Wednesday 8 February 2012

Benci dan cinta #3

Malam hari jadi Amer, kami keluar ke sebuah restoran.

"Selamat hari lahir,Mer" aku serahkan hadiah yang berbalut dengan pembungkus hadiah berwarna purple.

"Thanks, Aleeya. Tak perlulah susah-susah bagi hadiah. Dapat jumpa Aleeya pun dah happy" Amer tersenyum manis. Kembang aku mendengar Amer cakap macam tu. Suka sangat-sangat.

"Macam mana kerja? Okay?" Amer tersenyum lagi pada aku. Rindu dengan senyuman dia.

“Okay lah. Walaupun agak terseksa sikit dengan sorang budak ni” Eleh, tiba-tiba pulak aku nak mengadu. Bihun goreng di hadapanku di kuis-kuis.

"Lelaki?"aku mengangguk. Dan dia hanya tergelak.

"Apasal pulak gelak?" muka aku dah berubah. Hisshh..dia ni tak sensitive langsung. Stress tau tak melayan manusia macam tu. Belum masuk bab uncle berkomplot dengan mamat tu lagi.

"Is it serious?"

"Sure" Sengaja aku menjawab dengan bersungguh walaupun sebenarnya tak de lah serius sangat pun. Entah kenapa aku rasa macam nak meluahkan perasaan geram aku pada Amer.

"Perlu tak Amer jumpa dia dan bagi silat lipat kat budak tu?" aku tersenyum sebab kali ini muka dia pulak yang serius.

"Tak perlu lah. I can handle it"

"He likes you" aku hampir terbatuk mendengar kenyataan Amer. Aku pandang mukanya dan dia hanya tersengih.

"No way"

"Haha...Amer gurau je, sis. Jangan marah" sis ? sis ?? setelah sekian lama berkawan dia panggil aku sis ? aku cuba bertenang. Bukan salah dia pun. Aku yang tak cuba berterus-terang. Bukan salah dia kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Bukan salah dia aku biarkan dia jatuh cinta dengan kawan sekelas aku masa di universiti dulu. Bukan salah dia jugak bila dia putus cinta aku yang sentiasa berada di sisi nya. Masa susah dan jugak senang. Aku sanggup. Tanpa sedar. Tanpa jemu. Bodoh ? Entah.

"Aleeya, nanti saya nak kenalkan seseorang pada awak" Aku hampir terbahak lagi. Siapa pulak kali ni ? Dia hanya tersenyum. Fikirannya melayang. Aku ? Cemburu.

"Dia orang yang sangat penting dalam hidup saya. Sangat penting. Sama penting dengan Aleeya" Aku menarik nafas. Amer, kisah apa lagi yang awak nak uji saya? Dan dia hanya selamba sahaja. Tiada langsung perasaan bersalah. Aku mahu menjerit. Amer. Stop it! Tapi hanya tersekat di kerongkong.



"Aleeya?" aku pandang wajahnya. Dia masih lagi tersenyum.

"Dia pasti orang yang sangat penting dalam hidup awak kan?" tanya aku ragu-ragu walaupun sebenarnya aku tak ingin tanya pun. Berat sungguh rasa hati.

"Pasti. Tanpa Aleeya dan dia, saya tak tahu macam mana hidup saya" Amer!! Apa yang awak cakap ni sungguh melukakan hati aku. Aku mahu marah tapi tiba-tiba dia termenung. Wajahnya muram. Aku pandang dia. Entah kenapa begitu lama dia termenung. Kemudian dia cepat-cepat menghabiskan makanannya.

"Dah kenyang? Jom saya hantar awak balik" Dan dia cuba tersenyum. Amer kenapa?

"Awak okay?"

"Okay! Takkan tak okay bila keluar dengan awak. Keluar dengan Aleeya buat saya kembali pada diri sendiri. Rasa macam pulang ke tempat asal dengan selamat" dan dia tersenyum lagi. Aku terpinga-pinga. Mahu rasa terharu atau rasa Amer sangat pelik malam ni. Mungkinkah masalah adik dia yang lari dari rumah tu belum selesai lagi atau ada perkara apa yang mengganggu fikiran dia sekarang?

"Apa yang awak...?" belum sempat aku habiskan ayat ku dia sudah memotong.

"Jom" dia berjalan dahulu ke depan. Aku melihatnya dari belakang. Dia berpaling padaku sambil tersenyum dan melambaikan tangan supaya aku cepat berjalan ke arahnya. Kenapa? Di dalam kereta, kami tidak banyak bercakap. Setelah sampai di depan pintu pagar rumah aku. Amer mengucapkan selamat malam.Sebelum keluar dari kereta aku sempat berpaling padanya.

"Mer..." dia memandang aku. Kelihatan ada riak sedih pada wajahnya.

"Hmm?"

"Kalau Amer ada apa-apa masalah. Jangan simpan dalam hati lama-lama"

"Huh?" Dia seperti kembali ke alam nyata.

"You know why?" Amer mengangkat kening sebelah. Kemudian dia cuba tersenyum.

"Why?"

"Because, I'm here" jawab aku pendek. Kemudian aku tersenyum.

"Amer, sangat-sangat hargai. Terima kasih untuk masa susah dan senang bersama. Dan terima kasih juga untuk hadiah hari lahir malam ni" aku tersenyum mendengar kata-kata Amer. 

"Okey, selamat malam" ucapku setelah keluar dari kereta Amer. Dia membalas sambil melambaikan tangannya. Keretanya terus meluncur laju pergi.




No comments:

Post a Comment