya ke selatan tanah air juga tidak pernah di khabarkan kepada aku. Sebab itulah aku tak pernah dengar sebarang berita daripadanya sejak malam itu.

"Che che, apa yang awak akan buat selepas ni?"

Aku terdiam. Aliff memandang aku lama. Aku berpusing ke belakang dan menuju ke bangku di bawah pokok dan mengambil tempat di situ. Aliff mengekori aku dan mengambil tempat duduk di sebelahku.

Aku pandang Aliff.

"Apa yang awak akan buat pulak lepas berhenti kerja ni?" Ya, sejak dari hari pertama aku membahasakan saya awak dan ianya terus melekat begitu. Aliff sudah tergelak kecil.

"Saya tanya che che, che che tanya saya balik pulak?" aku tersenyum kecil. Angin petang mula bertiup lembut. Aku pandang langit. Hmm, bagaimana langit masih sama sedangkan hati kami sepertinya hilang separuh. Hilangnya Amer bermakna separuh dari diri kami juga turut hilang. Aliff turut pandang langit.

"Che che rasa apa yang akan saya buat?" Aku berpaling memandangnya. Berfikir.

"Sambung belajar? atau hmm...handle company macam yang arwah abang awak nak?"

"Kalau che che, apa yang akan che che buat?"

"Hmm, kalau saya, saya akan sambung belajar. Hmm, mungkin bekerja sambil belajar" tapi aku mula berfikir. Itu hanya apa yang aku rasa untuk aku sekarang ni. Mungkin aku akan sambung Master dan dalam masa yang sama aku akan berkerja. Aku berpaling memandang Aliff sambil memicingkan mata. Dia mengangkat kening tanda tidak mengerti.

"Jangan main-main lagi, okay" dia tergelak.

"Haha, hmm, apa saja untuk kakak ipar" kata-kata Aliff buat aku terdiam. Aliff memandang aku.

"Aleeya" aku terpana. Amer? Aku berpaling pada Aliff. Panggilan penuh sebegitu seperti dari Amer. Aku tertunduk.

"Aleeya, it's okay. Walaupun abang dah takdek, kita masih akan berhubung lagi,kan?" Aku pandang Aliff. 

"InsyaAllah"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 tahun kemudian

Aku berlalu dari situ. Tempat dia di semadikan. Semoga rohnya di cucuri rahmat dari Mu, Ya Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Aku masuk ke dalam kereta. Telefon bimbit ku berbunyi. Imran.

"Assalamualaikum, sayang. You ada kat mana?" arghh...boleh tak kalau sehari tak call aku. Rimas.

"Waalaikumussalam. Saya ada kat kubur. Kenapa?"

"Oh, pergi sana lagi? I ada kat rumah U ni. Boleh tolong balik cepat sikit tak?" Grrr..

"Hello, dengar sini. Kenapa awak nak paksa-paksa saya balik ni. Sorry, hari ni saya tak balik dan jangan cari saya lagi" lantas butang merah di tekan.

Aku tak tahu kenapa mesti mak dan ayah nak aku bertunang dengan mamat ni. Ke mana saja aku pergi harus ermm bukan harus lagi tapi dah menjadi kewajipan untuk dia tahu. Dan sesungguhnya aku rimas. Aku pandu kereta dengan laju di kawasan lebuh raya. 

Telefon di tempat duduk sebelah berbunyi lagi. Aku biarkan. Senyap. 10 minit kemudian berbunyi lagi lama dan tanpa henti. Aku semakin lemas. Aku cuba capai telefon bimbit yang telah aku campak jauh namun tak tercapai. Sambil mata melihat ke hadapan dan sesekali aku menjeling telefon bimbit dengan tangan yang cuba di panjangkan, hujung jari aku mula menyentuh skrin telefon. Aku memperlahankan kereta sambil tangan terus menggagau. Aku berpaling sebentar ke tempat duduk sebelah dan dalam masa tak sampai dua saat satu hentakan kuat di hadapan. Aku cuba untuk mengawal stereng tapi sudah terlambat, kepala aku sudah terhentak pada stereng dan di hadapan aku sebuah kereta telah selamat di langgar oleh aku. Dunia terasa berpinar dan sunyi.

"Cik...cik" dan suara itu terasa samar-samar. Aku cuba gagahkan diri mengangkat kepala dari stereng. Aku pegang kepala dan terasa ada darah mengalir laju dan membasahi tudungku. 

"Cik? Aleeya? Is that you?" aku pandang lelaki yang berdiri di sebelah aku. Siapa? Pandangan aku tiba-tiba kabur dan aku sudah tidak sedar lagi.

"Aleeya!!"

No comments:

Post a Comment