Saturday 4 February 2012

Benci dan cinta #1

Aku humban beg sandang aku ke atas katil. Menghumbankan sekali diri di atas katil. Berbaring telentang sambil tangan kanan di letakkan di atas dahi. Arghh...hari ini sangat-sangat penat, penat dengan kerja dan yang paling penat layan budak nakal kat tempat aku bekerja tu. Haishh...kenapa lah budak tu suka sangat cari pasal dengan aku. Menyakitkan hati. Sangat-sangat menyakitkan hati. Aku segera bangun dan duduk di birai katil. Tak boleh jadi nih, aku kena bagi warning kat dia nih. Dah la tak hormat langsung.Aku ni pangkat kakak kot dengan dia. Bila aku cakap;

"Eh, boleh tolong hormat tak, saya ni kakak awak" dia hanya tersengih-sengih.

"Sejak bila awak kahwin dengan abang saya" awak?? Melampau betul. Ingat aku ni kawan dia ke. Dah la buat loyar buruk sambil tersengih-sengih. Buat muka comel la konon. Tapi sangat menyakitkan hati. Arghhhh...Aku dan dia beza umur kami 4 tahun. Umurnya baru 19 dan aku 24 tapi tocangnya punya lah tinggi dari aku. Nakalnya kadang-kadang hampir buat aku pengsan melayan.


Pagi ni aku datang kerja awal dari biasa. Aku tau mamat tu selalu datang lambat. Jadi tak payahlah aku nak tengok muka dia yang tersengih-sengih aku pandang kau, kau pandang aku. Annoying.
Tapi dari jauh lagi aku dah nampak dia dengan motorbike nya. Hadoi, mimpi apa pulak dia ni datang awal. Aku berpaling mencari tempat untuk menyorok kemudian aku ternampak pasu bunga dengan pokok yang setinggi aku kat tepi kedai, cepat-cepat aku duduk kat belakang pasu bunga tu. Sambil mengintai-intai mamat tu dari celah-celah daun. Aikk...mana pulak mamat ni pergi. Dah hilang. Lega.

"Ehem" 

"Ooh jatuh kau" haishh..aku berpaling ke belakang. Heh, dari mana pulak dia datang nih.

"Awak buat apa tu?" awak kau!!

"Erm...tak saja tengok daun pokok yang uncle tanam ni. Segar tak pernah mati-mati pun" dia dah tergelak-gelak kecil. 

"Memang la, pokok plastik mana pernah nak mati" erk...ye ke? aku tilik daun kat situ. Mampus. Memang sah plastik.

"Main sorok-sorok dengan siapa?" 

"Mana ada main sorok-sorok." Aku cepat-cepat keluar dari belakang pokok. Aku tengok jam kat tangan dah nak dekat pukul 9 pagi. Aik..uncle ni kenapa tak datang-datang lagi. Kata tak elok kalau datang lambat. Majikan harus datang awal dari pekerja barulah dapat tunjukkan contoh yang bagus kat pekerja. Bla bla bla...aku membebel sorang-sorang dalam hati sambil muka berkerut-kerut. Tiba-tiba aku terdengar shutter door di angkat. Yes, uncle dah datang. Aku cepat-cepat berpaling. Sekali aku nampak mamat ni yang angkat shutter door

"Eh, apasal kau yang bukak pulak? Mana uncle?"

"Uncle kasi kunci ni kat saya. Dia datang lambat hari" tanpa pandang aku dia berusaha untuk angkat shutter door. Aku segera membantu.

"Pagi ni awak dan saya akan jaga kedai ni, bahagia tak?" aku dah mencerun kan pandangan ke arahnya. Dia tergelak-gelak kecil lalu masuk ke dalam kedai buku. Ish budak ni, aku sekeh kepala tu baru tau bahagia ke tak.

Biasanya pagi-pagi tugas aku bukak kaunter dan mengelap kaunter. Budak yang menyakitkan hati yang namanya Aliff tu biasanya akan mengemop lantai. Tapi pagi ni tak nampak pun batang hidung dia. Entah mengular je kat belakang tu. Memang nak kena budak ni. 

Pelanggan seorang demi seorang dah masuk ke dalam kedai buku. Menuju ke rak buku. Barulah aku nampak dia keluar dengan bawa bulu ayam. Oh, mengemas kat dalam la tu. Rajin jugak. Tak padan dengan menyakittkan hati. Haha. Aku tergelak kecil.  Dia dari jauh melihat aku. Lalu mengenyitkan mata. Kurang asam. Nak aje aku baling buku seketul kat depan aku ni biar kena kepala dia baru lah dia sedar sikit dia tu sapa. Ada hati nak kenyit-kenyit mata. Aku korek biji mata tu baru tau. Haishh...sabar Aleeya sabar. Esok kau off day kan. Hari ni je kau bertahan.




Aku menyusun buku-buku di rak dengan kemas. Novel-novel melayu yang pelbagai tajuk aku tatap satu persatu. Sampai aku rasa dah boleh hafal pulak tajuk-tajuk novel kat sini. 

"Ehem"

Aku buat tak tau. Aku teruskan dengan kerja-kerja aku.

"Ehem...ehem"

Aku buat-buat tak tau lagi.

"Sayang betul, dah cantik dah comel tapi tak dapat mendengar"

"Ishh...kau nak apa?" aku berpaling kat mamat annoying yang sedang mengeluarkan novel-novel baru dari kotak.

"Oh...tak de pape. Saja je" Ya Allah. Apasal lah dia ni sangat-sangat menyakitkan hati betul la. Aku dah mencekak pinggang memandang dia yang masih buat muka selamba.


"Hayaa...Aliff, apa pasal awak suka kacau Aleeya che che tu? Awak ni buat olang marah saja. Nanti saya suruh awak dua olang kahwin baru tau" Aishh...aku ingat uncle nak back up aku, rupanya dia lagi nak menambahkan penderitaan aku kat sini.

"Haha" uncle dan Aliff kemudian tergelak bila tengok muka aku yang dah berubah. Ya Allah..sabarkan lah hati aku menghadap dua makhluk ini Ya Allah...

"Erk...uncle mau pergi depan dulu lah, kamu dua olang cepat siapkan kerja ni. Jangan asyik gaduh saja" aku cuba untuk menahan marah sambil tersenyum. Senyum yang di paksa-paksa. Melihat uncle yang sudah pergi ke depan aku pandang Aliff.


"Okay tak idea uncle?" tanya Aliff sambil menunjukkan tanda bagus. Aku tersenyum lagi. Senyum yang sangat-sangat terpaksa. Aku berpaling menghadap rak buku dan mengambil sebiji novel yang kira-kira agak tebal. Dan dia hanya melihat reaksi aku tanpa mengesyaki apa-apa. Sekali satu hentaman hinggap dia bahunya. Hentaman yang gedebuk bunyi di iringi jeritan.

"Unclee...."

Padan muka.

Uncle berpaling ke arah kami.

"Okay, Aleeya...saya potong gaji awak dari harga novel tu"

"Unclee..." aku pulak yang menjerit kepada uncle.



No comments:

Post a Comment