Thursday 9 February 2012

Benci dan cinta #6


Fuh! Hari ni satu lagi hari yang aku rasa sangat tenang. Tak pernah sepanjang aku bekerja bersama budak Aliff ni aku akan lalui hari-hari yang tenang macam ni. Hari ini sungguh berbeza. Aku siap menyanyi-nyanyi kecil lagi sambil buat kerja. Aliff pulak aku tengok bad mood semacam je. Mungkin masih marah dengan aku kot. Tak kisah!

"Happy nampak ini hari Aleeya?" tegur uncle hairan. Ish...uncle ni tak suka aku happy ke? Tau lah dia tu dah komplot dengan budak Aliff tu. Nasib baik aku sabar je selama ni.

"Kenapa uncle ? Tak boleh ke saya happy ?" aku dah pandang tajam kat uncle.

"Bukan macam tu. Uncle pelik, kamu happy dan apa pasal Aliff muka bad mood?"

"Saya tak tau lah, uncle. Uzur kot" selamba aku menjawab. Haha, teman gender discrimination uncle dah angkat bendera putih nampaknya. Mahu lancarkan perang pada aku kah? I don’t care. Walaupun aku rasa dah macam childish je ni. Main ejek-ejek lepas tu masam muka bila sorang dah terasa, kira kalah. Ish...bila layan mamat ni kan, kenapa lah aku rasa aku pun dah jadi tak betul macam ni.

Aku masuk ke dalam bilik stor. Tiba-tiba aku terkejut tengok dia ada di dalam. Dia pandang aku semacam. Macam nak makan orang. Aku cepat-cepat alihkan mata ke tempat lain. Dia berjalan mendekati aku. Aku dah berdebar-debar segera mengundurkan diri ke belakang. Bahu aku terlanggar almari tinggi di belakang.

"Aleeya, hati-hati" dia menolak aku ke tepi. Aku terjatuh ke tepi kerusi dan tangan aku terasa macam nak patah. Arghh... Tiba-tiba buku-buku dari almari atas jatuh gedebuk sikit demi sikit dan Aliff menunduk ke lantai menahan dengan belakangnya. Aku tergamam.

"Are you okay?" Tanya Aliff yang memandangku sambil menahan sakit belakangnya.

"Aliff" aku terpana. Rasa sakit di tangan tak begitu terasa tapi lebih kepada terkejut dengan tindakan Aliff.

"Are you okay, Aleeya? Tangan awak okay tak?" Tanya Aliff lagi kali ni dengan suara yang agak kuat. Aku masih memandangnya. Lalu perlahan-lahan mengangguk. Dia cuba untuk bangun sambil pegang belakangnya. Aku juga cuba untuk bangun. Tapi tangan sudah mula rasa pedih. Aku lihat tapak tangan aku yang ada kesan geseran akibat menahan ke lantai semasa jatuh tadi.

Dia cepat-cepat pegang tangan aku. Aku terkejut segera melarikan tangan aku. Aku pandang dia
.
"Kau...Kau sengaja rancang semua ni kan?" meletus kemarahan aku tiba-tiba.

"Rancang apa pulak ? Huh ? Perlu ke aku nak buat rancangan bodoh ni semata-mata nak kenakan kau huh?" Kali ni dia pulak yang meletus. Dia memandang aku tajam lalu segera keluar sambil tangannya memegang belakang. Aku silap cakap lagi ke ? Haishh…

Aku keluar dan uncle tiba-tiba muncul depan pintu stor.

"Kenapa ni Aleeya? Kenapa Aliff tiba-tiba keluar kedai tadi?" huh? Aliff keluar? Marah sangatkah dia?

"Are you okay, Aleeya" tanya uncle bila tengok tangan aku berdarah. Aku mengangguk.

"Nanti uncle pergi tengok ubat kat belakang"

Tiba-tiba Aliff masuk ke dalam kedai dengan tergocoh-gocoh dan segera mendapatkan aku.

"Bersihkan darah ni, lepas tu lap bersih-bersih. Letakkan minyak ni sikit, lepas tu balut " Bersungguh-sungguh dia terangkan pada aku. Macam lah aku ni budak kecik. Aku pandang muka dia. Biar betul dia ni ! Sungguh muka dia sangat serius. Sungguh dia nampak sangat-sangat risau. Aku menarik nafas. Masih tidak percaya.

"Don ‘t you trust me ? Go !" Tiba-tiba dia nampak sangat matang kali ini. Aku terpana.


No comments:

Post a Comment