Thursday 26 April 2012

Benci dan cinta #13

Sejak malam itu, malam Amer melamar aku, dia terus senyap. Diam. Tiada panggilan. Tiada pertanyaan langsung tentang adakah aku menerima lamarannya. Dan aku pula hidup dalam penuh kekeliruan. Keliru tentang hati. Tentang rasa. Bukankah aku juga mencintai dia. Kenapa aku seperti manusia yang tak punya pendirian. Kadang-kadang rasa rindu. Kadang-kadang rasa kosong. Kadang-kadang rasa hampa. Kadang rasa cinta. Cincin yang masih tersimpan rapi di dalam kotak aku tenung. Rasa bahagia mula menyelinap. Aku sudah rasa parah. Aku renung lagi. Kali ini lebih lama. Ingatan tentang aku dan Amer sewaktu di kolej kembali lagi.

"Aleeya, Amer nak kenalkan Aleeya dengan seseorang yang sangat penting dalam hidup Amer" dan aku menghadapnya di meja makan restoran. Tertunggu. Ternanti. Kata-kata yang akan terus menghiris hati aku nipis-nipis.

Amer mula melambai pada seseorang di belakangku. Dan aku dapat menerka, dia adalah perempuan melalui perfume yang di pakainya. Dia sekarang duduk di hadapanku. Bersebelahan Amer. Memandang aku sambil tersenyum. Aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Tersenyum manis. Semanis gula aku harap.

"Hai, nice to meet you"

"Sofea, ini my best friend, Aleeya. You'll be happy to know her" I guess so. 

"Me too, I'm happy to know you" Balas aku. Sekadar mahu cuba menerima realiti yang menyakitkan. Realiti yang melibatkan Amer dan hidupnya yang aku telan dengan buta. Sofea tersenyum. Ya, senyumannya manis. Dia seorang gadis yang manis. Mampu memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. 



Di waktu yang lain, setelah beberapa tahun perkenalan kami dan Sofea menjadi sahabat baik aku.

"You sure stupid, right?" bentak Sofea ketika kami bersama-sama di bilik ku di kolej. Aku menjegilkan mata.

"Sorry?"

"Aku tahu kau suka Amer, kan? Tapi kenapa kau masih nak berlakon macam tak dek pape?" Aku terkejut. Kenapa Sofea tiba-tiba timbul soal ni. Jadi, dia perasan ke selama ni? Ya, Allah. Kenapalah aku masih nak rapat dengan mereka. Kalau Amer tahu pasal ni, pasti dia tidak akan mengendahkan aku lagi.

"Eh, mana ada. Kau jangan lah nak buat cerita pulak" Dia renung aku lama.

"Tell me, berapa lama dah kau simpan perasaan pada dia? Aku sanggup lepaskan dia kalau kau nak"

"Sofea!!"

Aku tak tahu apa nilai cinta Sofea pada Amer sebenarnya. Dia tinggalkan Amer sebulan kemudian. Bila aku cari dia dan tanya kenapa? Dan kalau sebab aku dia tak perlu buat begitu. Sebab aku akan berusaha pergi dari hidup Amer.

"Aleeya, I want you to know. You are the one for Amer. I'm not. Aku tak boleh hidup dengan seorang lelaki yang punya kawan perempuan. Best friend, huh? Kau ingat aku tak dek perasaan? Dia asyik pentingkan kau. Aku ni siapa?"

"Kalau macam tu, I'm sorry. Aku takkan ganggu korang lagi. Please kembali pada Amer, Sofea"

"I won't. Amer mengajar aku tentang sesuatu. Dia ajar aku cinta itu buatkan seseorang itu buta. Tapi sayang, cinta dia yang buta bukan untuk aku. Tapi untuk kau. Aku tak tahu apa yang dia nak dari aku. So, it was wasting of my time to spend with a guy who doesn't make a sense at all. And he is just like you. No different. A person with no sense." mata Sofea berkaca tapi dia cuba menyembunyikan kesedihannya dengan terus berlalu dari aku.

Aku tersentak. Apa maksud Sofea? 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan aku mula berfikir masak-masak. Cincin di dalam kotak ku keluarkan. Terus aku sarunngkan pada jari manis aku. Aku tersenyum. Ya, aku harus rasional dengan perasaan sendiri.

Sedang mengemas-ngemas di kedai. Kelibat Aliff sejak dari pagi tidak aku nampak. Ponteng lagi, huh! Aku lihat cincin di jari aku. Erm, kalau Aliff nampak ni sure satu hari aku kena usik.

Uncle lalu di hadapanku dengan wajah mencuka sambil mengeleng-gelengkan kepala. Aku pandang uncle pelik. Aku mengekor nya dari belakang.

"Uncle, what happened to you? Are you sick?" Uncle mula mengibas-ngibas mukanya menggunakan kipas plastik. Dia masih menggeleng-gelengkan kepala. Aku bertambah hairan. Aku pandang uncle dengan perasaan yang tidak sabar. Apa hal pulak ni?

"Haiyaa, itu Aliff maa. Saya kehilangan seorang pekerja. Mau cari pekerja mana lagi, haiyaa" dada aku rasa mahu meletop? Aliff? Apa yang terjadi pada Aliff? Aku cepat-cepat menerpa uncle.

"Uncle, apa yang terjadi sebenarnya ni?" Uncle pandang aku lagi dengan muka masam sambil mengibas-ngibas mukanya. Aduh, rimas aku macam ni.

"Tadi, rumah Aliff telefon. Ada kematian. Aliff tak datang kerja" Wwhat?? Apa sebenar yang Uncle nak cakap ni? Masa ni entah kenapa aku rasa nak rebah. Tapi aku cuba untuk bertahan. Dalam fikiran aku sudah terbayang macam-macam. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku segera berlari ke stor.

Aku bukak beg tangan aku. Menggagau-gagau mencari telefon bimbit aku. Tangan aku mula terketar-ketar. Mendail nombor Amer. Tapi aku terlupa. Saat-saat genting ini aku mula terlupa nombor Amer yang sudah bertahun-tahun aku hafal. Aku baru teringat kenapa aku tak cari saja di list number. Tangan aku sekali lagi terketar-ketar menekan butang.Mencari. Dada aku mula sesak. Aku mula rasa debaran yang maha hebat. 

Amer. Namanya terpapar aku segera mendail. Lama aku tunggu. Terasa sangat lama. Kemudian di hujung talian aku dengar ada suara menjawab.

"Che che" 

"Aliff, it's everything, okay?" Aliff terdiam. Dan baru aku sedar. Aku mendail nombor Amer, tapi kenapa Aliff yang jawab?

"Che che, he's gone" bibir aku bergetar menahan rasa. Tapi aku cuba untuk kuat.

"Aliff, boleh saya cakap dengan Amer sekejap"

"Che che, abang dah takdek. Dia dah tinggalkan kita. Please be strong" aku masih tak percaya. Di hujung talian aku dengar esakan Aliff. Aku terduduk. Telefon terlepas dari gengaman tangan aku.


No comments:

Post a Comment