Wednesday 8 February 2012

Benci dan cinta #4


Aliff duduk bersandar pada sofa sambil menyilangkan kakinya. Dia termenung. Pandanganya mula teralih pada gambar keluarga yang tergantung di dinding. Arwah mak, papa, abang dan dia masa zaman kanak-kanaknya. Dia tatap lama dari jauh lalu tersenyum. Mengingatkan kembali zaman kanak-kanak sungguh manis. 

"Ehem...Assalamualaikum. Dah tengah malam baru balik?" kedengaran suara yang di tunggu-tunggu nya dia tersenyum lagi sebelum berpaling ke arah anak tangga. Seorang lelaki macho pada pandangannya sedang tersenyum sama. 

"Waalaikumussalam, bro. Saya tak balik, just datang melawat, hehe" jawab Aliff selamba sambil berdiri menyambut abangnya. Lelaki itu menuju ke arahnya lalu mengaut kepala Aliff dan mengepitnya.

"Apa ni, bang. Sakit lah" Lelaki itu hanya tergelak besar sebelum melepaskannya. Muka Aliff sudah merah menahan sakit. Dia menggosok-gosok lehernya.

"Berani pulak balik rumah? Mentang-mentang papa ke luar negara" Amer menghenyakkan punggungnya ke sofa di hadapan Aliff.

"Nak jumpa abang. Tak boleh ke?" jawab Aliff selamba.

"Kenapa tak datang minggu lepas? Abang tunggu punya lah lama. Janji nak datang" Aliff terdiam. 

Sebenarnya dia dah datang, elok-elok sampai depan pintu pagar terdengar suara papa.

"Siap lah kalau Aliff tu balik, papa nak heret dia kerja dalam pejabat. Buat apa dia pergi main-main kat luar" masa tu dia nampak abang dan papa sedang duduk di taman di luar rumah. Papa sedang membelakanginya. Abang duduk di hadapan papa namun tidak perasankannya.

"Papa janganlah cakap macam tu, nanti betul-betul dia tak nak balik macam mana?" abang back up dia. Perlahan-lahan dia pergi dari situ. Papa memang tak faham jiwa dia.

"Kenapa lari ?" Aliff mengangkat muka memandang abangnya.

"Lari ?" dia memandang abangnya sambil mengangkat kening.

"Abang nampak Aliff datang tapi kenapa lari balik ?"

Aliff terdiam. Kenapa lah nak ungkit lagi. Sesak nafasnya.

"Okay, sebab tak nak jumpa papa?"

"Papa tu asyik nak ugut je. Mana tahan" Amer tergelak.

"Sampai bila nak lari macam ni, Aliff"

Sampai jumpa erti hidup. Aliff berbisik di dalam hati. Aliff memandang abangnya.

"Abang, kalau tak spoil mood boleh tak, Aliff datang ni nak sambut birthday abang" Aliff mengeluarkan sesuatu dari sisi sofa. Amer tergelak.

"Kali ni hadiah apa? Melancong ke Jepun 3 hari 2 malam?" Amer tergelak bila Aliff menyorokkan kembali hadiahnya.

"Aliff tahu Aliff tak mampu nak bagi abang hadiah yang mahal-mahal macam papa bagi kat abang. Sebab Aliff pun tak sekaya abang" tiba-tiba mood sedih datang. Background dah bertukar warna kelabu. Lagu sedih mula berkumandang dalam hati. Riak wajah Amer mula berubah. Ish...terasa ke pulak adik aku sorang ni.

"But I don’t care...abang kena ambik jugak" dengan tegasnya Aliff bersuara. Erkk...dan suasana 'terpaksa' mula muncul. Amer tergelak perlahan.

"Abang tak kisah mahal atau murah. Tapi selain dari hadiah ni boleh tak nak buat satu permintaan?"Permintaan ? Permintaan lagu birthday kah ?

"Permintaan apa?"

"Boleh tunaikan ke tak?"

"Erm...boleh kot kalau tak mahal" Amer hanya tergelak. Aliff sudah tertanya-tanya. Amer bangun lalu duduk di sebelah Aliff sambil memeluk bahunya.

"Kembali ke syarikat kita. Kembali ke rumah ni dan kembali sebagai adik abang dan anak papa" aduh, kenapa lah abang nak buat drama sedih kat sini.

"Abang, kau ni..." Aliff masak la kau kali ni. Dia berbisik di dalam hati

"Abang, please lah…give me some space. I need more space" Ruang untuk bernafas. Ruang untuk berfikir. Ruang untuk segala-galanya.

"For?"

"Untuk cari erti hidup?"

"Kat sini tak jumpa ke erti hidup? Atau nak lari dari realiti?"

"Realiti ? Ya…nak lari dari realiti yang menyakitkan" Amer terdiam.

"Sakit sangat ke realiti tu?" Amer faham apa yang di lalui Aliff. Dia faham segala-galanya.

"Sangat-sangat" Amer terdiam. Entah berapa kali harus dia yakinkan Aliff tapi dia tak mahu kehilangan Aliff lagi. Baginya, Aliff terlalu penting dalam hidupnya. Kehilangan Aliff ibarat hilanglah separuh dari hidupnya.

"Okay, I set you free. Tapi jangan lupa kembali ke sini. Because, this place is where you belong" Amer senyum ikhlas lalu menepuk-nepuk bahu adiknya.

"Thanks"
"No, thanks. Let me see what you got for me" bungkusan sudah di tangan Amer.

Bungkusan di buka dan di keluarkan. Amer terkejut lalu merenung Amer sebelum kembali merenung isi bungkusan di tangannya. Aliff juga hairan dengan pandangan Amer.

"What’s wrong? Kan dah cakap barang murah je"

"No. Bukan sebab tu. Haha" Amer sudah tidak dapat menahan gelak.

"Apasal ?" Aliff mula geram.

"You know what ? Abang dapat dua hadiah yang sama untuk birthday tahun ni" sama? Dari makhluk mana pulak?

"Dari siapa? Lelaki? Perempuan?"

"Perempuan. Perempuan yang sangat penting dalam hidup abang" Aliff mula terdiam. Perempuan? Tak kan lah?


No comments:

Post a Comment