Wednesday 22 February 2012

Benci dan cinta #8

Mengingatkan balik kata-kata Aliff membuatkan rasa simpati pada kedua-dua beradik itu makin membuak-buak. Amer, seorang abang yang sanggup berkorban untuk adik dan juga keluarga. Menyayangi Aliff seperti adik sendiri. Bimbang kan keadaan Aliff seperti darah daging sendiri. Dan Aliff pula mahu berdikari semata-mata tidak mahu keprihatinan bapa dan abangnya itu berlebihan kerana baginya itu lebih kepada simpati. Perasaan benci dan menyampah aku pada Aliff pula kini bertukar simpati. Simpati! Ya, simpati. 

Aku mendengus kecil sambil berbaring di atas katil dan memandang kulit depan majalah yang belum aku selak sejak dari tadi lagi. Bila mengingati Amer pula, sejak dari hari jadi dia minggu lepas langsung dia senyap. Sihatkah dia? Dia nampak terlalu sugul tempoh hari. Senyuman dia nampak sangat di paksa-paksa. Aku menjeling telefon bimbit di sebelahku. Hmm...!

Aku mula menaip mesej 

Salam, Amer. Awak sihat?

Seminit, dua minit..

Setengah jam berlalu...tiada balasan. Hmm..dah tidur kot.


Entah masa bila aku terlelap. Telefon ku berdering dengan lagu Paradise-Infinate. Tanpa melihat nama di skrin aku terus menjawab salam dalam keadaan mamai.


"Aleeya, awak dah tidur ke? Sorry ganggu" Hah? Aku dengan segera terus bangkit dari tidur dan membetulkan dudukku. Suara aku dehemkan perlahan.

"Oh, Amer...erk..takde lah, memang nak bangun pun" eceh...alasan. Cakap pun dah tunggang langgang. Amer..Amer. Semuanya kerana Amer aku sanggup.

"Oh" dan dia senyap. Ada dengusan kecil di hujung telefon. Erk..Kenapa?

"Amer...awak okay?" aku bertanya dalam nada risau. 

Amer tersenyum mendengar pertanyaan Aleeya.

"Hmm..saya okay, thanks " ada nada sayu. 

"Awak betul-betul okay ke?" tanya aku lagi.

"Aleeya. I need to see you. Ingat tak yang saya cakap nak kenalkan awak dengan seseorang" erk...saat ini aku rasa kerongkong aku kering. Aku nak cakap ya! Ya, bukan bermakna ya aku setuju untuk berjumpa dengan orang yang Amer nak kenalkan pada aku itu tapi ya kerana dia pernah cakap.

"Aleeya?" panggil Amer. Aku menelan air liur perlahan. 

"Ya" jawab aku perlahan.

"Dia orang yang sangat penting dalam hidup saya. Sama pentingnya awak dalam hidup saya" aku terdiam. Sama penting? Habis tu aku ni nombor berapa? Ish...takkan dia nak aku kahwin dengan dia dan bermadu pulak tu. Buaya darat jugak Amer nih. Aku pun entah pape fikir. Berangan je lebih aku ni.

"Tak" tiba-tiba laju je mulut aku menjawab tak. Tak? Apa yang tak nya? Aku sendiri putus kata-kata untuk terangkan pada Amer yang aku tidak mahu lagi menjadi orang yang sama penting dengan perempuan lain dalam hidup dia. Aku adalah Aleeya. Aku takkan sama dengan mana-mana perempuan yang di suka seperti sebelum-sebelum ini.

"Tak? Apa yang tak?" Amer sudah bingung. Erk...

"Tak dek pape lah, Amer"

"Esok malam, boleh?" Nasib baik Amer tak terus bertanya.

"Erm...okay lah" jawab aku antara ikhlas dan tidak. Antara ikhlas dan tidak mestilah tidak ikhlas. 

"Okay, Aleeya. I'm happy to hear that! Go to sleep now, my dear" 

My dear? Kali pertama Amer menyebut begitu. Betulkah? Huh...apalah aku ni tu pun nak excited. Mestilah kena panggil my dear, dah aku pun sama penting dengan orang yang penting dalam hidup dia. Arghhh...aku benamkan muka ku ke bantal. Geram. Dua beradik ni memang pandai buat orang geram.


No comments:

Post a Comment