Thursday 9 February 2012

Benci dan cinta #5


Aku menyemak stok-stok buku untuk bulan Januari sambil menanda tajuk-tajuk buku yang masih ada di rak buku dalam satu borang. Tiba-tiba terasa aura pelik bertiup dari belakang. Sesaat kemudian hilang. Aku buat tak tahu. Sesaat kemudian berlalu lagi. Tiba-tiba pula aku rasa ada pandangan tajam seakan-akan mahu membunuh dari jauh. Biar benar!

Aku cepat-cepat berpaling ke sebelah kanan. Selang dua rak ada sepasang mata memandang dari jauh sambil menyapu habuk-habuk di rak buku dengan bulu ayam. Aku membalas pandangannya. Dia ingat aku takut? Kali ni aku takkan mengalah. Aku pandang dia dan dia pandang aku. Berlaku lah peperangan mata dari jauh. Dia kemudian tersenyum lalu mengenyit mata. Aku terbatuk. Cait…main taktik kotor. Dah la malas aku nak layan dah. Apasal la aku pergi layan budak tak cukup umur nih. Cepat-cepat aku teruskan kerja aku. Dia datang mendekati aku. Aku hanya tengok dengan ekor mata.

"Aleeya" aku memicingkan mata tanpa memandang wajah dia. Geram.

"Aleeya?" aku berpaling padanya.

"Biar cik Aleeya ni tegaskan kat awak yea. I’m your sister. Cheche. Eonni. Kakak. Faham?" dia hanya terkebil-kebil sambil buat muka tak bersalah. Aku harap kau faham la budak! Toling jangan seksa jiwa aku lagi. Huh!

"Erm...sejak bila awak kahwin dengan abang saya, Amer?" ishh...budak ni apasal la kau ni selalu je kacau aku. Tak boleh ke kasi hidup aku tenang. Satu hari je dalam sebulan tak boleh ke? Tapi?

"Eh?"

"Awak sukakan abang saya kan?" aku dah pandangnya. Bengang.

"Apa kau cakap ni?"

"Eleh, tak payahlah nak tipu saya. I know already lah che che" Amer? Amer mana ni? Tiba-tiba otak aku mula berpusing 360 darjah memikirkan Amer sarkastik mana yang jadi abang budak nih.

"Amirul Haikal? Takkan tak kenal kot buah hati sendiri? Mengaku je lah kenal, che che. Boleh lah saya tolong nanti" Ya Allah. Amer Haikal…Amer Haikal abang Aliff Hafrizal ni ? How? Sungguh, aku harus rasa nak pengsan sekarang ni. Macam mana seorang lelaki yang sangat gentleman boleh ada adik yang sangat sarkastik macam ni.

"Relax la cheche. Saya boleh tolong kalau cheche nak sangat jadi kakak saya" Aku mencerunkan pandangan pada budak ni.

"Tolong ? Kau jangan nak memandai. Tapi kan, kalau betul tu abang kau, kenapa kau lain sangat dengan abang kau,huh?"Aliff memandang muka Aleeya. Hmm…macam mana lah dia nak panggil minah sarkastik ni kakak kalau antara dia dan minah ni dia lagi tinggi dan minah ni pulak kenapa lah comel sangat. Kemudian dia terkekek-keke gelak.

"Perlu ke saya dan abang sama ? Kalau sama dah takdek la specialnya saya di hati Aleeya nanti" Eh, eh dia ni...sekejap cheche sekejap Aleeya. Ish...tak boleh jadi ni. Nanti entah apa dia pergi gebang kat abang dia. Dah la bukan boleh percaya sangat mamat ni.

"Eh, kau ni…" baru je nak marah lagi, ermm…baru teringat Amer pernah cerita pasal adik dia yang lari dari rumah tu kan. Budak ni lah. Aku pandangnya dengan senyuman sinis.

"Betul eh kau adik Amer ?" dia hanya angkat bahu tanda ya sambil tersenyum nakal.

"Apasal kau lari dari rumah ?" selamba soalan keluar dari mulut aku. Bagai peluru terus menusuk tajam ke dalam hati Aliff. Muka sinis nakal tadi berubah jadi nangka busuk. Tapi dia cuba berlagak tenang.

"Hairan lah. Bukankah hidup kau dah mewah kan, kenapa mesti main-main lagi kat luar. Hmm...beruntung tau ada abang yang selalu risaukan kau. Ayah yang selalu bagi sokongan tapi kenapa kau nak lari dari rumah?" Aliff dah terdiam. Dalam hatinya tiba-tiba menyala-nyala api. Baginya dalam banyak-banyak perkara dalam hidup dia, dia sangat sensitif kalau hal yang melibatkan keluarganya di persoalkan. Apatah lagi tindakannya yang keluar dari rumah. Takkan ada sesiapa yang faham kenapa. Aku pandangnya dengan perasaan puas hati. First time mamat ni terdiam. Wah, suka...suka!

“Boleh tak jangan cakap benda yang awak tak tau” Aliff cuba menahan geram.

“Kenapa? Butt hurt? Terasa?” Damm...satu tumbukan deras ke rak buku mengejutkan aku. Dia memandang aku dengan tajam sebelum berlalu dari situ. Erk...salah ke aku cakap?Kenapa pulak nak marah-marah. Tau pulak marah. Huh! Aku jugak tak mahu mengalah.



No comments:

Post a Comment